Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu kembali dalam siri jelajah yg keempat. Ke mana pula destinasi kali ini? Let's check it out... =)
Pada 20/12/2012 yg lepas, aku telah membuat keputusan utk menjelajah pantai timur. Destinasi yg dituju ialah Terengganu. To be specific, Kuala Terengganu. Nak specific lagi, Kampung Paya Datu, Manir. Pegi sini bukan apa, ada membe semaktab dulu. Saja la nak melawat beliau dan keluarga dan juga melawat rakan2 lain yg juga tinggal di Terengganu.
Perjalanan bermula lebih kurang jam 9.30pg dari Butterworth. Bas melalui jalan Kulim-Grik-Jeli-Tanah Merah-Besut-Kuala Terengganu. Lama jugak la masa diambil utk sampai di Kuala Terengganu.
|
Dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu |
Sampai di Batu 6 kira-kira jam 6.00 ptg. Nuga dtg jemput di bus stop Batu 6. Hujan renyai2 petang tue. So, perjalanan/penjelajahan di Kuala Terengganu bermula mulai saat ini. Apa aktiviti yg aku lakukan di sini? Di manakah tempat yg dilawati semasa berada di sini? Jom tengok...kalau tamau tgk pon takpe..hehehe...
Tempat-tempat yg dilawati.
1. Muzium Terengganu
Muzium Terengganu merupakan muzium yg terbesar di Malaysia dgn keluasan berapa tue, tak pasti la pulak. Tapi, memang besar la. Bangunan dia pon cantik dengan seni ukiran kayu yg menampakkan ciri-ciri kemelayuan. Muzium nie, pernah aku sampai 12 tahun yg lalu iaitu pada tahun 2000 semasa lawatan sekolah rendah. Kini, lepas 12 taun aku sampai kembali ke muzium nie. Memang byk partition bahagian la dalam muzium nie. Dari satu blok ke satu blok kitorg jelajah. Aku dtg muzium nie dgn Nuga n Ostat. Oh yer, bayaran masuk utk muzium nie adalah RM5.00 utk dewasa dan RM2.00 utk kanak-kanak. Nak makluman lanjut, boleh klik sini.
|
Pintu hadapan |
|
Pose sket..haha.. |
|
Tak ketinggalan tulis dlm guestbook. |
|
Tgk la apa jadi..hahahaa.. |
|
Inilah ghope tiket masuk. Yg sebelah kiri tue, boleh dijadikan poskad. |
2. Masjid Kristal
Lokasi Masjid Kristal nie tidak lah jauh dari Muzium Terengganu tue. Lepas pegi muzium, aku dibawa ke masjid tersebut. Kitorg bersolat di sana dan jalan2 sikit kat situ. Tak dapat nak pegi Taman Tamadun Islam (TTI) sebab hujan. Nak jalan pon rasa tak syok lah. Kat TTI tue ada byk replika masjid dari seluruh dunia. Mungkin lain kali lah dtg lagi dan harap2 boleh pegi TTI tue.
|
Jalan masuk menuju ke masjid |
|
view dari tepi.. |
|
view masjid + sungai.. |
|
siap berpayung.. |
3. Noor Arfa Batik
Tak ketinggalan pegi jgk melawat Noor Arfa Batik. Dah alang2 sampai Terengganu kan. Apa salahnya pegi jgk kan sini. Memang byk la pilihan batik kat sini. Kain batik ada, kain pelikat ada, pelbagai jenis baju bercorak batik, kotak pensel, dompet dan macam-macam lagilah yg mana most of them bermotifkan batik. Yer lah, dah nama pon Noor Arfa Batik kan. Mulanya masing2 mcm nak beli baju batik. At last, tak beli pon. Tengok2 saja. Pegi jgk tgk batik di bahagian bilik eksklusif. Ada baju batik yg berharga RM800 plus. Tak dpt beli, dapat pegang pon jadi la. Kat sini jgk ada tpt diorg buat demonstrasi lukis batik, mewarna corak batik dan jugak demo cap batik. Di satu bahagian lain, ada tpt utk seni2 lain mcm proses membuat songket, membuat arca daripada kaca dan ada satu bahagian utk kanak-kanak mewarna batik.
|
pandangan dari tempat parking. |
|
Proses mewarna batik. |
|
Mengecap corak batik. |
|
Proses pembuatan songket..rumit..memang rumit.. |
|
Tempa kaca..cantik.. |
|
Pintu masuk. |
4. Masjid Terapung
Nama lain bagi masjid ini ialah Masjid Tengku Tengah Zaharah. Tapi masjid nie famous dgn panggilan Masjid Terapung. Masjid nie terletak kt Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Datang ke masjid nie utk semayang Jumaat. Then, petg nya dtg lagi utk bersolat asar pulak. Ada byk ikan kt situ. Berenang dgn harmoninya kat bwh titi tue. Orang lempar kon ais krim atau roti, berebut-rebut ikan dtg makan. Kawasan nie adalah kawasan larangan memancing. Tapi ada jgk yg memancing kt sini.
|
Masjid Tengku Tengah Zaharah a.k.a Masjid Terapung |
|
^_^ |
5. Pantai Batu Buruk
Pantainya indah tidak seperti namanya. Hehehe. lepak-lepak sini sambil layan angin laut. Ombak kuat waktu nie dan ada beberapa orang surfing. Ombak bergulung-gulung. Tidak sesuai kalau nak mandi. Mula-mula ingatkan ada pasar minggu kt sini. Sebab dulu datang, memang ada pasar minggu hari Jumaat. Tapi, kali nie aku hampa dan kecewa sebab dah takde. Takpe la, lepak2 jer lah.
|
Ombak bergulung. |
|
Ouchhh.. |
6. Seberang Takir
Kitorg pegi tempat makan di Seberang Takir. Yg ada waktu nie, aku, nuga, ostat, ain, fateen, nadia. Lepas majlis Izah tunang, kitorg dtg sini makan2.
|
Ada sotong, ikan ngan kopok lekor. |
Actually, ada lg beberapa tempat yg dilawati. Tapi tak ambik gambar la plak. Sebagai contoh, Pasar Payang. Pegi sana utk beli keropok sikit utk di bawa pulang ke kampung halaman.
Selain tempat-tempat tue, aku pegi jgk ke rumah kawan2 yg tinggal di Terengganu sana.
1. Rumah Nuga.
Aku stay kt sini. Dari hari mula sampai hinggalah aku balik. Terlupa pulak nak ambil gambar.
2. Rumah Ostat.
Rumah Ostat kat Kampung Kubang Ikan. Kira-kira setgh jam jgk la dari rumah Nuga. Second day dah smpi sini dan sebelum balik pon singgah lagi sekali.
|
Rumah Ostat dari tepi jalan. |
|
Pose kat depan rumah.. =) |
3. Rumah Izah
Rumah Izah pegi ari Sabtu. Kebetulan beliau bertunang pada hari tersebut. Tahniah la yer.
|
Tunangan orang.. |
4. Rumah Fateen
Apa nama ntah kampung fateen nie. Depan rumah dia ada kedai makan. Mak dia bukak bisnes kedai makan. Kitorg dihidangkan dgn nasi ayam waktu kami dtg tue. Waktu nak balik, mak dia bg buah tangan. Terima kasih fateen, terima kasih mak cik.
|
Dalam kedai.. |
|
Rumah di sebelah belakang.. |
Ada sorang lagi membe yg tinggal kat ganu nie. Tapi tak dpt pegi sebab dia pon takde kat rumah. Beliau berjalan-jalan dgn family pusing Semenanjung kot..hehee..
Apa-apa pun, aku nak ucap jutaan terima kasih kat Nuga dan keluarga kerana menyediakan hospitaliti yg boleh dikatakan terbaiklah sepanjang percutian aku kat ganu nie. Juga ucapan terima kasih kepada semua kwn2 yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung waktu penjelajahan nie.
Maka dengan ini tamatlah sudah penjelajahan untuk tahun 2012. InsyaAllah jika dipanjangkan umur dan dikurniakan kesempatan, jelajah ini akan bersambung untuk siri-siri yg seterusnya. Destinasinya pula mungkin tidak terhad hanya utk domestik malah mungkin juga destinasi di luar negara. Sama-sama kita nantikan.. ^_^
p/s: Nak jalan2 di Terengganu, jangan lah dtg pada hujung tahun. Musim hujan. Tak byk tempat boleh pegi. Silap2 terkandas dlm banjir. Alhamdulillah aku tak kena. =)
2 comments:
sakan noooo
Nana: mana ada sakan...biasa2 ja nie..hak3...
Post a Comment