9:15 AM

Jelajah Siri III

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Dah beberapa ketika tak update ini blog...maklum la..buat2 sibuk..hahaa..

Update kali nie adalah kesinambungan daripada Siri Jelajah sebelum nie. Kali nie, Jelajah Siri III pulak.

Destinasi kali nie adalah Kuching, Sarawak. Untuk jelajah kali nie, aku tidak keseorangan dan aku ditemani oleh 3 orang rakan iaitu Nuga, Oper dan Ostat. Actually trip nie dah lama pon plan, since September lg. Waktu beli tue, konvo pon belum. Mana nak tahu dpt interim semua nie. Jadinya, pergilah jugak kami ke sana.

Kami dijadualkan utk bertolak ke Kuching pada 5/12/2012. Jadinya, perjalanan aku bermula pada 4/12/2012. Aku beli tiket flight dr Penang ke KL pd mlm tersebut. Aku tidak keseorangan. Oper pon naik flight jugak mlm tue. Oleh itu, kami bertemu di Penang Airport dan bertolak ke KL lebih kurang jam 11 mlm.

Kira-kira jam 12 mlm, kami pon tiba di LCCT. Nuga dgn Ostat dah ada kat sana. Diorg sampai sana lebih kurang pukul 10 mlm..lagi awal. Then kitorg pon melepak la kat KFC. Nak lepak kat surau, surau tutup plak. Kami pon lepak2 la kat situ, borak2, online..(nasib bawak laptop..x la bosan sgt)

Bila jam menunjukkan pukul 2.00pg, mata pon mula la rasa berat. Tanpa berlengah lagi, aku pon menidurkan diri kat meja kepsi tue. Diorg yg lain dok bersembang lg. Kejap2 aku terbangun la jgk.

Dipendekkan cerita, lepas subuh kitorg breakfast kt food court LCCT tue. Yer la, flight pagi tue pukul 9.35pg..jam baru pukul 7.00pg..gate pon x bukak lagi. Lebih kurang pukul 8.45pg, kitorg pon gerak la ke gate utk boarding. Dah masuk dlm, ada announcement yg mengatakan bahawa flight pd pagi tue maybe mengalami sedikit kelewatan kerana terdapat beberapa masalah kecil..

Lebih kurang pukul 9.20pg, kitorg pon bergerak masuk ke dlm plane.

Nun di hujung sana pesawat yg akan membawa kami ke Kuching..

Di dalam pesawat...
Kebosanan menunggu flight utk berlepas..


Lebih kurang pukul 10.30pg, kapten kapal membuat pengumuman yg kami semua perlu menukar plane..

Evacuation..move..move..move...

Makanya, semua penumpang pon bergegas la bergerak ke plane yg kat sebelah..Nak dijadikan cerita, pesawat yg baru dinaiki nie pon ada masalah jugak. Menurut kata kapten kapal, ada certain part perlu ditukarkan dan akan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit. Kami semua penumpang pon tunggulah dalam plane tue. Tunggu punya tunggu, Dalam pukul 12.30 mcm tue, kapten kapal nyanyi lullaby annouce kt semua penumpang. Kitorg semua kena tukar flight lagi. Maka, bergeraklah semua ke plane yg ketiga.

Tukar jgn tak tukar..
Colourful..
Pesawat di ataslah yg bertanggungjawab menerbangkan kami dari KL ke Kuching. Kami depart dr KL lebih kurang pukul 1.15ptg. Just imagine, flight yg asal pukul 9.35pg, akhirnya pukul 1.15 br berlepas. Fuuhhh, what a long wait. Hahahaa.. Plane yg ketiga nie depart pagi yg sama dan dah return to KL pon dan kitorg masih lg di KL. Nasib baik jugak la ada plane nie. Sampai jugak kami kt Kuching nun. Alhamdulillah.

Sesampainya kami di airport, Abang Long kawasan Jang dah tunggu kt arrival hall. Kitorg pon gerak la dgn beliau utk ke rumahnya. Maka. perjalanan kitorg di Kuching pon bermula. 

Ini antara tempat yg kitorg pergi waktu kat Kuching.

Sarawak Cultural Village.

Bergambar dulu sebelum jalan2..
Nie dekat rumah Iban kalau tak silap. Dinding kulit kayu tue..

Rumah Orang Ulu..ada pakcik buat sape kt atas nun..

Main kepit2 kaki.. :P

Berkesempatan menonton persembahan..

Aduhh...silau..silau..
Jong's Crocodile Farm

Tailless croc

Apa tah nama mamat nie..tua dah nie...


Jungle walk..Buaya dalam hutan..

Rehat..Minum2..Kat dalam tasik nie, ada arapaima besar..Seriau~

Waterfront.
Naik bot tambang dari Pengkalan Sapi ke Waterfront..Tambang RM0.50 je..

Teksi..nak ke mana ntah..


Waterfront. Berlatarbelakangkan bangunan DUN Sarawak.

Cover album kononnya.. :P
Dan ada lagi beberapa tempat yg kitorg pegi. Memang best jugak la. Tiba-tiba rasa mcm jatuh cinta kat Sarawak. Eh!!

Okay, habis part melawat2. Masuk pula part makanan. Hurmm.. Macam2 jugak la makanan yg dimakan sepanjang kt Kuching nie. Jang bawak kitorg ke byk tpt jugak utk merasai makanan org Sarawak nie.



Laksa Sarawak
Kalau dah datang ke Sarawak, tak sah la kalau tak rasa Laksa Sarawak kan. Ini laksa di Mom's Laksa. Memang terbaiklah. Sedap..

Mee Kolok
Mee Kolok ayam. Makan kat mana ntah. Tak ingat pulak. Pon sedap jugak. Mee dia yg mcm megi tue. Kalau order mee kolok sapi, kuah dia kaler itam. Itu yg asli katanya. Mee kolok ayam nie, kuah sup putih biasa je.

'Special'
Benda nie nama dia 'special'. Sedap. Ada ais yg dimesin halus. Lepas tue dlm tue ada pelbagai jenis buah. Ada tembikai, honeydew, buah kabung dan lain-lain. Sesuai utk minum petang.. Buat penghilang dahaga. Harga semangkuk nie RM2.00. Ada lagi menu istimewa kat sini dipanggil 'White Lady'. Sedap jgk. Masam2 manis. Ada buah2an jugak.

Linut
Benda alah nie nama dia Linut. Kalau tgk, dia macam gam ubi kayu tue. Colourless dan tasteless. Nak makan dia, kena campur dgn sort of sambal belacan, barulah ada rasa. Kalau mkn dgn gula melaka mcm lagi sedap kot.. :)

Prata Roll
Roti canai yg digulung dan ada inti daging. Disimbah pulak dgn sos dan mayonis. Memang pergghhh lah. Sedap roti nie. Katanya takde kat tempat lain roti nie. Boleh didapati di Coffee O Corner. Mee jawa kt kedai nie pon sedap jgk..(x teringat nak ambik gamba)

Chicken Cordon Bleu
Lebih kurang sama je mcm kat kedai2 lain. Tapi portion dia maybe lain sikit. Memang besar gedabak jgk la hidangan nie. Jenuh jgk la nak habiskan satu meal nie..

Ais krim bun
Takde la special mana pon ais krim nie. Kalau kt belah2 sini pon banyak. Saja je nak letak jgk. Ais krim bun nie beli kt Waterfront setelah beberapa hari Ostat mengidam.. hehe..

                        Sandwich Ayam
Orang lain makan nasik, aku mkn sandwich je. Kira lunch + minum petang. Kat restoran SCR. Boleh tahan sedap. 

Ayam Pansuh
Ayah Jang adalah org yg bertanggungjawab masak ayam pansuh nie. Kitorg tgk je cara pembuatannya. Pagi tue, aku tolong la jgk utk sumbat ayam dlm buluh nie. Rasa die sedap, ayam lembut. Nyaman.

Hidangan mkn tengahari
Hari Sabtu tue, mak Jang masak utk mkn tengahari. Tgk la menu dia. Macam2 ada..Sampai tak muat pinggan. Ada kari ikan. Ayam pansuh. Tempoyak goreng. Ulam bunga kunyit. Ada sayur apa nama ntah. Sedap. Sayur campur lg. Buah dabai je tak ambik.

Ada byk jenis kek..

Tester~ Nak mkn smpi kenyang pon xpe.. :P
Kalau pegi Sarawak tak beli kek lapis mmg tak sah la kan. Aritue beli kek lapis di Mira Cake House. Memang ada mcm2 jenis kek dgn pelbagai nama. Lapis India, 1 Malaysia, Lumut, Maher Zain, Pandalela pon ada. Haaa..kalau mai Sarawak, boleh la pegi kedai nie. Kek2 dia memang sedap. Boleh test before beli. Yg utk tester tue, mkn la byk mana pon. Tokey kedai tak marah pon.. :P

 
Apa2 pun, trip kali nie memang best lah. Tambah pulak first time datang Sarawak kan. Terima kasih kepada semua, Oper, Nuga, Ostat dan juga kepada Jang n Family atas layanan yg diberikan sepanjang berada di Kuching.

p/s: Ntah bila nak sampai Kuching lagi. Waktu kenduri Jang nnt, maybe...










0 comments: