10:00 PM

Boikot!!

Assalamualaikum..Salam Sejahtera..

Wah, dah lama jugak tak update blog nie. Agak lama terbiar. Sibuk dan juga kekangan line internet yang membataskan aktiviti mengupdate blog nie.

Isu boikot memboikot nie macam dah 'sejuk'. Kelihatannya macam orang memboikot sesuatu apabila berlaku sesuatu. Dulu awal2 dulu, kecoh apabila negara Islam diserang Israel dan umat Islam digesa untuk memboikot Macdonal kerana Macdonald didakwa menyalurkan bantuan kewangan terhadap Israel.

Oleh hal yg demikian, maka berpusu2 la muslim di seluruh dunia dan Malaysia khasnya yg memboikot Macdonald ketika itu. Namun, setelah isu ini dilihat semakin reda, orang ramai pon sudah melupakan tentang isu boikot nie. Mereka sudah kembali menjejakkan kaki ke Macdonald.

Aku secara peribadi, tiada masalah pon dengan tue. Sebab, bagi aku itu adalah pilihan dan hak masing-masing. Siapa aku untuk menyibuk akan hal orang lain kan? Masing-masing sudah boleh berfikir dan boleh membuat keputusan sendiri. Kalau taknak boikot, tidak mengapa. Aku tak kata 'Kau salah." "Kau kejam" "Kau sokong Israel" Aku rilek je. Nda ada masalah bah. Yang pasti, memang aku telah memboikot Mc'd sejak isu boikot memboikot nie diutarakan aritue. Alhamdulillah hingga hari nie aku juga masih teruskan lagi dgn usaha nie. Kalau ada yg nak ajak lepak kat Mc'd, takde masalah. Aku on je. Tapi lepak je la. Korg nak makan, dipersilakan. Aku teman lepak je. Borak2..hehe..Aku hormat pegangan korang, maka hormat jugak pegangan aku.. =)

Abes tu bro, ko boikot Mc'd je ke? Produk2 lain keluaran Yahudi/Israel ko tak boikot ke? Kalau takat Mc'd je, baik tak payah bro~

Aku juga insan yg lemah lagi hina yg hidup di muka bumi Allah ini dan tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Jadinya, pendirian aku kat sini, selagi mana aku boleh elak/boikot, aku akan cuba la. At least, ada sesuatu yg boleh aku lakukan. Ok? hehee.Tapi yg pasti, utk Mc'd nie, aku akan terus boikot la. =)


p/s: mungkin ada byk lg pilihan di luar sana..insyaAllah..


Read More ..