9:00 PM

Catatan Perjalanan Menawan Puncak Kinabalu!

Assalamualaikum..Salam Sejahtera.
Wah, lamanya tak update blog. Rasa macam dah bertahun-tahun tak menulis kat blog picisan nie. Last entri pasal apa yer? Pegi tgk la sendiri.. Hehee.

Entri kali nie, aku ingin titipkan pengalaman yg tak seberapa aku dan dua org rakan aku dalam menyusuri liku-liku kehidupan. Ewah.

22hb November 2014 merupakan tarikh bermulanya cuti persekolahan di Malaysia, kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Johor yg mana diorg start cuti pada 21hb. Aku dan dua org rakan aku, Rusydi a.k.a. Nuga dan Azwan a.k.a. Atho telah menyertai ekspedisi menawan Gunung Kinabalu. Actually, trip nie sudah diplan sejak awal tahun lagi. Aku lah yg menguruskan semua-semuanya. Pendek kata, urus sendiri la. Bukan under mana2 agen. Sebab tue boleh kata harganya agak murah. Tapi, boleh dapat lagi murah kalau lagi ramai yg join. Tot tet tot tet, sampailah masa utk misi ini.

Kami bertolak ke Kinabalu Park (KP) pada 22hb 11 dengan menaiki kereta Jang (terima kasih bagi pinjam). Kami bertolak dari KK kira-kira jam 1.00 ptg. Hujan mulai turun dari Tuaran hingga dah nak sampai di KP. Kami tiba di KP lebih kurang jam 3.30 ptg. Aku pon terus pergi ke kaunter pendaftaran dan mendaftar utk ketiga-tiga orang kami. Lepas tue kena uruskan tag nama, guide dan insurans kat pejabat di belakang pejabat perndaftaran tadi. Selesai semua, kami kemas2 barang dan bersiap sedia utk ke Mesilau Nature Resort (MNS). Kami kena pegi sana sebab pendakian kami bermula dari pintu Mesilau. Untuk kebiasaannya, ada dua gate untuk mendaki Gunung Kinabalu nie. Gate Timpohon dan Gate Mesilau. Jadi, kami menaiki van yg disediakan pihak Sutera Sanctuary Lodge (SSL) menuju ke MNS sana. Kereta kami park di Kinabalu Park dan insyaAllah selamat sebab keadaan yg sentiasa ada orang dan recommended oleh pihak SSL sendiri.

Perjalanan dari KP ke MNS memakan masa lebih kurang 25 minit. Kami sampai di sana lebih kurang pukul 5.45ptg. Dah nak dekat maghrib dah. Check in semua dan berjalanlah kami menuju ke tempat tidur kami. Boleh tahan la jgk nak jalan ke dorm tue pon. Brader receptionist tue ckp, memang depa selalu bgtau yg tue adalah sebahagian drpd warming up. Lebih kurang sepuluh minit berjalan, kami sampai di Bishop Head 1. Tue la dorm kami. Dalam tue ada banyak bilik. Kira macam satu rumah homestay yg besar la. Satu bilik kami tue ada dua katil double-decker. Sampai2, letak barang, rehat2, mandi, solat. Dalam pukul 6.30ptg, kami turun dinner. Lepas dinner, kami naik ke bilik dan mengemas segala barang dan peralatan yg nak dibawa esok. Tidur.

23/11/2014
Awal jgk kami bangun. Mandi. Solat. Bersiap. Lepas tue, breakfast dulu. Ambik tenaga untuk mula mendaki. Time breakfast, jumpa geng2 dari Taiwan. Diorang memang peramah. Tapi group diorang tak sampai ke Laban Rata. Memang padan la, group tue terdiri daripada budak dari umur 6 tahun sampailah aunty yg berumur 68 tahun. Memang tak daya la kot. Ikut Mesilau pulak lagi tue. Kami dah nervous. Hahahaa. Lepas breakfast, kami checkout dan hantar lebihan bagasi utk dibawa ke KP. Kemudian, kami mendaftar di pejabat yg berkenaan dan telah diberikan seorang guide utk bawa kami ke atas. Guide kami nama Anwot. Muda lagi orangnya, umur baru 20 tahun. Lepas briefing, kami pon memulakan perjalanan melalui Pintu Mesilau. Kami mulakan perjalanan pada jam 8.30pg. Kami group yg pertama mula pada pagi nie. 

Langkah demi langkah disusun. Perlahan-lahan kami menapak. Sesekali kami berhenti untuk bergambar demi menyimpan memori indah ini. Menang penat la jgk dalam perjalanan menuju ke Laban Rata nie. Track Mesilau nie pon boleh tahan la. Kebanyakan orang mmg ckp track nie susah. Tapi bagi aku, bukan la susah sangat pon. Cuma track nie lebih panjang dari track Timpohon. Lebih 2km drpd Timpohon. Lepas lebih kurang 3 jam berjalan, kami tiba di pit stop 'Lompoyou' utk berhenti lunch. Kami diberikan packed lunch oleh pihak SSL. Packed lunch tue ada sandwich dan epal. Air ada jgk tp kami x ambil sbb dah bawak sebotol air. Actually, sepanjang perjalanan ada lagi pondok2 utk berehat menghilangkan lelah. Jangan risau.

Lebih kurang 10 minit rehat dan makan, kami meneruskan perjalanan. Tak boleh rehat lama2 sebab nanti boleh cramp kaki atau jadi 'malas berjalan'. Menapak la kami menuju ke Laban Rata dengan penuh gigih dan istiqamah. Actually waktu nie, tinggal aku dgn Nuga je jalan sama2. Atho dah tertinggal kat belakang sebab ada satu waktu tue, peha dia cramp sekejap. Jadi, dia berjalan sambil ditemani guide. Pace kami bukan la laju sgt. Cuma, kami maintain speed tue. Slow and steady orang kata. Bukannya kalut2 jalan laju, lepas tue pancit, tak larat nak jalan dah. Lebih kurang jam 1.30ptg, akhirnya aku dgn Nuga sampai di Laban Rata. Alhamdulillah. Cuaca kat sini memang sejuk. Walaupun waktu tue tgh hari rembang, tp penuh dgn kabus. Sejuk~

Aku pon pegi la check in di Laban Rata. Kami bernasib baik kerana management SSL dgn baik hatinya menukar bilik penginapan kami. Kalau ikutkan, kami kena tinggal di Panar Laban Hut, lebih kurang 200m lagi kena jalan di atas sana. Kalau duduk sana, susah sikit la nak makan sebab tempat makan disediakan di Laban Rata Resthouse. Dapat dorm upstairs dan senang nak turun makan. Lebih kurang sejam kemudian, Atho pon tiba di Laban Rata. Syukur. Naik di bilik, rehat2 dan urus diri. Pukul 4.30ptg, kami turun dinner. Kena makan awal, sbb satgi takut makanan habis. Hehee. Lepas mkn, tunggu maghrib isya'. Lepas tue pakat2 tidur. Konon je la tidur. Memang betul orang cakap tak boleh tidur pon sebenarnya. Aku sendiri yg betul2 dapat tidur, pukul 12.00 tgh mlm.

24/11/2014
Teet! Teeeettttt!! Ttteeettttt!!! Alarm berbunyi mengejutkan kami. Jam menunjukkan pukul 1.00pg. Kami bangun, siap2, gosok gigi semua. Mandi? No no no..Sejuk weh. Dah la takde hot shower. Cuci muka saja lah. Dah siap semua, turun bawah utk supper. Memang kena makan jgk walaupun sikit supaya ada tenaga nak mendaki. Dalam pukul 2.15pg, kami berkumpul kat luat resthouse. Anwot, guide kitorg dah tunggu. Dia briefing dulu sikit2 dan kami memulakan perjalanan dalam jam 2.30pg.

Macam biasa, kami berjalan dgn pace yg sama. Slow and steady. Sampai di Gunting Lagadan Hut, aku dgn Nuga perasan yg Atho takde kat belakang. Tiba-tiba Anwot meluru laju ke arah kami. Dia bgtau, Atho tak dapat meneruskan perjalanan atas sebab masalah kesihatan. Jadi, tinggallah kami berdua berjalan menuju ke puncak. Mula-mula sejuk la jgk. Pakai sarung tangan, tutup muka bagai. Lepas tue, londeh habis. Panas, berpeluh. Kiri kanan memang gelap la. Hanya ditemani lampu di kepala saja. Ada part kena naik tangga, nie waktu awal2 la. Lepas tue, sampai part yg berjalan di permukaan batu, kena berpandukan pada tali. 

Kami tiba di Sayat-sayat (last checkpoint) lebih kurang pukul 3.45pg. Dari Sayat-sayat menuju ke Low Peak ada lebih kurang tak sampai 2km. Dalam perjalanan menuju ke puncak, angin boleh tahan la kuat. Waktu nie memang dah pakai sarung tangan. Pipi dan muka dah mula kebas. Sarung muka tak pakai sebab kami beli jenis full face dan kalau pakai akan menyukarkan kami untuk bernafas. Pelan-pelan kami berjalan. Habis slow dah kami jalan. Agak2 penat. kami berhenti rehat. Kemudian sambung lagi. Lebih kurang 700m nak sampai ke puncak, jam baru pukul 4.30pg. Anwot ckp kami laju. Aik? Dah habis slow dah pace kami tue. Kalau sampai awal kat atas, tak best jgk. Sebab nnt tak dpt tgk sunrise dan bukan boleh lepak lama2 kat atas tue. Jadi, kami mengambil keputusan utk berjalan dengan lebih perlahan. Kalau boleh nak berjalan setapak seminit. Lebih kurang pukul 5.10pg, kami sampai di Low Peak. Alhamdulillah...Yeaaayyyyy..berjaya jugak sampai. Memang tak sangka boleh sampai ke puncak nie. Ini memang 'kerja gila'.

Lepas bergambar di papan tanda Low Peak tue, kami turun bawah sikit utk tunggu tengok sunrise. Waktu tue dah mula nampak sikit2 warna oren di ufuk timur. Sejuk tak tau nak habaq la waktu tue. Tambah pulak nak ambik gambar kena bukak sarung tangan. Aduh..mencucuk2 sejuk dia. Tapi dengan selamba si Anwot bgtau, 'Ini biasa nie. Belum betul sejuk bah'. Dia tak pakai sarung tangan pon. Erkk! Ini biasa? Tak boleh bayang kalau yang betul2 sejuk macam mana. Dah siap2 ambik gambar, kami pon turun. On the way nak turun, masih ramai yg masih mendaki menuju ke Low Peak. Ada la jgk kami berhenti di beberapa spot untuk bergambar. Turun takde masalah sangat. Yer la, sebab turun je kan. Laju je turun. Tapi, perit sikit la lutut sebab dok tahan2 masa turun tue. Kami sampai di Laban Rata lebih kurang pukul 7.30pg. Ngam2 masa breakfast. Apa lagi, makan terus. 

Dalam pukul 9.00pg, kami memulakan perjalanan turun dari Laban Rata menuju ke KP. Macam biasa lah. Pelan-pelan jak kami jalan. Nda perlu laju-laju bah. Kali nie kami turun akan pergi ke Timpohon Gate. Dia punya laluan, masyaAllah. Banyak sungguh tangga. Adoii.. Tak sanggup rasanya. Macam lagi best kalau ikut Mesilau Gate jgk. Dalam pukul 12.30 tgh hari, kami sampai di Kinabalu Park. Alhamdulillah. Selamat semuanya. Sampai saja di sana, kami pon pegi ambil bagasi semlm dan tuntut sijil di pejabat yg berkenaan. Farewell, peluk2 cium guide semua, kami pon bersurai. Eh, belum. Letak barang di kereta dan kami pegi lunch di Balsam Restaurant. Lepas makan, kami chow.

Actually, lepas tue kami check in di Rocky Mountain Lodge. Bermalam di sana satu malam. Pada petang hari yg sama, pegi Desa Dairy Farm, tgk lembu, beli susu, beli aiskrim, tangkap gambar. Keesokan harinya, kami pegi Hotspring Poring, Ranau. Mandi-manda. Relax kan muscle. Nyaman. Then, barulah kami teruskan perjalanan ke KK. 

Pada 26hb 11, terbanglah kami pulang ke Semenanjung. Maka, tamatlah sudah ekspedisi kami. Sekian.

p/s: pada trip kali nie, kami dpt la beberapa orang kawan baru. Antaranya Shuib dan Ishak. Boleh tahan laju dua brader nie. Diorg nie cikgu jgk dan kebetulan berjiran daerah dgn kami, Keningau. Memang boleh lepak2 lagi la lepas nie.

Akhir kata, kat sini nak share lah serba sedikit tips yg berkaitan dgn ekspedisi nie.

  • Sebelum mendaki Gunung Kinabalu, pastikan ada buat sedikit sesi latihan. Untuk fitness sikit. Buat strength training sikit, especially utk bahagian kaki la. It helps. A lot.
  • Pastikan beli peralatan yg mencukupi utk mendaki nanti: windbreaker, glove (water proof), Head lamp, tights/compression pants, sports shoes / 'adidas kampung'.
  • 'Snow cap' pon ok jgk kalau ada. Tak payah nak beli sarung muka full face sangat. Buat susah diri je nnt. :P
  • Penggunaan 'knee guard' adalah amat digalakkan bagi sesiapa yg lututnya bermasalah. Kalau takde masalah tapi nak pakai pon takpe. Untuk sokongan orang kata.
  • Tongkat. Ya, amat membantu. Boleh beli atau sewa. Kalau nak beli, boleh beli di kedai-kedai biasa. Kalau beli di Mesilau contohnya, harga memang terbaik la.. :)
  • Power bar, power gel. Nak beli tak salah. Boleh jgk beli coklat2 biasa macam kitkat, cloud 9, snickers. Apa2 lah, asalkan yg manis2 utk boost energy. 
  • Air sangat penting sebenanrnya. Kalau larat, bawak la yg botol besar tue. Minum banyak sikit air. Dan air boleh re-fill di sesetengah checkpoint.
  • Pace ketika berjalan, pastikan tak terlalu laju dan tak terlalu perlahan. Slow and steady je. Unless, you are an athletic person, boleh la nak berlari pon. :)
  • Kalau berhenti rehat, jangan lama2. Nanti boleh cramp / 'malas jalan'. 10 minit la paling lama. Tue pon lama sebenarnya. Berhenti sekadar utk melepaskan lelah.
  • Dalam 100m-70m menuju ke Laban Rata, lapisan oksigen makin nipis dan tekanan udara tidak seimbang. Anda berkemungkinan mengalami kekejangan otot di bahagian kaki. Jangan panik. Kalau rasa2 nak cramp, berhenti seketika dan stretch2 sikit otot kaki tue, dan teruskan perjalanan hingga ke atas. Ini normal. (oksigen tak sampai ke bhgn otot)
  • Set dalam minda, 'Aku nak sampai ke puncak'
  • Jangan cakap besar.
  • Glove kalau boleh cari yg tebal sikit. Takut tak tahan sejuk.
  • Kalau anda ada masalah lutut, better ikut Trail Mesilau. Jauh tue mmg la jauh, tapi takde la sepanjang jalan penuh dgn tangga. Adehh. Btw, view di Mesilau Trail lagi cantik dari Timpohon.
  • Kalau anda nak nikmati perjalanan dari bawah ke atas sana, better upah porter. Berbaloi2. At least kurang la bebanan utk anda bawak. Boleh jalan berlenggang. Upah porter (semasa entri ini ditulis) RM12/kg.
  • Ubat-ubatan jgn lupa bwk. Just in case. Ubat urat ka. Ubat demam/selsema ka.
  • Kalau rasa2 nak mkn megi ke, bawak la siap2 dr bwh. Sampai atas, masak je. Air panas disediakan.
  • Jangan terkejut dgn harga brg2 kat Laban Rata. Brg jadi mahal sbb termasuk kos upah org angkat ke atas. 
  • Kalau berjalan selisih dgn pendaki lain, bagi la semangat/motivasi. =)
  • Sentiasa ikut cakap guide. Tak kira la guide tue muda drpd korang ke. Ikut je ckp dia. Kalau dia kata ikut tali, ikut la. Jangan memandai nak buat ikut kepala sendiri..jangan sampai...ok takdak apa.
  • Itu saja kot buat masa sekarang. Kalau ada pertanyaan/penambahan, hubungi sy yer. :)

Nie ada la sikit gambar2 yg sempat dirakam utk diabadikan sampai bila-bila. 


Lepas check in, before naik ke dorm.

Ini antara bekalan yg kami bawak

Pakaian dan peralatan yg dibawa



Pagi-pagi nak gerak pegi breakfast

Pose dulu sebelum mula.

Guide kami, Anwot tgh briefing.

Perjalanan bermula di sini. Bismillah.

Salah satu view yg cantik. Subhanallah.

Ada air terjun.

Air dari 'kayangan'. Tak la mahal sangat. RM21.00 je utk 2 tin nie.

Yeahh!! Berjaya.

Trail Map.

Beratur ambil makanan.

Jam 2.30pg memulakan perjalanan mendaki ke puncak.

Alhamdulillah 5.10pg tiba di Low Peak

Jam 12.20tgh hari tiba di Timpohon Gate.

Bergambar dengan Anwot, guide kami, sebelum berpisah.

Kalau nak tgk lagi gambar, boleh klik kat sini.
*Seandainya terdapat peluang dan diberikan keizinan-Nya, aku akan datang lagi suatu hari nanti, InsyaAllah.













Read More ..
9:00 AM

The best holiday ever!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu kembali pada entri kali ini. Nak kongsi sikit pengalaman pergi holiday masa cuti Hari Pekerja tempoh hari. Walaupun pengalaman nie mungkin la tak best mana, tapi bagi aku secara peribadi adalah antara pengalaman yang terindah semasa pergi holiday.

Kisahnya bermula macam nie, ada sorang rakan seperjawatan nie, (cikgu jugak la) nak ajak pergi Kg. Kabu. Kampung nie bersebelahan je pon dengan kampung aku nie, Kampung Saliliran. Tapi perjalanan dia, Masya-Allah. Nanti kita cerita bab tue. Aku pon berfikir-fikir dan membuat keputusan untuk join trip holiday nie. Kami rancang untuk bertolak ke sana pada 1 Mei dan pulang 3 Mei (3H2M). Persiapan pon telah dibuat menjelang 1 Mei. Trip kami nie juga disertai oleh Samson a.k.a Ingka (staff sokongan sekolah. Dia asal dari Kg. Kabu), Hendri (budak tahun 5 yg juga asal dari sana) dan 2 orang askar.

Tanggal 1 Mei, *hujan turun tak henti-henti dari semalam*. "Ah, sudah. Macam mana nak pegi nie?" Akibat hujan lebat dari semalam, paras air sungai pon meningkat.Kami terpaksa membatalkan ekspedisi percutian nie. Yer la. Agak bahaya untuk pergi jugak dengan keadaan air sungai yang deras. Nak lintas pon takot. Kang tak pasal-pasal jadi  percutian yang terakhir pulak. Na'uzubillah. Askar pulak dah turun datang rumah sebab memang tiada plan B atau apa-apa perancangan jika hari hujan. Maka dengan ini, secara rasminya percutian ini dibatalkan. Oh kecewa.

Namun begitu, tiba-tiba sinar cahaya keimanan untuk pergi bercuti kembali muncul. Ingka bagitau dia akan jalan esok (2 Mei) pulang ke kampungnya. Jadi aku dan rakan seperjawatan tadi pon mengambil peluang untuk ikut beliau. 2 orang askar yang sebelum nie tidak dapat ikut sebab diorg ada kerja lain yang ingin diselesaikan. Percutian ini tetap kami kekalkan 3H2M. Ini bermakna, 2 Mei sampai 4 Mei la. Jadi, percutian kami nie disertai oleh 4 orang kesemuanya. Aku, rakan seperjawatan, Ingka dan Hendri si budak sekolah.

Tanggal 2 Mei, kami pon memulakan perjalanan. Kami bertolak jam 7.00pg dari Saliliran dengan menaiki kenderaan MPV yang canggih lagi elegan berjalan kaki. Menurut cerita-cerita sepanjang kami berada di Saliliran, perjalanan dari Saliliran ke Kabu akan mengambil masa 6 jam. Itu standard orang kampung yang mana mereka sudah biasa. Kalau macam kami nie, for the worst mungkin la antara 8-10 jam. Mungkin. Jadi, kami dah set dalam kepala otak, perjalanan nie memang lama. Bertahan saja.

Awal-awal perjalanan dah kena redah sungai. Air sungai boleh dikatakan agak besar daripada biasa sebab lepas hujan kelmarin kan. Jadi, redah saja la. Kalau tak redah, macam mana nak sampai di Kabu, kan? Bukit yang mula pon boleh tahan tinggi dia. Semput jugak la. Namun begitu, ku gagahi jua. Selepas hampir 2 jam berjalan, kami tiba di kaki bukit yang mana bukit nie memang tinggi. Perjalanan dari bawah menuju ke puncak memakan masa lebih kurang satu jam setengah. Memang sepanjang perjalanan adalah dakian semata-mata. Penat dia, Ya Rabbi. Tuhan saja yang tahu. Dengan keadaan trek yang licin lagi, memang agak bahaya tambah-tambah pada permukaan batu yg berlumut. Lagi satu, pacat tak payah cakap la. Tak larat nak buang. Lepas buang ada lagi. Lepas buang ada lagi. Macam tak pernah habis. Tiap kali berhenti jalan, MESTI akan ada pacat. Dalam kasut tak payah cakap la, penuh dgn pacat. Kadang sampai tak larat nak buang. Dengan rela biarkan saja mereka menghisap darah.

Dah rasa lama berjalan. Kaki makin lemah melangkah. Dah macam nak tercabut kaki. Tanya kepada Hendri, "Lama lagi ka mau sampai?" lantas dia membalas, "dekat saja nie cigu. Depan tue naa.". Owh, dah tak jauh. Jalan la lagi. Jalan punya jalan punya jalan. "Eh, bila mau sampai nie?". "Dekat sudah nie cigu, depan tue seja." Aku kalau boleh nak merangkak je time tue. Tak larat nak jalan dah. Sejam lepas tue, sampai lah kami di tebing sungai dan kami dpt nampak Kg. Kabu di seberang sungai sana. Bayangkan, lepas sejam berjalan baru sampai, yang budak tue cakap dekat tadi. SEJAM. DEKAT? T_T

Ingka pon pergi di tebing sungai dan menjerit untuk panggil orang kampung. Nak seberang sungai kena pakai perahu. Sungainya besar dan tidak seperti di Saliliran. Tambahan pula baru lepas hujan. Besar sungguh la air dia. Nasib menyebelahi kami sebab ada orang kampung yang terdengar jeritan Ingka. Lama jgk la dia terjerit-jerit. Perahu di sini pakai enjin ketinting dan bukan seperti enjin bot yg biasa. Syukur Alhamdulillah. Dapat juga menjejakkan kaki di Kg. Kabu. Kami tiba di sini kira-kira jam 1.00ptg yang mana perjalanan kami mengambil masa 6 jam. Orang-orang kampung cakap kami laju. =)

Cerita terus la aktiviti hari kedua. Hari kedua kat Kabu, aku bersama rakan seperjawatan dan juga Ingka beserta Hendri pegi memancing. Aku tak memancing pon. Aku tukang ambik gambar saja. Hehee. Diorang yang lain la yang mancing. Sasaran ikan ialah Pelian a.k.a Ikan Kelah dan juga Sopong a.k.a Ikan Baung. Pelian dengan Sopong ialah panggilan orang tempatan (Bahasa Murut). Alhamdulillah, rezeki agak menyebelahi kami walaupun dengan keadaan air sungai yang agak besar dan semestinya air keruh. Dapat jugak habuan Pelian dan Sopong nie. Excited bukan main. Yer la. Besar jugak la ikan-ikan yg dapat tue. Kalau nak banding dengan ikan di Saliliran yg besar dua jari. Memang puas hati la.

Dalam tengahari macam tue, kami prepare masak-masak untuk lunch. Pelian kami masak kat tepi sungai tue jugak. Sopong kami simpan untuk makan malam nanti. Dah siap-siap masak, kami piknik je tepi sungai tue. Makan ramai-ramai. Memang best la. Terasa memang macam holiday betul-betul. Kalau tak betul tak tau la macam mana. Dah kenyang, kemas-kemas dan pulang. Aku lalui pengalaman yang memang tak boleh dilupakan bilamana dalam perjalanan pulang, kami kena tempuh sungai dan melawan arus. Memang la naik perahu, tapi Masya-Allah. Gerun weh. Tambah-tambah bila kat jeram. Memang ganas jeramnya. Lagi ganas daripada jeram di Sungai Tagol (Pensiangan). Apa pon, syukur Alhamdulillah sebab semuanya selamat.

Hari Ahad, kami bergerak pulang. Kami bertolak dari Kabu jam 9.00pg. Perjalanan pulang okay sikit sebab tiada dakian bukit yang tinggi (extreme). Tinggi tue tinggi jugak tapi tak setinggi macam perjalanan datang dari Saliliran. Kiranya dari puncak bukit tertinggi tue, kami turun dan turun saja sampai di bawah. Kami tiba di Saliliran jam 2.00ptg. 5 jam saja perjalanan pulang. Amazing!

Bagi percutian kali nie, dapat aku simpulkan:
- Kg. Kabu memang jauh
- Tidak syak lagi ikan-ikan di Kabu memang banyak. Cuma kami tak dapat yang betul-betul besar.
- Trek ke Kabu memang extreme. Perjalanannya 5-6 kali lebih mencabar dari perjalanan Sinapa-Saliliran.
- Kg. Kabu amat tenang dan damai. Rasa macam takdak masalah dok kat situ. Fikiran pon tenteram je. =)

Sampai hari nie, aku macam tak percaya yang aku sudah sampai ke Kabu. Kalau fikir-fikir semula, "Ish, macam tak logik.." Adakah aku akan melakukan re-visit ke sana? Tak tahu la. MUNGKIN. Kalau pergi sana untuk kali kedua pon, MUNGKIN bukan dengan berjalan kaki. MACAM dah SERIK. (^_^)v

Layan la gambar yang tak seberapa nie.



Kampung Kabu yg indah lagi permai.
Naik ketinting.
Hasil tangkapan - Ikan Baung (Sopong)











Hasil tangkapan - Ikan Kelah (Pelian)

Main masak-masak

Makan dulu~
Inilah tempat kami berteduh.

Inilah Aman Thomas. Tuan rumah tempat kami tidur.
Bilik tidur kami.

"Nukilan Kenangan" - Bukti dah sampai di Kabu.
Dalam perjalanan, akan jumpa buah nie. Tak tau nama apa. Sedap jugak.

Salah satu pemandangan dlm perjalanan.

Di puncak tertinggi. - perjalanan pulang.

p/s: Kalau sesiapa nak jalan-jalan di Kabu, dipersilakan. Jangan ajak saya. =P



Read More ..
6:55 AM

Jelajah Siri 5

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Bertemu lagi dalam Siri Jelajah yg ke-5. Macam lama tak update siri nie. Ya, memang lama. Kali terakhir entri pasal jelajah nie, Misi Jelajah 4 yang boleh dibaca di sini. Entri taun 2012 yg lalu. Nohorom lama gila. Hahaa.

Untuk misi jelajah kali nie, aku nak berkongsi serba sedikit pengalaman yg diperoleh ketika berjalan melihat tempat orang. Ibarat kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan. Eceyh~

Pada cuti Tahun Baru Cina yg lepas, aku mengambil keputusan utk pergi menjelajah ke Pantai Barat Sabah. Since ada kawan yang posting belah sana, boleh la aku jalan-jalan kat sana. Untuk penginapan dan jalan-jalan di sana dah jimat sikit sebab ada kawan. =)

Ketika panas terik mentari memancar, aku berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menuju ke Sandakan dengan menaiki pesawat AirAsia. Kebetulan harga tiket murah waktu beli awal Januari tempoh hari. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Kota Kinabalu ke Sandakan. Aku tiba di Lapangan Terbang Sandakan kira-kira jam 2.00 petang. Aku menanti ketibaan Bezek utk menjemput aku di lapangan terbang. Dia sampai lebih kurang pukul 4.00ptg dengan menaiki kereta D-Max yang gagah itu. Terima kasih bro.

Petang tue, terus gerak ke Kinabatangan. Tinggal di rumah sewa Bezek. Mirul pon sewa di sini jgk. Tapi masa aku sampai, Mirul tiada sebab bawak budak pergi main catur. Kinabatangan tue, kira ok la. Nak kata macam Nabawan tak, nak kata macam Keningau pon tak. Mungkin tengah-tengah la. Bandar yg tak besar sangat dan tak jgk kecil sgt. Sedang-sedang elok orang kata. Yer la, KFC pon ada kat Kinabatangan tue, kira ok la. Nabawan tiada KFC bah. =)

Untuk cuti Raya Cina, Bezek bercadang utk pergi bercuti ke Tawau dan juga Semporna. Aku selaku tetamu hanya ikut saja perancangan tersebut. Pada hari dan tarikh yg telah ditetapkan, bertolaklah kami menuju ke Tawau. Percutian kali nie disertai oleh 4 org. Aku sendiri, Bezek, Lin dan Qeela. Kami pergi Tawau drive sendiri. Aku yg bertanggungjawab untuk drive dari Kinabatangan menuju ke Tawau. 

Tak banyak tempat pon yg kami pergi kat Tawau. Tawau terkenal dgn makanan laut yg best dan sedap. Oleh kerana kami pergi pada cuti Tahun Baru Cina, maka kebanyakan kedai tidak beroperasi kerana cuti. Agak kecewa di situ. Akhirnya malam itu kami makan di kedai Thai Tenang Seafood. Harganya ok la jugak. Lebih kurang mcm yg biasa aku makan di KK.

Pada mulanya kami ingin menjelajah taman hutan simpan di Tawau tue. Berdasarkan carian di internet, selalunya penjelajahan di sana mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari. Memandangkan masa tidak mengizinkan, kami hanya pusing2 di pekan Tawau tue. Ambil gambar di sini dan sana sebagai bukti kami telah sampai di Tawau. Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, kami makan tengahari di Restoran Arabian Fried Chicken. Masakan Arab dia ok la. Boleh tahan.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Semporna. Kami tiba di Semporna lebih kurang jam 4.00 petang. Terus kami hubungi kawan kami di sana, Ku Mazhad. Petang tue, terus kami pergi di Tampi-tampi (tue kot nama dia). Masuk sana dikenakan bayaran RM10/pax. Kat situ ada tempat makan dan juga ada tempat mandi. Siapa-siapa nak mandi, boleh la. Mengikut perancangan asal, kami hanya satu hari di Semporna dan keesokan harinya akan gerak pulang ke Kinabatangan. Akhirnya keputusan mengejut dibuat dan kami akan pergi ke Pulau Mabul pada keesokan harinya kerana difikirkan alang-alang sudah sampai di Semporna biarlah pergi terus ke pulau sana.

Keesokan harinya kami pergi ke Pulau Mabul. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam dengan menaiki bot dari jeti Semporna menuju ke Pulau Mabul. Laut agak bergelora ketika dalam perjalanan menuju ke sana. Sesampainya kami di Pulau Mabul, ada seorang brother nie tolong bawak kami pusing satu pulau. Sempat jugak la kami snorkeling di Pulau Mabul tue. Tapi tak dapat buat di sebelah laut terbuka sana sebab laut yg bergelora. Penglihatan dalam air terbatas. Dalam perjalanan pulang, pakcik bot tue bawa kami ke Pulau Gusungan. Not bad la pulau tue. Cantik jugak. Kat pulau nie jgk ada penduduk kampung datang nak jual sekor lobster dgn ketam 2 ekor. RM30 je harga dia. Tapi malangnya kami tiada tempat nak masak dan kami tidak beli. Mana nak dpt weh lobster murah mcm tue.

Setelah puas berjalan, kami pon pulang ke Kinabatangan. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Menara Kayangan yg terletak di Lahad Datu. Nak pergi Lembah Danum macam tak sempat pulak. Jauh lagi kalau nak ke sana. Kalau menara nie, jalan masuk dia tepi jalan saja. Agak tinggi jugak la mendaki bukit nak sampai ke puncak yg ada menara tue. Nasib la naik kereta dan bukannya berjalan kaki. Hehee. Sempat la bergambar sekeping dua kat atas sana. Seterusnya perjalanan disambung.

Setelah beberapa hari di Kinabatangan, akhirnya aku pulang ke pangkal jalan KK semula dengan menaiki pesawat MASWing. Dengan ini, berakhirlah percutian aku sempena Tahun Baru Cina.

Terima kasih kepada semua pihak yg menjayakan percutian aku kali nie. Ada rezeki, boleh travel lagi. Banyak tempat lagi yang masih belum diterokai. Semoga berjumpa lagi. Layan la gambar-gambar yg ada nie.

Sewaktu tiba di Lapangan Terbang Sandakan




Makan di dalam kereta
Di perkarangan Agop Batu Tulug.

Di dalam gua Batu Tulug


Bukti telah sampai di Lahad Datu.

Di restoran seafood kat Tawau.



Abes licin~

Sebelum gerak ke Semporna. Singgah lunch dulu.

Di Tampi-tampi.

Snorkeling  di Pulau Mabul.


Menara Kayangan, Lahad Datu.




















Read More ..
8:36 PM

My gadget: GoPro Hero 3+ Black Edition

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Kemain lama tak berupdate blog nie. Last entri rasanya tahun lepas. Alahai, kesian betul. Terabai, bersawang dan berhabuk. Tiba-tiba macam rajin pula nak update blog nie. Almaklumla, duduk di pedalaman nie macam tiada apa sangat yang nak dibuat, tulis blog lah demi mengisi masa yang terluang ittew. Ewwww~

Okay, enough with the introduction. Nak ucapkan selamat tahun baru 2014 macam dah terlewat. Nak masuk bulan Mac dah pon. Hahahaa. Untuk entri kali nie, aku nak cerita pasal satu gajet nie. Apakah dia? Tue kan dah ada kat tajuk atas tue. =)

GoPro Hero 3+ Black Edition. Itulah dia. Boleh dikatakan trend sekarang nie la orang dok pakai kamera nie. Kalau diikutkan, kamera nie ada banyak jugak jenis dia. Ada edisi perak (silver edition) dan juga edisi putih (white edition). Satu lagi yang edisi hitam (black edition) nie la. Spesifikasi utk ketiga-tiga jenis lebih kurang sama dan yang membezakan antara 3 jenis nie ialah kualiti gambar yang dihasilkan (megapixel) dia. Kalau utk black edition nie, kamera dia 12MP. Kira kualiti yang terbaik la tue. Untuk bacaan lanjut berkenaan spesifikasi, boleh baca di sini. 

Untuk black edition nie, satu wireless remote disediakan sekali. Jadi tak payah la nak beli lagi. Kalau utk silver dan white edition, takde disertakan dgn remote tue. Kalau nak pakai, kena beli asing la. Disebabkan aku beli edisi hitam, jadinya tak perlu lagi la beli remote tersebut. (dah jimat di situ)

Apa yang best dgn GoPro nie ialah, dapat ambil gambar selfie banyak-banyak. LOL. Actually, banyak jgk fungsi dia. Bergantung kepada individu la. Macam aku, aku beli sebab nak selfie banyak2 ambik gambar dan video bagi aktiviti yang aku buat. Sebagai contoh, perjalanan aku keluar-masuk Saliliran. Haa..itu lah antara tujuan kenapa aku beli benda alah nie.

Satu perkara yang kurang best tentang GoPro nie ialah semua aksesori perlu dibeli secara berasingan. Malah, memory card pon kena beli asing. Nak yang jenis class 10 pulak tue. Demand betul. Antara aksesori yang penting utk dibeli sekali ialah monopod atau dipanggil GoPole. Kalau takde benda alah nie, susah jgk la nak ambil gambar. Susah la nak selfie. Hahahaa.

So far, aku berpuas hati dengan GoPro yang dibeli nie. Yer la, dah beli mahal-mahal kan. Kalau tak puas hati, kena puaskan jugak la. Huk3. Tapi, sejujurnya memang aku suka la dengan kamera nie. Oh ya. GoPro nie jugak boleh ambil gambar/rakam video dalam air. Tapi dengan syarat kamera tue mesti ada dlm housing khas dia la. (basic housing disertakan sekali) Tue yang best tue. Boleh bergambar/buat video di mana-mana. Tapi bukan dlm api la. Of course.

Cukup la kot bebel pasal GoPro nie. Tak tau nak tulis apa dah. Di sini disertakan beberapa keping gambar utk tatapan pembaca.


Inilah rupa kameranya.. GoPro Hero 3+ Black Edition.
GoPole (monopod)
Antara housing yg available.

Bacpac. Battery extra.

Contoh gambar yg diambil.


Read More ..
9:06 PM

Jalan-jalan ke Saliliran..

Assalamualaikum..Salam Sejahtera.

Lamanya tak update. Last update pada Julai lepas. Dekat-dekat 2 bulan jugak. Sibuk la katakan. Tidak mengapalah. Masih belum terlambat kot nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. :P

Hari nie nak update pasal makan angin perjalanan ke Saliliran. Apa tue Saliliran? Godek la post2 lepas. (kalau rajin)

27/8/2013

Kemain semangat bangun awal2 pagi. Nak masuk sekolah la katakan. Pukul 7.00pg dah ready semua. Mandi, siap2 semualah. Sebab planning nak gerak dari Nabawan dlm jam 9.00pg. Tunggu punya tunggu..Calling punya calling..Lambat rupanya. Sempat lagi tidur balik. Kereta sampai dari Keningau lebih kurang jam 11.00pg. Loading barang, jalan. Dari Keningau ada ckg Keanny, Nuga dgn Fikrie. Aku dgn Shah naik kt Nabawan. Kitorg tiba di Pensiangan lebih kurang jam 1.30ptg. Alhamdulillah cuaca baik, jalan balak kering. Perjalanan smooth. Tiba di Pensiangan, boatman (Joseph dgn Alan) dh tunggu. Buat tue, buat nie, dlm pukul 3.00ptg jgk la gerak dari Pensiangan. Air ok je dari Pensiangan. Tiba di persimpangan Sibangali lebih kurang jam 4.00ptg. Yeahh, pengembaraan bermula. Air sungai dari sini agak kecil. Sepanjang perjalanan, memang banyak kali kami kena turun. Tapi kitorg tak tolak bot, kitorg jalan je dan boatman shj yg tolak. Jumlah masa yg aku 'timing' kitorg kena jalan sejam 30 minit. Jam 5.30ptg kitorg br sampai di Saliku dan agak jauh lg dari destinasi yg dituju. Dengan tabah la kitorg berjalan mengharungi sungai. Kdg2 naik bot x sampai 10 saat, dah kena turun jalan semula. Aku dok tgk jam, mcm nak kena berjalan mlm je nie. Aku ok je. Nak jugak try. Belum pernah berjalan mlm dlm hutan nun. Lebih kurang jam 6.45ptg, kitorg sampai di Binusu. Hari pon sudah gelap. Boatman ckp hari macam nak hujan lalu membuat keputusan, KITA BERMALAM DI SINI. Nasib la ada B-Suite (Binusu Suite) milik cikgu Keanny. Jadi, kami pon bermalam la di sana. Dalam pukul 7.30mlm, kitorg beramai2 mandi sungai. Siap buat unggun api lagi tepi sungai. Tapi takde pulak gambar dirakam. Bahaya! Malam dlm pukul 8.30mlm, tidur.

28/8/2013

Bangun pagi, pegi sungai, gosok gigi. Tak mandi. Simu am. Balik B-Suite, breakfast dulu. Nasib la ada beli bekalan roti bawak masuk semlm. Eh, semlm pon dinner dgn roti tue jgk la. Dijangka bertolak pukul 9.00-10.00pg mcm tue. Tapi mengalami kelewatan sikit atas sebab2 tertentu. Dari Sinapar aku dgn Shah mengambil keputusan utk berjalan dulu. Diorg yg lain lewat sikit. Kitorg ditemani seorang pakcik org kampung Saliliran, Aman Akim. Kitorg dari Sinapar pukul 11.45pg mcm tue. Perlahan-lahan kitorg melangkah menuju hutan tebal. Liwa2 am. Nasib la ada jgk aman tue, kalau tak mungkin boleh sesat jgk. (simpang mula2 nak masuk hutan pon dh konpius..bajet macam tahu jalan sampai Saliliran..hahaa) Perjalanan yg penuh liku dan duri-duri semalu kitorg tempuh. Naik turun bukit. Bukit Siubol yg legend tidak dilupa. Kecuraman hampir 90 darjah itu memang menduga ketahanan fizikal dan mental. Shah kejang kaki kat situ buat kali kedua. Aritue first time masuk kejang kat situ jgk. Kesian kpd beliau. Alhamdulillah, lebih kurang jam 3.00ptg, kitorg selamat sampai di Saliliran. Sampai rumah, mandi, solat, pergi sekolah, setup laptop, ONLINE!! Terima kasih kepada semua yg mendoakan keselamatan saya. =)


1. Bergambar dgn geng guru pedalaman. Nuga dgn Fikrie. Diorg di SK Sibangali..2. Waiting for the boat to depart..3. Atas bot..4. Selfie.. :P


Ambik gambaq dulu sebelum gerak naik bot.
 
Tempat nie nama dia Saliku.

Kepenatan tunggu bot.




Bergambar dulu sebelum tidoq. :P

 
Ini lah Binusu Suite (B-Suite) tpt kami bermalam. Milik Cikgu Keanny.
 
Sampai..Yeayyy... T_T

p/s: Baru je sampai, dah kerinduan. Macam mana nie..

















Read More ..