6:55 AM

Jelajah Siri 5

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Bertemu lagi dalam Siri Jelajah yg ke-5. Macam lama tak update siri nie. Ya, memang lama. Kali terakhir entri pasal jelajah nie, Misi Jelajah 4 yang boleh dibaca di sini. Entri taun 2012 yg lalu. Nohorom lama gila. Hahaa.

Untuk misi jelajah kali nie, aku nak berkongsi serba sedikit pengalaman yg diperoleh ketika berjalan melihat tempat orang. Ibarat kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan. Eceyh~

Pada cuti Tahun Baru Cina yg lepas, aku mengambil keputusan utk pergi menjelajah ke Pantai Barat Sabah. Since ada kawan yang posting belah sana, boleh la aku jalan-jalan kat sana. Untuk penginapan dan jalan-jalan di sana dah jimat sikit sebab ada kawan. =)

Ketika panas terik mentari memancar, aku berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menuju ke Sandakan dengan menaiki pesawat AirAsia. Kebetulan harga tiket murah waktu beli awal Januari tempoh hari. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Kota Kinabalu ke Sandakan. Aku tiba di Lapangan Terbang Sandakan kira-kira jam 2.00 petang. Aku menanti ketibaan Bezek utk menjemput aku di lapangan terbang. Dia sampai lebih kurang pukul 4.00ptg dengan menaiki kereta D-Max yang gagah itu. Terima kasih bro.

Petang tue, terus gerak ke Kinabatangan. Tinggal di rumah sewa Bezek. Mirul pon sewa di sini jgk. Tapi masa aku sampai, Mirul tiada sebab bawak budak pergi main catur. Kinabatangan tue, kira ok la. Nak kata macam Nabawan tak, nak kata macam Keningau pon tak. Mungkin tengah-tengah la. Bandar yg tak besar sangat dan tak jgk kecil sgt. Sedang-sedang elok orang kata. Yer la, KFC pon ada kat Kinabatangan tue, kira ok la. Nabawan tiada KFC bah. =)

Untuk cuti Raya Cina, Bezek bercadang utk pergi bercuti ke Tawau dan juga Semporna. Aku selaku tetamu hanya ikut saja perancangan tersebut. Pada hari dan tarikh yg telah ditetapkan, bertolaklah kami menuju ke Tawau. Percutian kali nie disertai oleh 4 org. Aku sendiri, Bezek, Lin dan Qeela. Kami pergi Tawau drive sendiri. Aku yg bertanggungjawab untuk drive dari Kinabatangan menuju ke Tawau. 

Tak banyak tempat pon yg kami pergi kat Tawau. Tawau terkenal dgn makanan laut yg best dan sedap. Oleh kerana kami pergi pada cuti Tahun Baru Cina, maka kebanyakan kedai tidak beroperasi kerana cuti. Agak kecewa di situ. Akhirnya malam itu kami makan di kedai Thai Tenang Seafood. Harganya ok la jugak. Lebih kurang mcm yg biasa aku makan di KK.

Pada mulanya kami ingin menjelajah taman hutan simpan di Tawau tue. Berdasarkan carian di internet, selalunya penjelajahan di sana mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari. Memandangkan masa tidak mengizinkan, kami hanya pusing2 di pekan Tawau tue. Ambil gambar di sini dan sana sebagai bukti kami telah sampai di Tawau. Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, kami makan tengahari di Restoran Arabian Fried Chicken. Masakan Arab dia ok la. Boleh tahan.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Semporna. Kami tiba di Semporna lebih kurang jam 4.00 petang. Terus kami hubungi kawan kami di sana, Ku Mazhad. Petang tue, terus kami pergi di Tampi-tampi (tue kot nama dia). Masuk sana dikenakan bayaran RM10/pax. Kat situ ada tempat makan dan juga ada tempat mandi. Siapa-siapa nak mandi, boleh la. Mengikut perancangan asal, kami hanya satu hari di Semporna dan keesokan harinya akan gerak pulang ke Kinabatangan. Akhirnya keputusan mengejut dibuat dan kami akan pergi ke Pulau Mabul pada keesokan harinya kerana difikirkan alang-alang sudah sampai di Semporna biarlah pergi terus ke pulau sana.

Keesokan harinya kami pergi ke Pulau Mabul. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam dengan menaiki bot dari jeti Semporna menuju ke Pulau Mabul. Laut agak bergelora ketika dalam perjalanan menuju ke sana. Sesampainya kami di Pulau Mabul, ada seorang brother nie tolong bawak kami pusing satu pulau. Sempat jugak la kami snorkeling di Pulau Mabul tue. Tapi tak dapat buat di sebelah laut terbuka sana sebab laut yg bergelora. Penglihatan dalam air terbatas. Dalam perjalanan pulang, pakcik bot tue bawa kami ke Pulau Gusungan. Not bad la pulau tue. Cantik jugak. Kat pulau nie jgk ada penduduk kampung datang nak jual sekor lobster dgn ketam 2 ekor. RM30 je harga dia. Tapi malangnya kami tiada tempat nak masak dan kami tidak beli. Mana nak dpt weh lobster murah mcm tue.

Setelah puas berjalan, kami pon pulang ke Kinabatangan. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Menara Kayangan yg terletak di Lahad Datu. Nak pergi Lembah Danum macam tak sempat pulak. Jauh lagi kalau nak ke sana. Kalau menara nie, jalan masuk dia tepi jalan saja. Agak tinggi jugak la mendaki bukit nak sampai ke puncak yg ada menara tue. Nasib la naik kereta dan bukannya berjalan kaki. Hehee. Sempat la bergambar sekeping dua kat atas sana. Seterusnya perjalanan disambung.

Setelah beberapa hari di Kinabatangan, akhirnya aku pulang ke pangkal jalan KK semula dengan menaiki pesawat MASWing. Dengan ini, berakhirlah percutian aku sempena Tahun Baru Cina.

Terima kasih kepada semua pihak yg menjayakan percutian aku kali nie. Ada rezeki, boleh travel lagi. Banyak tempat lagi yang masih belum diterokai. Semoga berjumpa lagi. Layan la gambar-gambar yg ada nie.

Sewaktu tiba di Lapangan Terbang Sandakan




Makan di dalam kereta
Di perkarangan Agop Batu Tulug.

Di dalam gua Batu Tulug


Bukti telah sampai di Lahad Datu.

Di restoran seafood kat Tawau.



Abes licin~

Sebelum gerak ke Semporna. Singgah lunch dulu.

Di Tampi-tampi.

Snorkeling  di Pulau Mabul.


Menara Kayangan, Lahad Datu.




















1 comments:

Nurr_Rahmah said...

Gambar² ni guna GoPro ye?