8:30 PM

Jom Masak-Masak: Apa Nama Ntah..

Assamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entri kali nie, nak tulis pasal satu resepi hidangan nie. Masakan nie boleh dikatakan salah satu masakan tradisional. Nak tau apa? Jom tgk/baca... =)

Actually, nama masakan nie Mama pon tak pasti apa dia. Aku apatah lagi la. Mama ckp, dah lama tak masak benda nie. Dekat2 10 taun jgk la. Padan la aku pon tak tau. Makan pon tak pernah rasanya. Kalau pernah pon, mungkin waktu belum mumaiyiz dulu.

Bahan-bahan dia simple je.
1. Pucuk ubi kayu
2. Santan
3. Ikan bilis
4. Cili padi (cabai melaka)
5. Kunyit (nak pakai serbuk boleh..kunyit hidup pon boleh)

Sukatan dia, aku pon tak tau nak cakap. Main agak2 jer la. Nak banyak, letak banyak. Nak sikit, letak sikit. =)

So, cara2 nak buat dia.

1. Masukkan santan ke dalam kuali. Panaskan di atas api perlahan-lahan.
2. Blend cili padi (guna santan td) dan tuangkan ke dalam kuali. Kalau pakai kunyit hidup, blender skali.
3. Masukkan ikan bilis. Theb masukkan kunyit. (kalau pakai serbuk)
4. Kena sambil2 kacau. Masak sampai mendidih dan juga sampailah ikan bilis itu hancur.
5. Masukkan pucuk/daun ubi kayu.
6. Kacau rata / hingga sebati.
7. Then, masak sampai kering semua bahan.

p/s: Durasi memasak lebih kurang 4 jam. (Mula jam 8mlm..siap pukul 12 tgh mlm)

Inilah rupa santan di dalam kuali
 
Setelah dimasukkan cili padi yg diblend dan juga kunyit
 
Lepas dah hancur ikan bilis, masukkan dedaun
 
Inilah rupa lepas dah sebati..
 
Dalam proses nak mengering
 
Inilah hasilnya selepas dimasak kira2 5 jam..




Disebabkan abah yang nak masak masakan nie, jadinya abah la yg kena jadi tukang mengacau sepanjang proses memasak ini. Kami pon ada la jgk tolong sekejap2.. =)

Rasa dia sedap. Kalau yg suka pedas, mungkin boleh la tambah kuantiti cili dlm resepi nie. Hidangan nie sesuai dimakan bersama nasik. Kalau mkn nie dgn nasi je pon layan. Takdak lauk lain pon takpa. :)

Selamat mencuba!!

p/s/s: Ada sapa2 tau nama masakan nie?














0 comments: