10:00 AM

3 Tahun Yang Penuh Dengan Kenangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Wah, lama betul tak menulis kat sini. Memang lama sungguh, setahun lebih jugak rasanya. Last post kt sini, tahun lepas.

Hari nie, genap 120 hari aku meninggalkan Bumi Saliliran. Ya, aku telah berpindah dari Saliliran. Aku berpindah pada Januari 2016 yang lepas. Kini aku mengajar di Selatan Tanah Air, Negeri Johor Darul Takzim. Aku ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seri Melati dan isteriku juga ditempatkan di Johor dari Negeri Di Bawah Bayu sana. Isteri?? Yer, aku sudah berkahwin pada tahun lepas. Nanti lah buat entri pasal kahwin pulak. (kalau rajin)

Sepanjang tiga tahun (lebih jgk sebenarnya, tapi kira halal lah) di Saliliran, memang banyak pengalaman yg ditimba. Nak kata jadi hebat ketika di sana, tidaklah. Iyer lah, nak hebat macam mana, sekiranya infrastruktur dan kemudahan yg disediakan tidak setanding dengan sekolah di luar sana. Akan tetapi, bukanlah itu alasan utk aku tidak membuat yang terbaik untuk anak-anak di Saliliran. Ketika berada di Saliliran, banyak tunjuk ajar dan bimbingan diberikan oleh guru-guru di sana. Sebenarnya aku tak tau pon nak cerita apa. Sebab terlalu banyak kenangan yg indah semasa berada di Saliliran. Kenangan yg tak berapa indah pon ada jugak. Tapi biarlah simpan sendiri je. Yer dok?

Dari segi pengalaman mengajar, aku dpt mengenali rakan-rakan yg hebat sama ada dari sekolah aku sendiri mahupun guru-guru dari sekolah lain. Rakan-rakan yg sama posting dgn aku ke daerah Nabawan nie pon tak kurang hebatnya. Ramai yg semakin hebat dan perform di sekolah masing-masing. Syabas dan tahniah kawan-kawan. Kawan-kawan yg sama-sama posting ke Nabawan pon dah makin berkurang. Sorang demi seorang berpindah saban tahun dan tahun 2016 adalah giliran aku pula yg berpindah. Semasa dapat tahu yg aku akan berpindah, itu merupakan bitttersweet moment utk aku. Yer lah, SK Saliliran adalah tempat first posting. Dengan keadaan dan cabaran utk sampai ke Saliliran, masakan aku akan lupa semua detik-detik itu.

Di Saliliran sebenarnya aku lebih banyak belajar erti hidup dan bagaimana untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kenapa macam tue? Sebabnya, kalau nak tahu kenalah rasai sendiri perjalanan dan kehidupan di Saliliran. Kalau cerita pon, susah sebenarnya orang nak percaya. Masih wujud ke tempat macam tue? Ada ke orang yg boleh hidup di sana? Itu antara persoalan-persoalan yg timbul tatkala aku bercerita pengalaman aku ketika di bumi Sabah, terutamanya di Saliliran. Tidak aku nafikan, kehidupan di Saliliran adalah sangat menyeronokkan walaupun tempatnya adalah sangat jauh untuk sampai ke sana. Di Saliliran, keseronokan perlu dicari. Buatlah apa-apa aktiviti yang dapat memberikan keseronokan kpd diri. Contoh aktiviti yang aku buat di Saliliran, pergi korek paip tersumbat (perjalanan pergi balik sejam setgh), mandi sungai, cari buah dengan budak-budak, joging petang-petang, beriadah dengan budak-budak, lepak tgk movie dengan budak-budak dan lain-lain. Memang macam-macamlah boleh buat kat sana sebenarnya.

Apa perasaan waktu dapat tahu akan berpindah ke Semenanjung?
Perasaan? Of course la ada rasa sedih. Mana tak nya, dah dekat 3 tahun lebih aku menabur bakti di Saliliran. Aku pon boleh dikatakan agak selesa berada di sana. Keadaan kampung yang aman, damai, tenang lagi nyaman membuatkan aku rasa sayang nak tinggalkan. Fikir budak-budaknya lagi, yang agak rapat dengan aku. Memang sedih la utk meninggalkan diorang. Dalam sedih, ada juga la rasa gembira sebab, dapat tinggal bersama dengan isteri tercinta dan juga jarak yg makin dekat dengan keluarga. 

Ada tak pengalaman misteri kat Saliliran? Alhamdulillah, sepanjang aku di Saliliran, tak pernah la lalui atau merasai kemisterian alam di Saliliran. Takat bunyi sikit-sikit tue, adalah. Terserempak dengan makhluk yg tak sepatutnya boleh nampak, tak pernah la. Syukur. Kawan-kawan lain pernah la merasainya.

Ok lah. Dah la kot. Cukup la kot entri kali nie. Apa yg aku nak cakap utk kali terakhir nie, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga SK Saliliran, dari Guru Besar, guru-guru, AKS dan juga kakitangan pembersihan dan sekuriti sekolah. Terima kasih juga kepada warga Kampung Saliliran yg melayani aku dgn baik sepanjang aku berada di sana. Kepada anak-anak Saliliran pula, cikgu doakan kalian mendapat kejayaan yg cemerlang dan cikgu takkan lupakan kalian hingga akhir hayat cikgu.

Terima kasih semua.

Nie gambar first time sampai di Saliliran.

Tahun pertama, ajar tahun 2.

Nala punya tongkat ali.

Pose sikit, lepas penat tolak bot. :P

Tahun lepas, pengalaman angkut papan dari hutan.

Tahun 2014, pergi Kg. Kabu cari ikan. :)

Tahun lepas, lawatan bersama murid tahap 2 ke Tenom.

Sama-sama berpuasa pd tahun 2014, dpt lah duit raya. (mereka bukan Muslim)

Tahun 2014, jalan2 di KL.

Bersama kawan baru, Aiman (adik Qarl)

Jalan-jalan di Aquaria.

Farewell Party - mandi bedak


Farewell Party.

Kalau nak tengok gambar lagi kenangan berpindah atau semasa di Saliliran, boleh klik kat sini, sini, sini, sini, atau sini

p/s: Bila agaknya boleh sampai Saliliran lagi..







0 comments: