1:15 PM

Demam Pilihanraya..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bahang pilihanraya kian terasa. Walaupun ada lebih kurang 23 hari lagi, suasana kini terasa semakin 'panas'. Baru-baru ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh Pilihanraya ke-13 (PRU13) akan dijalankan. Penamaan calon akan diadakan pada 20 April 2013 manakala PRU13 pula akan diadakan 2 minggu selepas itu iaitu pada 5 Mei 2013. Jadinya, sekarang adalah masa untuk kesemua parti yang ada membentangkan manifesto masing-masing. Buatlah pilihan mengikut selera masing-masing. 

Alhamdulillah, aku pon dah dapat mengundi tahun nie. Tapi permasalahan sekarang ialah adakah aku akan balik untuk mengundi? Almaklum la, tinggal nun jauh di pelusuk ceruk mana nun. Kalau ada yang sponsor tiket balik, memang laju la balik. Ada yang nak sponsor? =)

Gambar di atas menunjukkan butiran/keterangan utk aku mengundi nanti. UNDI ANDA ADALAH RAHSIA..

p/s: First time nak mengundi nie. Excited ada, nervous pon ada..

0 comments: