3:00 PM

2 days trip.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Last weekend, aku pegi KL. Gerak ari sabtu, balik mai sini ahad. So, 2 ari satu malam saje kt KL. Perjalanan bermula kira-kira jam 7.00pg. Ma hantar pagi tue, lepas tue drop kt kedai nasik lemak kuning. Sebelum gerak, breakfast dulu. Nie la sarapan aku pagi tue.

Nyaman sekali. Lepas settle makan, aku pon gerak la ke stesen keretapi. Tak jauh, jalan kaki dalam 5 minit je. Pagi nie jugak aku mengalami detik2 yg amat mencemaskan. Jeng jeng jeng...

Alkisahnya bermula pabila aku merasakan spt mahu ke tandas. Perut bagai dipulas2. Dan ketika di dalam tandas, aku meraba dalam poket. Astaghfirullah, henpon satu takdak. Alamak, tertinggal atas meja makan kt kedai td. Lantas aku bergegas pergi semula ke kedai td. Rasa sakit perut terus hilang. Aku melangkah dgn agak pantas dan jantungku turut mengikut rentak yg sama. Dlm hati aku berdoa, semoga tuan kedai terjumpa henpon aku dan tlg simpan. Dan ketika aku smpi di hdpn kedai, tuan kedai tgk aku dan terus pegi ambik henpon dr dlm laci. Alhamdulillah, selamat henpon. Huhu..Pengajarannya, lepas ambik gmbr, simpan terus henpon dlm poket.

Lepas tue, gerak semula ke stesen keretapi dan melepaskan hajat yg tergendala sebentar td. Nie gambar tiket keretapi yg akan aku naiki sebentar lagi. Keretapi Tanah Melayu, Koc R3, seat 4C.

Utk pengetahuan, koc yg aku naik nie, kelas 2. kelas 3 takde utk perjalanan siang. So, harga tiket agak mahal, RM32 utk sehala dari Pt. Buntar ke KL. Selepas kira-kira 15 minit menanti, keretapi pon tiba.

Nampak usang je. Takpe, tak lama lagi akan digantikan dgn keretapi yg baru. Dah masuk keretapi, cari tpt duduk. Ada makcik dah dok kt seat 4D. So, aku pon duduk la seblah makcik tue. 2/3 daripada perjalanan, aku hanya tidur sahaja. Ada la bwk buku, konon2 sebagai peneman. Tapi baca sekejap je. Abes la jgk 10-20 m/s.


Duduk lama2 pon lenguh sebenarnya. Sakit lutut duduk lama2. At last, bangun jenjalan kejap. Lagipun, sejuk kt dlm koc tue. Pegi la jenjalan kt cafe jap. Nak try test beli kt situ. Tau dah kompom mahal, tapi nak beli jgk. Kalau tak beli, bila lagi nak beli kan. Naik ketapi pon bukan nya selalu. Dan hasilnya, terbeli la air kotak milo nie. Nak tau harganya?


Takde la mahal pon. RM2.50 je sekotak. Hehee. Kalau dah dahaga sangat, beli la. Tak pon beli air mineral, RM2.00 sebotol utk 500ml.


Perjalanan memakan masa hampir 5 jam dan aku tiba di KL Sentral kira-kira jam 2.30ptg. Sampai2 je, terus pegi toilet n solat kt surau. Wat jamak siap2 then gerak ke Cheras. Naik putra LRT, then transit kt Masjid Jamek, amek LRT plak menghala ke Salak Selatan. Dah sampai sana, ambik teksi dan menuju ke IYC (International Youth Centre) atau Pusat Belia Antarabangsa. Ada seminar Celik Emas kt sini.

Tue en. Rizal sdg menyampaikan perkongsian beliau. Kat sini jgk aku telah dipanggil utk memberikan testimoni berkaitan GCP dan di penghujung acara, aku sekali lagi dijemput utk menyempurnakan acara cabutan bertuah dan seterusnya bagi adiah kpd para pemenang yg bertuah. Terima kasih kerana memberikan penghormatan dan peluang kpd saya yer. :)


Lepas abes majlis, gerak ke Putrajaya. Stay kt umah Nik Hanif, team dealer GCP jgk. Mlm lepas kt Alamanda. Jalan kaki je g sne, 5 minit smpi. Keesokan harinya, pergi ke Bentong. Melawat my sifu, Cikgu Nor Fazilah. Beliau ada gerai nangka kt sana. So, kitorg pegi ke gerai nangka tue la.

Nie adalah kedai nangka tersebut. Kat tepi jalan je. Kalau on the way nak ke Raub tue, boleh la singgah kat kedai nie.


Dapat rasa durian sedap. Nie durian D24 katanya. Memang tebal isinya. Durian nie dari kedai sebelah. Memang best lah..


Nie antara nagka yg dah siap di'pack'..Dapat la jgk merasa makan nangka madu nie. Memang manis, sedap dan berlemak sikit2. Utk satu pack yg mcm nie, RM5.00 je..


Lepas gerak dari Bentong, pegi ke Puchong plak. Menghadiri majlis kenduri kahwin salah seorang dealer GCP. Ihsan Sabri a.k.a. Golden Man. Lepas g kenduri tue, aku terus ke Stesen Putrajaya n amek KLIA transit utk ke KL Sentral. Tiket harga RM9.50 dr stesen tue ke KL Sentral. Nie rupa tiket die.


Nie plak rupa interior KLIA Transit tue. Ok la..boleh duduk dgn selesa. Orang pon takde la ramai sgt. *handbag bukan aku punya.


Dah sampai KL Sentral, g jenjalan pusing2 dlm tue. Dgn tidak sengaja, terjumpa PC yg boleh online kt kedai buku. So, duduk je la situ online lama2..hehe..nak jln tpt len pon dh rs malas. Tak lama lepas tue, iera smpi n ktorg lepak mkn Mc'd.

Nyum nyum. Siort je staff tue goda aku soh beli ais krim dan dpt free gelas olimpik tue. Last2 terbeli jgk. Tapi takpe la, boleh buat collection.


Eh..apa nie?? Emas mana plak nie? Jumpak kt mna? Tak jumpak pon benda alah nie. Nie pendrive gold bar, 4Gb. Nie adiah dari my sifu, Cikgu Nor Fazilah utk birthday yg baru lepas aritue. Tima kasih yer cikgu. :)


p/s: Looking forward utk aktiviti2 yg mcm nie lagi.. ^_^

0 comments: