8:30 PM

Aku Seorang Pendidik

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Sedar tak sedar, sudah dua tahun aku bergelar warga pendidik. Begitu cepat masa berlalu. Daripada awalnya memikirkan tentang hendak berpindah sekolah dan akhirnya terasa begitu sayang pula pada sekolah. Ewah. Sepanjang dua tahun di SK Saliliran, memang banyak pengalaman yang ditimba sama ada terkait secara langsung dengan sekolah mahupun aktiviti di luar sekolah. Kalau nak baca entri pasal awal2 waktu ditempatkan di SK Saliliran nie, boleh baca kat sini. Manakala pada awal2 kehidupan di Saliliran pulak, boleh tengok kat sini. Tahun nie, tahun kedua aku kat Saliliran. Aku kira posting awal 2013 walaupun sebenarnya ditempatkan pada Oktober 2012, nak senang kira awal 2013 la. Lepas tue, ada sorang lagi posting Julai 2013 dari Penang jgk dan tahun nie ada lagi dua orang posting di SK Saliliran, dari Pahang dan Sabah. Jadi, total kami semua para guru ialah 10 orang. Jadi, macam biasalah, P&P berjalan macam biasa la. Tahun nie kami ada kira-kira 42 orang murid dari tahun 1 sampai tahun 6. Calon UPSR tahun nie ada 9 orang, 2 laki 7 perempuan.

Tahun nie aku telah diberikan tanggungjawab utk mengajar BI bg tahun 4,5 dan 6. Dan ada lagi beberapa subjek lain yg perlu aku ajar. Kalau kat sini, sorang cikgu mengajar satu subjek saja, memang amat-amat bertuah la. Tapi memang takkan dapat la. At least mesti 2 atau 3 subjek. Nak buat macam mana kan. Kekurangan guru. Malah, ada guru yang perlu mengajar subjek yang bukan option dia pon. Di maktab/universiti belajar lain, mai di sekolah kena mengajar subjek lain. Apa boleh buat, redha saja la. Alhamdulillah aku dpt ajar subjek ikut option (utk BI la) dan subjek lain yang kena ajar, totally out dgn option. Kih3. Terima saja seadanya. Nak banyak songeh, bukak sekolah sendiri. :P

Sepanjang dua tahun kat Saliliran, memang banyak la pengalaman suka dan duka, gelak nangis semua2 lah. Bulan 4 aritue, sorang cikgu dapat pindah ke Semenanjung. Ibrahim akhirnya dapat pindah balik ke Kedah setelah hampir 4 tahun berkhidmat di Saliliran. Dia nie senior kat maktab sama dgn aku jgk. Dan dia jgk adalah senior sekolah menengah dulu. Ikut merata aih. Haha. Lepas dia berpindah, maka tinggallah kami guru seramai 9 orang. Dan tiada lagi posting baru selepas tue. Kehidupan diteruskan seperti biasa. Pada cuti sekolah bulan September, aku ada bawak balik 2 org budak Saliliran ke Semenanjung. Saja la bawak depa jalan2 pi sana. Kawan yg sorang bawak balik sorang budak jgk. Bagi peluang kat depa utk melihat dunia luar yg lebih luas. Sebelum nie mungkin paling jauh depa pernah pergi adalah KK. At least merasa la depa naik kapal terbang. InsyaAllah kalau ada rezeki, tahun depan boleh bawak lagi pulang ke Semenanjung.

Tot tet tot tet, akhirnya tibalah di penghujung sesi persekolahan. Aku keluar awal dari sekolah sebab perlu menghadiri kursus selama satu bulan di KK. Nasib la UPSR semua dah settle. Jadi, tiada masalah sangat la. Beberapa hari lepas cuti, keputusan UPSR diumumkan. Alhamdulillah, ok la jugak result budak2 tahun 6 tue. Walaupun bukanlah 100% lulus, tapi at least better than last year.

Cabaran mengajar di pedalaman.

- Tahap penguasaan murid yang lemah. Sedangkan Bahasa Melayu pon sukar untuk mereka kuasai, apatah lagi Bahasa Inggeris kan. Teramat sangat mencabar la nak mengajar BI kat sini. Apa yg boleh dikatakan, "Sabarla banyak2"

- English bukan lagi bahasa kedua. Mungkin merupakan bahasa asing (foreign language) kepada mereka.

- Murid-murid kekurangan motivasi untuk belajar. Kebanyakan daripada mereka tidak nampak kepentingan pelajaran dalam hidup mereka.

Itu antara cabaran-cabaran yg dihadapi sepanjang berada di kawasan pedalaman nie. Sebenarnya banyak jgk lagi cabaran yg perlu ditempuh terutamanya daripada aspek kehidupan seharian. Bergantung kepada diri sendiri la nak handle macam mana. Kalau jenis yg senang menyesuaikan diri di mana-mana, insyaAllah boleh survive. 

Sekian saja buat masa sekarang. Tahun 2015 pon bakal menjelma tak lama lagi. Sesi persekolahan 2015 pon bakal bermula pada 5 Januari nanti. Apakah yg bakal dihadapi pada tahun hadapan? Sama-sama kita harungi nanti.


Seronok main pistol ayaq. Ada sampai yg tembak laptop cikgu. Memang cr nahas betul. Hahaa.

Hasil tangkapan. Orang punya la tapi.

Tak lama sebelum Ckg Brahim dpt pindah.

Aktiviti pengakap. Bakaq ubi kayu.

Aktiviti pengakap: Taklimat kesihatan

Demo bantuan kecemasan

Presentation berkaitan gajet.

Hari sukaneka sekolah

Kumpulan apa tah.

Siap sedia

Lari kutip gula-gula.

Perjalanan ke sukan zon tahun lepas.

Tahun lepas punya cerita.

Di SK Sibangali tahun lepas.

Pengalaman naik kapal terbang.

Main panah-panah

Di Petrosains.

Naik KLCC

Mandi kat pulau kat KK.


p/s: Few more days nak balik Sabah. Alahai, kejap betul cuti.












































1 comments:

Risma Robin said...

Hi there.. I'm risma.. Me and a group of people (Beyond Pitas team) will be visiting ur school somewhere this year.. Do read this article

http://www.thestar.com.my/opinion/columnists/one-mans-meat/

How do I contact you for more info? Here's my email od_risma@yahoo.com..

Hope to hear from you soon. Happy new year cigu! Keep up that good spirit :)