Keperluan vs Kehendak
Antara keperluan dan kehendak..
Apa perbezaannya?
Mesti la ada kan..
Keperluan adalah sesuatu yg kita perlukan..
Kalau takde..mungkin akan menyukarkan kita dlm beberapa perkara.
Kehendak pulak..
Apa yg kita nak..teringin nak miliki..
Kalau takde pon..ok je..
boleh je lagi teruskan kehidupan...
Jom kita tgk sikit apa benda antara keperluan dan kehendak..
Cekidaut..
Bab2 yg asas takyah la cerita kot..
Udara, makanan, air dan lain2..
Itu kategori lain..
Nie nak cte pasal benda lain..
Keperluan dan kehendak lain..
1. Alat komunikasi
Memang tak dinafikan, telefon merupakan salah satu benda yang agak penting skrg nie..Memang telefon adalah satu keperluan. Kalau takde, susah jgk la. Sekarang nie wujud pelbagai jenis telefon bimbit. Yer la, senang la sikit. Takde la ssh2 nk cr syiling/kad nk pakai public phone kan. :)
Kalau ada telefon mcm nie pon dah ok..Telefon nie fofular di era awal milennium dlu. Mahal wo time tue. Mmg sgt mahal. Tapi telefon nie antara yg paling tahan la yg ada di pasaran. Jadi, kalau nak beli yg mahal2 pon, biar berpada2 laa. Kadang tue, guna utk call/sms je. Jadi, tak perlulah nak beli yg mahal2 sgt. Yang biasa2 pon sudah memadai.
Wowww..Kalau ada telefon macam nie mesti best kan. Yer la, memang la best. Tengok la jgk harga dia, pon best jgk. Memang banyak telefon pintar yg keluar tiap bulan, tiap tahun. Makin canggih dibuatnya. Bagi aku, telefon yg mcm nie adalah dlm kategori kehendak dan bukannya keperluan. (buat masa skrg) Jadinya, kalau ada budget terlebih, mungkin la boleh nak beli. Kalau cukup2 mkn je, atau terpaksa ikat perut sbb nak beli telefon mcm nie, tak perlu la kot.
2. Motorsikal
Kalau nak beli motor, tak perlu yang mahal2 pon takpe. Asalkan ada je. Janji boleh naik, bawak dari satu destinasi ke satu destinasi. Kan? Naik motor nie senang sikit, nak mencelah2 kalau ada kesesakan lalu lintas. Tapi yang tak bestnya, kalau hujan, alamatnya kuyup la..(Kalau takde baju hujan la)
Nie kira kategori keperluan la. Motor biasa2 je. Takde la mahal mana pon. Kira masih dlm kategori mampu milik. Minyak pon jimat. Maintenance pon tak la tinggi.
Kalau motor nie plak macam mana? Keperluan jgk ke? Bagi aku, nie bukanlah keperluan. Ini dah kehendak nie. Duit pon bukannya sikit kalau nak beli motor2 mcm nie. Silap2 lagi mahal daripada kereta. (Kereta nasional) Takkan la nk pegi keja hari2 bawak motor nie kan..(tp boleh je) Jadinya, tak perlu membazir duit beli motor2 cmnie. Kalau ada duit yg banyak, takpe. Silakan. :)
3. Kereta
Kereta pon sama jgk. Kalau la kata takmau beli motor nak beli kereta, cari la kereta yang dalam lingkungan mampu milik. Jangan beli di luar kemampuan. Jenuh nnt.
Kalau ada kereta mcm nie pon dah ok. Tak perlu lah nak hebat2 sgt. Tau mmg boleh buat pinjaman beribu2 utk beli kereta, tapi masih perlu dipertimbangkan beberapa perkara. Asalkan ada kereta, pon sudah mencukupi.
Haaa..tu dia..nie salah satu contoh kereta mewah. Yer la. Mewah laa..Nie pon kehendak jgk. Kalau ada 'extra money' boleh la nak beli. Sampai dah taktau nak buat apa dgn duit yg ada, "ermm..beli lah panamera sebijik"
Kalau byk duit, ok je. tapi jgn pulak beli, lepas tue simpan je dlm garaj, x pakai. Baik tak payah beli kan..hehe..
Satu lagi benda yang menjadi ikut-ikutan pada masa kini, penggunaan 'tablet'. Bukan ubat tablet yer. Nie ha, benda alah nie
Ada macam2 jenis di pasaran sekarang nie. Asus la, samsung la dan macam2 lagi la. Jadinya, benda nie bagi aku juga merupakan satu kehendak dan bukannya keperluan sebab kalau takde benda nie pon takpe. Tapi mungkin juga bagi org lain, benda nie adalah keperluan sbb nak guna utk buat kerja, nak online di sini sana, (nk bawak laptop ssh..apatah lagi desktop) dan pelbagai guna lagi. Jadinya, kalau tab nie dah jadi keperluan, better beli la. Jangan plak sbb takde benda nie, byk kerja terganggu, terbengkalai dan sebagainya. Kan dh susah. Jadi, berfikirlah semasak2nya sebelum membeli. :)
Sekian sahaja olahan dan ulasan yang tidak seberapa, Keperluan vs. Kehendak.
Ulasan ini tidak ada kena mengena dgn sesiapa dan sekiranya ada mana-mana bahagian yg mengguris hati dan perasaan pembaca (ada ke org baca?hahaa), sejuta kemaafan dipohon.
Ulasan ini tidak ada kena mengena dgn sesiapa dan sekiranya ada mana-mana bahagian yg mengguris hati dan perasaan pembaca (ada ke org baca?hahaa), sejuta kemaafan dipohon.
p/s: Buat checklist nak beli barang2 apa..hurrmmm...
Sumber gambar: Google
0 comments:
Post a Comment