6:47 PM

Dosa-dosa lampau

Ketika aku keseorangan...
Ketika sedang aku menuju ke satu destinasi..
sesuatu terlintas di fikiran...
"Kalau la aku mati sekarang...kat mana la tempat aku yer?"
"Kalau la aku dilenyek lori2 besar nie...tah sempat ke tak aku mengucap...(nauzubillah)"
Bermacam2 terlintas di fikiran...
Lantas aku pon berfikir sejenak...

Kisah2 lalu yg masih menghantui diri...
Memang sukar aku lupakan...
Aku akui...aku memang insan lemah...
Insan yg tidak kuat...
Insan yg tidak mantap...
dan pelbagai lagi kelemahan tentang diriku...
Aku akui kesilapan yg telah dilakukan...
Aku tidak mahu lagi mengingatinya...
Aku mahu buang sejauh-jauhnya...
Aku ingin bangkit dari kesilapan lalu...
Aku ingin berubah dari kehidupan lalu...
Aku ingin mengubah diri ini...
Berubah menjadi insan yg lebih baik...
Berubah menjadi insan yg kuat...
Berubah menjadi insan yg lebih sempurna...
Semoga apa yg diharapkan ini...
dapat direalisasikan...

"Ya Allah...Kau ampunkanlah dosa-dosaku...Kau ampunkanlah dosa-dosa besarku...Kau ampunkanlah dosa-dosa kecilku...aku memohon kepada-Mu...Kau berikanlah hidayah dan petunjuk-Mu kepadaku...Kau berikanlah kekuatan kepada ku...Kau kurniakanlah iman yg mantap kepadaku...Kau lindungilah aku dari segala godaan dan bisikan syaitan yg dilaknat-Mu...Kau peliharalah aku dari segala ancaman dan bahaya yg mendatang...Kau limpahkan lah rahmat-Mu kepadaku...Kau hiasilah diriku dengan cahaya keimanan-Mu...Amin~~"

Semoga selepas ini...
Sekiranya Kau mentakdirkan aku mati...
Kau matikanlah aku dalam keimanan...
Aku redha dengan takdir-Mu...
Aku redha dengan ketentuan-Mu...

Kepada semua rakan dan taulan...
Maafkan lah kesalahan ku...
Maafkan lah kesilapan ku...
Maafkan lah kekhilafan ku...
Aku hanya insan biasa yg lemah...

2 comments:

Syam Tajuddin said...

Smoga Allah mematikan kita dalam iman :)
Jemput dengar lagu ciptaan pertama abg.
Masihkah punya sinar - http://aisyamudin.blogspot.com/2009/08/lagu-pertamaku-masihkah-punya-sinar.html

Nyway,
Good luck in your life ;)

MohdIzwan said...

Syam: InsyaAllah...Good luck to you too bro...