8:36 AM

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan kepada semua Muslimin Muslimat di seluruh dunia.
Semoga dgn kedatangan Ramadhan kali ini, segala amalan kebaikan dapat ditingkatkan dan semoga kita dapat mendekatkan diri dgn Yang Maha Agung.

credit gambar: google


Read More ..
3:00 PM

2 days trip.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Last weekend, aku pegi KL. Gerak ari sabtu, balik mai sini ahad. So, 2 ari satu malam saje kt KL. Perjalanan bermula kira-kira jam 7.00pg. Ma hantar pagi tue, lepas tue drop kt kedai nasik lemak kuning. Sebelum gerak, breakfast dulu. Nie la sarapan aku pagi tue.

Nyaman sekali. Lepas settle makan, aku pon gerak la ke stesen keretapi. Tak jauh, jalan kaki dalam 5 minit je. Pagi nie jugak aku mengalami detik2 yg amat mencemaskan. Jeng jeng jeng...

Alkisahnya bermula pabila aku merasakan spt mahu ke tandas. Perut bagai dipulas2. Dan ketika di dalam tandas, aku meraba dalam poket. Astaghfirullah, henpon satu takdak. Alamak, tertinggal atas meja makan kt kedai td. Lantas aku bergegas pergi semula ke kedai td. Rasa sakit perut terus hilang. Aku melangkah dgn agak pantas dan jantungku turut mengikut rentak yg sama. Dlm hati aku berdoa, semoga tuan kedai terjumpa henpon aku dan tlg simpan. Dan ketika aku smpi di hdpn kedai, tuan kedai tgk aku dan terus pegi ambik henpon dr dlm laci. Alhamdulillah, selamat henpon. Huhu..Pengajarannya, lepas ambik gmbr, simpan terus henpon dlm poket.

Lepas tue, gerak semula ke stesen keretapi dan melepaskan hajat yg tergendala sebentar td. Nie gambar tiket keretapi yg akan aku naiki sebentar lagi. Keretapi Tanah Melayu, Koc R3, seat 4C.

Utk pengetahuan, koc yg aku naik nie, kelas 2. kelas 3 takde utk perjalanan siang. So, harga tiket agak mahal, RM32 utk sehala dari Pt. Buntar ke KL. Selepas kira-kira 15 minit menanti, keretapi pon tiba.

Nampak usang je. Takpe, tak lama lagi akan digantikan dgn keretapi yg baru. Dah masuk keretapi, cari tpt duduk. Ada makcik dah dok kt seat 4D. So, aku pon duduk la seblah makcik tue. 2/3 daripada perjalanan, aku hanya tidur sahaja. Ada la bwk buku, konon2 sebagai peneman. Tapi baca sekejap je. Abes la jgk 10-20 m/s.


Duduk lama2 pon lenguh sebenarnya. Sakit lutut duduk lama2. At last, bangun jenjalan kejap. Lagipun, sejuk kt dlm koc tue. Pegi la jenjalan kt cafe jap. Nak try test beli kt situ. Tau dah kompom mahal, tapi nak beli jgk. Kalau tak beli, bila lagi nak beli kan. Naik ketapi pon bukan nya selalu. Dan hasilnya, terbeli la air kotak milo nie. Nak tau harganya?


Takde la mahal pon. RM2.50 je sekotak. Hehee. Kalau dah dahaga sangat, beli la. Tak pon beli air mineral, RM2.00 sebotol utk 500ml.


Perjalanan memakan masa hampir 5 jam dan aku tiba di KL Sentral kira-kira jam 2.30ptg. Sampai2 je, terus pegi toilet n solat kt surau. Wat jamak siap2 then gerak ke Cheras. Naik putra LRT, then transit kt Masjid Jamek, amek LRT plak menghala ke Salak Selatan. Dah sampai sana, ambik teksi dan menuju ke IYC (International Youth Centre) atau Pusat Belia Antarabangsa. Ada seminar Celik Emas kt sini.

Tue en. Rizal sdg menyampaikan perkongsian beliau. Kat sini jgk aku telah dipanggil utk memberikan testimoni berkaitan GCP dan di penghujung acara, aku sekali lagi dijemput utk menyempurnakan acara cabutan bertuah dan seterusnya bagi adiah kpd para pemenang yg bertuah. Terima kasih kerana memberikan penghormatan dan peluang kpd saya yer. :)


Lepas abes majlis, gerak ke Putrajaya. Stay kt umah Nik Hanif, team dealer GCP jgk. Mlm lepas kt Alamanda. Jalan kaki je g sne, 5 minit smpi. Keesokan harinya, pergi ke Bentong. Melawat my sifu, Cikgu Nor Fazilah. Beliau ada gerai nangka kt sana. So, kitorg pegi ke gerai nangka tue la.

Nie adalah kedai nangka tersebut. Kat tepi jalan je. Kalau on the way nak ke Raub tue, boleh la singgah kat kedai nie.


Dapat rasa durian sedap. Nie durian D24 katanya. Memang tebal isinya. Durian nie dari kedai sebelah. Memang best lah..


Nie antara nagka yg dah siap di'pack'..Dapat la jgk merasa makan nangka madu nie. Memang manis, sedap dan berlemak sikit2. Utk satu pack yg mcm nie, RM5.00 je..


Lepas gerak dari Bentong, pegi ke Puchong plak. Menghadiri majlis kenduri kahwin salah seorang dealer GCP. Ihsan Sabri a.k.a. Golden Man. Lepas g kenduri tue, aku terus ke Stesen Putrajaya n amek KLIA transit utk ke KL Sentral. Tiket harga RM9.50 dr stesen tue ke KL Sentral. Nie rupa tiket die.


Nie plak rupa interior KLIA Transit tue. Ok la..boleh duduk dgn selesa. Orang pon takde la ramai sgt. *handbag bukan aku punya.


Dah sampai KL Sentral, g jenjalan pusing2 dlm tue. Dgn tidak sengaja, terjumpa PC yg boleh online kt kedai buku. So, duduk je la situ online lama2..hehe..nak jln tpt len pon dh rs malas. Tak lama lepas tue, iera smpi n ktorg lepak mkn Mc'd.

Nyum nyum. Siort je staff tue goda aku soh beli ais krim dan dpt free gelas olimpik tue. Last2 terbeli jgk. Tapi takpe la, boleh buat collection.


Eh..apa nie?? Emas mana plak nie? Jumpak kt mna? Tak jumpak pon benda alah nie. Nie pendrive gold bar, 4Gb. Nie adiah dari my sifu, Cikgu Nor Fazilah utk birthday yg baru lepas aritue. Tima kasih yer cikgu. :)


p/s: Looking forward utk aktiviti2 yg mcm nie lagi.. ^_^

Read More ..
1:30 AM

Keperluan vs. Kehendak

Keperluan vs Kehendak
Antara keperluan dan kehendak..
Apa perbezaannya?
Mesti la ada kan..
Keperluan adalah sesuatu yg kita perlukan..
Kalau takde..mungkin akan menyukarkan kita dlm beberapa perkara.
Kehendak pulak..
Apa yg kita nak..teringin nak miliki..
Kalau takde pon..ok je..
boleh je lagi teruskan kehidupan...
Jom kita tgk sikit apa benda antara keperluan dan kehendak..
Cekidaut..


Bab2 yg asas takyah la cerita kot..
Udara, makanan, air dan lain2..
Itu kategori lain..
Nie nak cte pasal benda lain..
Keperluan dan kehendak lain..


1. Alat komunikasi


Memang tak dinafikan, telefon merupakan salah satu benda yang agak penting skrg nie..Memang telefon adalah satu keperluan. Kalau takde, susah jgk la. Sekarang nie wujud pelbagai jenis telefon bimbit. Yer la, senang la sikit. Takde la ssh2 nk cr syiling/kad nk pakai public phone kan. :)

Kalau ada telefon mcm nie pon dah ok..Telefon nie fofular di era awal milennium dlu. Mahal wo time tue. Mmg sgt mahal. Tapi telefon nie antara yg paling tahan la yg ada di pasaran. Jadi, kalau nak beli yg mahal2 pon, biar berpada2 laa. Kadang tue, guna utk call/sms je. Jadi, tak perlulah nak beli yg mahal2 sgt. Yang biasa2 pon sudah memadai.


Wowww..Kalau ada telefon macam nie mesti best kan. Yer la, memang la best. Tengok la jgk harga dia, pon best jgk. Memang banyak telefon pintar yg keluar tiap bulan, tiap tahun. Makin canggih dibuatnya. Bagi aku, telefon yg mcm nie adalah dlm kategori kehendak dan bukannya keperluan. (buat masa skrg) Jadinya, kalau ada budget terlebih, mungkin la boleh nak beli. Kalau cukup2 mkn je, atau terpaksa ikat perut sbb nak beli telefon mcm nie, tak perlu la kot.


2. Motorsikal

Kalau nak beli motor, tak perlu yang mahal2 pon takpe. Asalkan ada je. Janji boleh naik, bawak dari satu destinasi ke satu destinasi. Kan? Naik motor nie senang sikit, nak mencelah2 kalau ada kesesakan lalu lintas. Tapi yang tak bestnya, kalau hujan, alamatnya kuyup la..(Kalau takde baju hujan la)

Nie kira kategori keperluan la. Motor biasa2 je. Takde la mahal mana pon. Kira masih dlm kategori mampu milik. Minyak pon jimat. Maintenance pon tak la tinggi.


Kalau motor nie plak macam mana? Keperluan jgk ke? Bagi aku, nie bukanlah keperluan. Ini dah kehendak nie. Duit pon bukannya sikit kalau nak beli motor2 mcm nie. Silap2 lagi mahal daripada kereta. (Kereta nasional) Takkan la nk pegi keja hari2 bawak motor nie kan..(tp boleh je) Jadinya, tak perlu membazir duit beli motor2 cmnie. Kalau ada duit yg banyak, takpe. Silakan. :)


3. Kereta

Kereta pon sama jgk. Kalau la kata takmau beli motor nak beli kereta, cari la kereta yang dalam lingkungan mampu milik. Jangan beli di luar kemampuan. Jenuh nnt.


Kalau ada kereta mcm nie pon dah ok. Tak perlu lah nak hebat2 sgt. Tau mmg boleh buat pinjaman beribu2 utk beli kereta, tapi masih perlu dipertimbangkan beberapa perkara. Asalkan ada kereta, pon sudah mencukupi.


Haaa..tu dia..nie salah satu contoh kereta mewah. Yer la. Mewah laa..Nie pon kehendak jgk. Kalau ada 'extra money' boleh la nak beli. Sampai dah taktau nak buat apa dgn duit yg ada, "ermm..beli lah panamera sebijik"

Kalau byk duit, ok je. tapi jgn pulak beli, lepas tue simpan je dlm garaj, x pakai. Baik tak payah beli kan..hehe..

Satu lagi benda yang menjadi ikut-ikutan pada masa kini, penggunaan 'tablet'. Bukan ubat tablet yer. Nie ha, benda alah nie


Ada macam2 jenis di pasaran sekarang nie. Asus la, samsung la dan macam2 lagi la. Jadinya, benda nie bagi aku juga merupakan satu kehendak dan bukannya keperluan sebab kalau takde benda nie pon takpe. Tapi mungkin juga bagi org lain, benda nie adalah keperluan sbb nak guna utk buat kerja, nak online di sini sana, (nk bawak laptop ssh..apatah lagi desktop) dan pelbagai guna lagi. Jadinya, kalau tab nie dah jadi keperluan, better beli la. Jangan plak sbb takde benda nie, byk kerja terganggu, terbengkalai dan sebagainya. Kan dh susah. Jadi, berfikirlah semasak2nya sebelum membeli. :)


Sekian sahaja olahan dan ulasan yang tidak seberapa, Keperluan vs. Kehendak.
Ulasan ini tidak ada kena mengena dgn sesiapa dan sekiranya ada mana-mana bahagian yg mengguris hati dan perasaan pembaca (ada ke org baca?hahaa), sejuta kemaafan dipohon.

p/s: Buat checklist nak beli barang2 apa..hurrmmm...

Sumber gambar: Google

Read More ..
6:15 PM

Ulangtahun Kelahiran

Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me.

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Mohd Izwan,
Allah selamatkan kamu.

Alhamdulillah. Kini umurku sudah mencecah 24 tahun. Aku bersyukur kerana masih diberi izin oleh-Nya utk bernafas di muka bumi ini. Ucapan yang diterima tahun nie tidaklah sebanyak tahun lepas. Tapi aku bersyukur dan berterima kasih kepada yang telah memberikan ucapan tersebut. Ada lebih kurang 120 ucapan yg aku terima yang mana datangnya dari Facebook, Twittwer dan juga melalui SMS. Terima kasih semua.

Walaubagaimanapun, bagi aku tahun nie punya ucapan adalah lebih istimewa drpd tahun lepas. Tahun nie banyak yg wish aku sbg 'Tokey Emas'. Hehehe...Mudah-mudahan termakbul lah doa kalian. :)

Hadiah? Ermm..tak kisah pon ada org bg hadiah ke tak. Kalau ada yg nak bagi, aku terima dgn tgn yg terbentang luas. :)

Celebrate? Pon takde celebratian yg grand2. Takde kenduri apa semua. In fact, aku kena keje lagi pd hari istimewa nie. Tahun lepas pon sama jgk. Tapi waktu tue bekerja sbg drebar. Kali nie keja sbg pembantu kantin.

Apa2 pon, aku nk ucapkan jutaan terima kasih lagi kpd semua yg telah memberikan ucapan. Semoga kalian juga dpt spt mana mendoakan saya tempoh hari. Sekian.

Beli sendiri, bagi kat diri sendiri. Happy birthday!!
Read More ..
1:15 AM

Setengah Tahun

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Dah lama tak jenguk sini..
Last entry bila?
Bulan 5 aritue..
Orite..
Berbalik kpd tajuk...
"Setengah Tahun"
Apa yg setengah tahun?

Yer laa..
setengah tahun laa..
6 bulan telah berlalu...
Jun sudah lepas..
Kini masuk bulan 7 ataupun Julai..
Means..
dah setgh tahun berlalu..
apa yg telah dicapai sepanjang nam bulan yg lalu?
Apa yg telah dilakukan sepanjang nam bulan yg lalu?
Apa pula yg diharapkan utk nam bulan yg mendatang?
Apa pula yg harus dilakukan utk nam bulan yg mendatang?
Mcm mana plak dgn azam tahun nie?
Dah tercapai?
At least half la dah tercapai..
yer la..dah setgh tahun kan..
yg lg half...ada lg nam bulan utk dilaksanakan..
Apa2 pon..Selamat menempuh lagi nam bulan utk tahun 2012..
Semoga kita dpt melakukan yg lebih baik dr sebelum nie..


p/s: Dah masuk Julai...yeaaayyyy...
Read More ..