2:15 PM

Suratan Takdir

Setelah sekian lama
Bermula dari detik perkenalan
Mula mengenal hati budi
Semuanya dikongsi bersama
Suka, duka, tawa, tangis
Semuanya bersama

Onak duri, lautan api, lautan biru, hutan belantara
Semua diredah
Seia dan sekata
Namun,
Bumi mana tak ditimpa hujan
Lautan mana tak bergelora
Pantai mana tak dihempas ombak
Pokok mana tak menyembah Bumi
Manusia mana yg tak menemui pencipta-Nya
Jadinya
apa yg sedang dan telah berlaku
ada hikmahnya
Setelah beberapa tahun berlalu
Adakah ini pengakhirannya?
Tidak...tidak sama sekali
Itu yang aku harapkan
Namun,
kalau itulah yg telah dijanjikan
kalau itulah yg termeterai di Luh Mahfuz
Aku redha
Aku terpaksa akur
Tapi,
Jauh di sudut hati
Sejujurnya aku katakan
Bukanlah ini yg diharapkan
Setelah apa yg telah dilalui
Setelah apa yg telah ditempuhi
Memang bukan ini yg aku harapkan
Aku mengharapkan sesuatu yg lebih baik dari nie
Adakah harapan hanya tinggal harapan
Adakah masih terdapat ruang utk aku
Ruang utk menebus apa yg perlu ditebus
Aku berserah kpd-Mu, Ya Allah.
Kau lah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.


p/s: semoga semuanya kembali seperti biasa..