3:00 PM

Jelajah Siri II

Bertemu kembali dlm Siri Jelajah yg kedua..
Destinasi pilihan utk jelajah kali ini ialah..
Negeri di Utara Tanah Air..Negeri KEDAH..
atau lebih spesifik..
Universiti Utara Malaysia..
UUM yg terletak di Sintok adalah pilihan destinasi jelajah kali ini..
Tempat yg cantik dan udara yg segar adalah tarikan yg menyebabkak destinasi ini dipilih..
Eceyhh..kononnya laa..
Tak laa..
Sebenarnya ada tujuan nak pegi UUM tue..
Apakah tujuannya..
Cekidaut..

Perjalanan bermula kira-kira jam 8.00pg..
Naik bas dr stesen bas pt buntar, menuju ke Butterworth..
Sampai sana, ambil tiket Konsortium..dan gerak ke Alor Setar lebih kurang jam 9.20pg.
Lebih kurang jam 11.00pg, tiba di Alor Setar dan terus naik Mara Liner utk menuju ke UUM, Sintok.


Dalam perjalanan dr Butterworth menuju Shahab Perdana, sempat snap lambang/tugu negeri Kedah..Menara Alor Setar.


Tiba di UUM kira-kira jam 12.00tgh hari. Cuaca tidak terlalu panas dan nyaman je rasa..Maklumla..dikelilingi pokok-pokok yg menghijau dan jauh dr hiruk pikuk kota. =)

Sampai2 je terus berjalan menuju ke Dewan Muadzam Shah (dmas)..Sempat la jgk snap sekeping gambar dr laluan pejalan kaki nie..


Sampai2 kt dmas, pegi makan tgh hari dulu dgn diorang...nyum..nyum..Ok la..dah malas nak cerita satu persatu aktiviti yg dilakukan sepanjang berada di UUM/DMAS tue..

Dipendekkan cerita, tujuan Jelajah Siri II nie adalah utk melawat rakan2 di UUM. Sudah lama tidak bertemu. Dan kebetulan ada Konsert Diraja Menjunjung Kasih 2012.
Konsert yg diadakan bagi meraikan Tuanku Sultan Kedah yg dilantik menjadi YDP Agong beserta isterinya Raja Permaisuri Agong. Artis undangan pada konsert kali ini ialah Anuar Zain.

Sedikit bingkisan tentang konsert ini. Konsert pada kali ini adalah gabungan atau jalinan bersama Istana Budaya utk kesekian kalinya. Oskestra Tradidional Malaysia telah dipanggil utk bersama-sama mengadakan persembahan serta mengalunkan muzik bg mengiringi penyanyi yg membuat persembahan pd mlm itu. In my opinion, OTM ini sangat best, muzik yg didendangkan adalah sgt menarik dan unik kerana menggabungkan pelbagai jenis alat muzik daripada pelbagai kaum dan etnik.

Ok laa..dah laa...tgk la gambar2 yg ditangkap sepanjang penjelajahan nie.. =)

Artis tari sedang bersiap utk persembahan pd malam konsert.

Ketika konsert sedang berlangsung.

Bergambar bersama rakan2 dr UUM. Dari kiri: Sepet (bukan UUM), Daus (bekas penari), Combi (bekas penari juga..tp nk join jgk), Adib (juga bekas penari dan mungkin menari kembali lepas nie), penulis

Sempat bergambar dgn salah satu alat muzik OTM.

Dalam dewan, di bahagian tepi..

Bergambar kenang-kenangan..



Tamatlah sudah sesi Jelajah Siri II. Semoga berjumpa lagi...

Terima kasih kpd semua pihak yg telah menjayakan Jelajah Siri II ini mahupun secara langsung atau tidak langsung..
Tq Daus..Adib..Combi..Qilah...Liza..Yen..Jannah...Bobby..Neyb..dan semua2 lah... =)

p/s: Nantikan pula Jelajah Siri III...coming soon..




Read More ..
2:00 PM

Jelajah Siri I

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sudah lama tidak menulis.
Sudah berhabuk bersawang pon kat sini..*uhuk2!!
Actually, semenjak bergelar 'penganggur kehormat' nie..
banyak la jugak masa yg terluang..
Tak tau nak isi dgn apa..
Ladang anggur kt belakang rumah tue dah habis disiram, dibaja..
Hanya menanti hasilnya sahaja yg tidak tahu bila..
Oleh itu,
Dgn masa yg ada nie, ku mengambil kesempatan
Bukan ambil kesempatan kt org..no no no..
Ambil kesempatan utk berjalan2 melihat keindahan alam ciptaan Tuhan Yang Maha Kuasa.


Orite..
Untuk Jelajah Siri I nie,
Destinasi pilihan adalah Kuala Lumpur.
Dalam taun nie, ntah berapa kali ntah dah pegi KL nie.
Yer la..sbnrnya sng kalau kat KL nie.
Public transport is very efficient..
Ini antara beberapa aktiviti yg dijalankan ketika berada di Kota Metropolitan..


Ini adalah destinasi pertama yg dituju..setelah tiba di KL sentral..sapa boleh teka kat mana nie? Nie la kat Stesen Putra Universiti..waktu nie tgh tggu Aizat dtg ambik sebelum gerak ke rumah kakaknya di PJ..
Pada sebelah malamnya, pegi open house di rumah saudara Hadziq (mmbe soksek)..maaf tiada gambar..Jmpa ramai la jugak kwn2..Ada Aman, Boolat, Bean, Faiz hamit, aiman berg, cholo, mirul putra, pali, mat peng, bezek, ezat.
Lepas mkn2, diorg men futsal. Aku tgk je..2 jam maen..mlm nie tidur umah mat peng kt kerinchi..

Agenda hari kedua, mat peng anta ke KL Sentral. Arini nak ke open house GCP di Nilai. First time nak jengah ke ofis GCP setelah setahun lebih menjadi dealer. Naik erl ke Salak Tinggi dan A.awit (rakan dealer) ambik di sana dan terus ke ofis. Ramai jugak dealer ada kt sana. Hanya boleh cam muka tapi x igt nama. Maklum laa, hanya kenal di alam maya..


Ini antara menu istimewa pada open house tersebut. Kambing golek. Memang terbaiklah.. Lepas open house, bergerak ke Putrajaya.

Malamnya pula, gigih la gerak ke KLIA. Gerak dlm pukul 7 mcm tue..Pegi dgn IeraLee..Pergi KLIA bertujuan menghantar seorang sahabat yg akan pulang ke Korea. Pabila tiba di sana, dimaklumkan bahawa beliau ketinggalan flight..Adusss..


Inilah beliau yg dimaksudkan. Orang panggil beliau M. Masih mampu tersenyum, tapi dalam hati tiada siapa yg tahu.. =P
Tidak mengapalah. Apa2 pun, ketika post ini ditulis, beliau sudah pon selamat berada di Korea.

Agenda hari terakhir, lepak2 dan jalan2 di Mid Valley. Tgh ari, sempat la merasa makanan Korea yg memang tak pernah makan pon sebelum nie..


Nie nama dia Beef Bulgogi..Ambik set, dpt lah nasik tue dan juga sayur2an beserta dgn sup. Bagi aku yg tak pernah makan makanan Korea nie, food nie ok je. It's 'makanable'..hahaa...

Nie plak nama dia bibimbap. Signature makanan Korea katanya. Dlm mangkok tue, ada nasik kt bwh dia. Nak makan dia, letak sos n gaul2 semua bnda dlm tue. Then, makan smpi habis.

Dalam pukul 1.00, gerak ke KL Sentral. Settle semua2 benda, gerak ke Pudu Sentral. Bas bergerak dr Pudu jam 3.30 ptg. Tiba di Parit Buntar sekitar jam 8.00 mlm..

Tamatlah sudah Jelajah Siri I.


p/s: Looking forward for another 'Jelajah' in the future..InsyaAllah..


Read More ..