8:30 AM

Corat Coret Perjalanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Post kali nie, nak cerita sikit pengalaman ketika masuk ke Saliliran..
Firstly, utk yg belum tahu aku telah ditempatkan di SK Saliliran, Nabawan, Sabah utk interim.
Jadinya, nak kongsi sikitlah pengalaman sewaktu perjalanan nk ke sekolah nie..

Perjalanan bermula dgn menaiki kereta 4X4. Dari Keningau menuju ke Pensiangan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam ke 2 jam setgh. Tgk la keadaan jalan dan sungai macam mana. Dalam perjalanan menuju ke Pensiangan, antara jalan yg perlu dilalui ialah jalan balak. Kalau lepas hujan, memang licin jgk la jalannya. Lepas tue, ada jugak kena lalu sungai. Lebih kurang 3 batang sungai jugak la kena lalu. Nasib baik air sungai tak terlalu besar. Jadinya, boleh la lepas kereta tue nak lalu. Kalau air besar, alamatnya kena tunggu la smpi air surut.

Dah sampai Pensiangan, dpt berita pulak bot tak dapat datang. Jadi, kami pun tumpang bermalam di rumah seorang guru di Pensiangan tue. Keesokan harinya, alhamdulillah ada bot.

Perjalanan pagi tue bermula kira-kira jam 8.30 pagi. Kami pon menyusuri sungai menuju ke arah destinasi kami. Air sungai ok la jugak waktu tue. Tak kecil tak besar, sedang2 saja. Perjalanan masuk, kami perlu melawan arus. Banyak jugak la jeram yg dilalui. Kami tiba di Sibangali (nie kampung n sekolah Nuga) lebih kurang jam 10.00 pg. Kemudian, perjalanan diteruskan lagi menuju ke Sinapar. Lepas pada nie, ada la beberapa kali kena turun dari bot, berjalan dan juga tolak bot disebabkan air sungai yg agak kecil. Turun naik bot, perkara biasa kata cikgu2 nie. Ada jgk la detik2 cemas bila mana bot terundur akibat arus deras. Nasib la pemandu bot n jurubatu cepat2 bertindak. Kalau tak, langgar tebing sungai la jawapnya.

Kira-kira jam 12.30 tgh, kami tiba di Sinapar. Duduk la kejap. Rehat, minum2 air sikit bagi hilang dahaga. Lebih kurang jam 1.30ptg, kami pon memulakan ekspedisi menuju ke Saliliran. 
Bismillah, langkah diatur dan perjalanan dimulakan. Fuhh, memang mencabar jgk la track dia. Alhamdulillah ada la jgk pengalaman trekking waktu di maktab dulu. Trekking dr Taman Belia bersama rakan2 C5 dan Mr Barchan serta trekking di Taman Negara Penang. Memang sedikit sebanyak membantu la. Lagi pulak, latihan di gym waktu cuti juga membantu. Dalam pada tue, semput jgk la naik bukit turun bukit. Berhenti rehat buat seketika. Kemudian, sambung lagi perjalanan. Ada lalu sungai kecil. Lereng-lereng bukit. Dengan bebanan melebihi 10kg di belakang, ia bukan sesuatu yg mudah. 

Lebih kurang jam 2.00ptg, kami tiba di satu sungai yg besar. Jadi, kami berehat dan juga mandi di sana. Rehatkan badan, rehatkan minda. Dlm pukul 3.00ptg, kami teruskan perjalanan. Dikatakan sungai itu adalah titik tengah perjalanan kami. Kiranya dah half perjalanan laa. Lepas jalan beberapa jam, berhenti rehat lagi. Yer la, beg berat dan memang tak boleh nak berjalan lama. "Cikgu, lama lagi ka mau sampai?" "Nanti dah sampai sungai, sudah tidak jauh.." Wah, dah tak jauh la nie.

Nanti dah sampai sungai, seberang sungai, ingat dah nak sampai. Rupa-rupanya dekat setgh jam jugak lagi la nak kena berjalan. Waktu tue, mental dah hampir-hampir koyak. Rasa nak pengsan pon ada. Huhuu. Tapi langkah tetap diatur dan gagahkan diri. Takkan nak dok situ je plak kan. Sapa nak tolong angkat. Hahahaa. Kira-kira jam 6.00 ptg, kami pon tiba di rumah. Fuuhhh..sampai2 rumah, letak beg, terus terlentang aku di atas lantai. Penat yg amat. Rasa nk tercabut jantung. Lenguh bahu pulak, jangan ckp la. Lepas 3-4 hari baru hilang.

Jadi, bermulalah kehidupanku di Saliliran nie. Begitulah sedikit sebanyak cerita pengalaman perjalanan menuju ke Saliliran nie..Sekian saja. Nikmatilah beberapa gambar yg tak seberapa nie.


Dalam 4 wheel ride..



Pensiangan.

Ada lalu sungai. Nasib air tak besar..

Bot yg membawa kami..

Sibangali


Inilah Sinapar.

Jalan di dalam hutan.


Ingatkan dh nak sampai, rupanya belum. Ini kampung Malilia.


Depan sana tue lah kampung Saliliran.

Penat oh penat.


p/s: Homesick~ T_T








Read More ..
8:30 PM

Jom Masak-Masak: Apa Nama Ntah..

Assamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entri kali nie, nak tulis pasal satu resepi hidangan nie. Masakan nie boleh dikatakan salah satu masakan tradisional. Nak tau apa? Jom tgk/baca... =)

Actually, nama masakan nie Mama pon tak pasti apa dia. Aku apatah lagi la. Mama ckp, dah lama tak masak benda nie. Dekat2 10 taun jgk la. Padan la aku pon tak tau. Makan pon tak pernah rasanya. Kalau pernah pon, mungkin waktu belum mumaiyiz dulu.

Bahan-bahan dia simple je.
1. Pucuk ubi kayu
2. Santan
3. Ikan bilis
4. Cili padi (cabai melaka)
5. Kunyit (nak pakai serbuk boleh..kunyit hidup pon boleh)

Sukatan dia, aku pon tak tau nak cakap. Main agak2 jer la. Nak banyak, letak banyak. Nak sikit, letak sikit. =)

So, cara2 nak buat dia.

1. Masukkan santan ke dalam kuali. Panaskan di atas api perlahan-lahan.
2. Blend cili padi (guna santan td) dan tuangkan ke dalam kuali. Kalau pakai kunyit hidup, blender skali.
3. Masukkan ikan bilis. Theb masukkan kunyit. (kalau pakai serbuk)
4. Kena sambil2 kacau. Masak sampai mendidih dan juga sampailah ikan bilis itu hancur.
5. Masukkan pucuk/daun ubi kayu.
6. Kacau rata / hingga sebati.
7. Then, masak sampai kering semua bahan.

p/s: Durasi memasak lebih kurang 4 jam. (Mula jam 8mlm..siap pukul 12 tgh mlm)

Inilah rupa santan di dalam kuali
 
Setelah dimasukkan cili padi yg diblend dan juga kunyit
 
Lepas dah hancur ikan bilis, masukkan dedaun
 
Inilah rupa lepas dah sebati..
 
Dalam proses nak mengering
 
Inilah hasilnya selepas dimasak kira2 5 jam..




Disebabkan abah yang nak masak masakan nie, jadinya abah la yg kena jadi tukang mengacau sepanjang proses memasak ini. Kami pon ada la jgk tolong sekejap2.. =)

Rasa dia sedap. Kalau yg suka pedas, mungkin boleh la tambah kuantiti cili dlm resepi nie. Hidangan nie sesuai dimakan bersama nasik. Kalau mkn nie dgn nasi je pon layan. Takdak lauk lain pon takpa. :)

Selamat mencuba!!

p/s/s: Ada sapa2 tau nama masakan nie?














Read More ..
11:00 AM

Selamat Tahun Baru

Source

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Selamat Tahun Baru.
Happy New Year.
Semoga pada tahun 2013 ini akan lebih cemerlang dan menempa lebih banyak kejayaan. 
Semoga dilimpahkan rezeki oleh Allah s.w.t serta dikurniakan kesihatan yg baik supaya dpt menjalankan tanggungjawab sbg seorang Muslim.





Read More ..