8:36 PM

My gadget: GoPro Hero 3+ Black Edition

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Kemain lama tak berupdate blog nie. Last entri rasanya tahun lepas. Alahai, kesian betul. Terabai, bersawang dan berhabuk. Tiba-tiba macam rajin pula nak update blog nie. Almaklumla, duduk di pedalaman nie macam tiada apa sangat yang nak dibuat, tulis blog lah demi mengisi masa yang terluang ittew. Ewwww~

Okay, enough with the introduction. Nak ucapkan selamat tahun baru 2014 macam dah terlewat. Nak masuk bulan Mac dah pon. Hahahaa. Untuk entri kali nie, aku nak cerita pasal satu gajet nie. Apakah dia? Tue kan dah ada kat tajuk atas tue. =)

GoPro Hero 3+ Black Edition. Itulah dia. Boleh dikatakan trend sekarang nie la orang dok pakai kamera nie. Kalau diikutkan, kamera nie ada banyak jugak jenis dia. Ada edisi perak (silver edition) dan juga edisi putih (white edition). Satu lagi yang edisi hitam (black edition) nie la. Spesifikasi utk ketiga-tiga jenis lebih kurang sama dan yang membezakan antara 3 jenis nie ialah kualiti gambar yang dihasilkan (megapixel) dia. Kalau utk black edition nie, kamera dia 12MP. Kira kualiti yang terbaik la tue. Untuk bacaan lanjut berkenaan spesifikasi, boleh baca di sini

Untuk black edition nie, satu wireless remote disediakan sekali. Jadi tak payah la nak beli lagi. Kalau utk silver dan white edition, takde disertakan dgn remote tue. Kalau nak pakai, kena beli asing la. Disebabkan aku beli edisi hitam, jadinya tak perlu lagi la beli remote tersebut. (dah jimat di situ)

Apa yang best dgn GoPro nie ialah, dapat ambil gambar selfie banyak-banyak. LOL. Actually, banyak jgk fungsi dia. Bergantung kepada individu la. Macam aku, aku beli sebab nak selfie banyak2 ambik gambar dan video bagi aktiviti yang aku buat. Sebagai contoh, perjalanan aku keluar-masuk Saliliran. Haa..itu lah antara tujuan kenapa aku beli benda alah nie.

Satu perkara yang kurang best tentang GoPro nie ialah semua aksesori perlu dibeli secara berasingan. Malah, memory card pon kena beli asing. Nak yang jenis class 10 pulak tue. Demand betul. Antara aksesori yang penting utk dibeli sekali ialah monopod atau dipanggil GoPole. Kalau takde benda alah nie, susah jgk la nak ambil gambar. Susah la nak selfie. Hahahaa.

So far, aku berpuas hati dengan GoPro yang dibeli nie. Yer la, dah beli mahal-mahal kan. Kalau tak puas hati, kena puaskan jugak la. Huk3. Tapi, sejujurnya memang aku suka la dengan kamera nie. Oh ya. GoPro nie jugak boleh ambil gambar/rakam video dalam air. Tapi dengan syarat kamera tue mesti ada dlm housing khas dia la. (basic housing disertakan sekali) Tue yang best tue. Boleh bergambar/buat video di mana-mana. Tapi bukan dlm api la. Of course.

Cukup la kot bebel pasal GoPro nie. Tak tau nak tulis apa dah. Di sini disertakan beberapa keping gambar utk tatapan pembaca.


Inilah rupa kameranya.. GoPro Hero 3+ Black Edition.
GoPole (monopod)
Antara housing yg available.

Bacpac. Battery extra.

Contoh gambar yg diambil.


Read More ..