9:15 AM

Jelajah Siri III

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Dah beberapa ketika tak update ini blog...maklum la..buat2 sibuk..hahaa..

Update kali nie adalah kesinambungan daripada Siri Jelajah sebelum nie. Kali nie, Jelajah Siri III pulak.

Destinasi kali nie adalah Kuching, Sarawak. Untuk jelajah kali nie, aku tidak keseorangan dan aku ditemani oleh 3 orang rakan iaitu Nuga, Oper dan Ostat. Actually trip nie dah lama pon plan, since September lg. Waktu beli tue, konvo pon belum. Mana nak tahu dpt interim semua nie. Jadinya, pergilah jugak kami ke sana.

Kami dijadualkan utk bertolak ke Kuching pada 5/12/2012. Jadinya, perjalanan aku bermula pada 4/12/2012. Aku beli tiket flight dr Penang ke KL pd mlm tersebut. Aku tidak keseorangan. Oper pon naik flight jugak mlm tue. Oleh itu, kami bertemu di Penang Airport dan bertolak ke KL lebih kurang jam 11 mlm.

Kira-kira jam 12 mlm, kami pon tiba di LCCT. Nuga dgn Ostat dah ada kat sana. Diorg sampai sana lebih kurang pukul 10 mlm..lagi awal. Then kitorg pon melepak la kat KFC. Nak lepak kat surau, surau tutup plak. Kami pon lepak2 la kat situ, borak2, online..(nasib bawak laptop..x la bosan sgt)

Bila jam menunjukkan pukul 2.00pg, mata pon mula la rasa berat. Tanpa berlengah lagi, aku pon menidurkan diri kat meja kepsi tue. Diorg yg lain dok bersembang lg. Kejap2 aku terbangun la jgk.

Dipendekkan cerita, lepas subuh kitorg breakfast kt food court LCCT tue. Yer la, flight pagi tue pukul 9.35pg..jam baru pukul 7.00pg..gate pon x bukak lagi. Lebih kurang pukul 8.45pg, kitorg pon gerak la ke gate utk boarding. Dah masuk dlm, ada announcement yg mengatakan bahawa flight pd pagi tue maybe mengalami sedikit kelewatan kerana terdapat beberapa masalah kecil..

Lebih kurang pukul 9.20pg, kitorg pon bergerak masuk ke dlm plane.

Nun di hujung sana pesawat yg akan membawa kami ke Kuching..

Di dalam pesawat...
Kebosanan menunggu flight utk berlepas..


Lebih kurang pukul 10.30pg, kapten kapal membuat pengumuman yg kami semua perlu menukar plane..

Evacuation..move..move..move...

Makanya, semua penumpang pon bergegas la bergerak ke plane yg kat sebelah..Nak dijadikan cerita, pesawat yg baru dinaiki nie pon ada masalah jugak. Menurut kata kapten kapal, ada certain part perlu ditukarkan dan akan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit. Kami semua penumpang pon tunggulah dalam plane tue. Tunggu punya tunggu, Dalam pukul 12.30 mcm tue, kapten kapal nyanyi lullaby annouce kt semua penumpang. Kitorg semua kena tukar flight lagi. Maka, bergeraklah semua ke plane yg ketiga.

Tukar jgn tak tukar..
Colourful..
Pesawat di ataslah yg bertanggungjawab menerbangkan kami dari KL ke Kuching. Kami depart dr KL lebih kurang pukul 1.15ptg. Just imagine, flight yg asal pukul 9.35pg, akhirnya pukul 1.15 br berlepas. Fuuhhh, what a long wait. Hahahaa.. Plane yg ketiga nie depart pagi yg sama dan dah return to KL pon dan kitorg masih lg di KL. Nasib baik jugak la ada plane nie. Sampai jugak kami kt Kuching nun. Alhamdulillah.

Sesampainya kami di airport, Abang Long kawasan Jang dah tunggu kt arrival hall. Kitorg pon gerak la dgn beliau utk ke rumahnya. Maka. perjalanan kitorg di Kuching pon bermula. 

Ini antara tempat yg kitorg pergi waktu kat Kuching.

Sarawak Cultural Village.

Bergambar dulu sebelum jalan2..
Nie dekat rumah Iban kalau tak silap. Dinding kulit kayu tue..

Rumah Orang Ulu..ada pakcik buat sape kt atas nun..

Main kepit2 kaki.. :P

Berkesempatan menonton persembahan..

Aduhh...silau..silau..
Jong's Crocodile Farm

Tailless croc

Apa tah nama mamat nie..tua dah nie...


Jungle walk..Buaya dalam hutan..

Rehat..Minum2..Kat dalam tasik nie, ada arapaima besar..Seriau~

Waterfront.
Naik bot tambang dari Pengkalan Sapi ke Waterfront..Tambang RM0.50 je..

Teksi..nak ke mana ntah..


Waterfront. Berlatarbelakangkan bangunan DUN Sarawak.

Cover album kononnya.. :P
Dan ada lagi beberapa tempat yg kitorg pegi. Memang best jugak la. Tiba-tiba rasa mcm jatuh cinta kat Sarawak. Eh!!

Okay, habis part melawat2. Masuk pula part makanan. Hurmm.. Macam2 jugak la makanan yg dimakan sepanjang kt Kuching nie. Jang bawak kitorg ke byk tpt jugak utk merasai makanan org Sarawak nie.



Laksa Sarawak
Kalau dah datang ke Sarawak, tak sah la kalau tak rasa Laksa Sarawak kan. Ini laksa di Mom's Laksa. Memang terbaiklah. Sedap..

Mee Kolok
Mee Kolok ayam. Makan kat mana ntah. Tak ingat pulak. Pon sedap jugak. Mee dia yg mcm megi tue. Kalau order mee kolok sapi, kuah dia kaler itam. Itu yg asli katanya. Mee kolok ayam nie, kuah sup putih biasa je.

'Special'
Benda nie nama dia 'special'. Sedap. Ada ais yg dimesin halus. Lepas tue dlm tue ada pelbagai jenis buah. Ada tembikai, honeydew, buah kabung dan lain-lain. Sesuai utk minum petang.. Buat penghilang dahaga. Harga semangkuk nie RM2.00. Ada lagi menu istimewa kat sini dipanggil 'White Lady'. Sedap jgk. Masam2 manis. Ada buah2an jugak.

Linut
Benda alah nie nama dia Linut. Kalau tgk, dia macam gam ubi kayu tue. Colourless dan tasteless. Nak makan dia, kena campur dgn sort of sambal belacan, barulah ada rasa. Kalau mkn dgn gula melaka mcm lagi sedap kot.. :)

Prata Roll
Roti canai yg digulung dan ada inti daging. Disimbah pulak dgn sos dan mayonis. Memang pergghhh lah. Sedap roti nie. Katanya takde kat tempat lain roti nie. Boleh didapati di Coffee O Corner. Mee jawa kt kedai nie pon sedap jgk..(x teringat nak ambik gamba)

Chicken Cordon Bleu
Lebih kurang sama je mcm kat kedai2 lain. Tapi portion dia maybe lain sikit. Memang besar gedabak jgk la hidangan nie. Jenuh jgk la nak habiskan satu meal nie..

Ais krim bun
Takde la special mana pon ais krim nie. Kalau kt belah2 sini pon banyak. Saja je nak letak jgk. Ais krim bun nie beli kt Waterfront setelah beberapa hari Ostat mengidam.. hehe..

                        Sandwich Ayam
Orang lain makan nasik, aku mkn sandwich je. Kira lunch + minum petang. Kat restoran SCR. Boleh tahan sedap. 

Ayam Pansuh
Ayah Jang adalah org yg bertanggungjawab masak ayam pansuh nie. Kitorg tgk je cara pembuatannya. Pagi tue, aku tolong la jgk utk sumbat ayam dlm buluh nie. Rasa die sedap, ayam lembut. Nyaman.

Hidangan mkn tengahari
Hari Sabtu tue, mak Jang masak utk mkn tengahari. Tgk la menu dia. Macam2 ada..Sampai tak muat pinggan. Ada kari ikan. Ayam pansuh. Tempoyak goreng. Ulam bunga kunyit. Ada sayur apa nama ntah. Sedap. Sayur campur lg. Buah dabai je tak ambik.

Ada byk jenis kek..

Tester~ Nak mkn smpi kenyang pon xpe.. :P
Kalau pegi Sarawak tak beli kek lapis mmg tak sah la kan. Aritue beli kek lapis di Mira Cake House. Memang ada mcm2 jenis kek dgn pelbagai nama. Lapis India, 1 Malaysia, Lumut, Maher Zain, Pandalela pon ada. Haaa..kalau mai Sarawak, boleh la pegi kedai nie. Kek2 dia memang sedap. Boleh test before beli. Yg utk tester tue, mkn la byk mana pon. Tokey kedai tak marah pon.. :P

 
Apa2 pun, trip kali nie memang best lah. Tambah pulak first time datang Sarawak kan. Terima kasih kepada semua, Oper, Nuga, Ostat dan juga kepada Jang n Family atas layanan yg diberikan sepanjang berada di Kuching.

p/s: Ntah bila nak sampai Kuching lagi. Waktu kenduri Jang nnt, maybe...










Read More ..
9:00 AM

Pengalaman Temuduga SPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 16/11/2012 yg lalu, aku telah menghadiri satu temuduga. Temuduga nie adalah kelolaan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang mana temuduga nie bertujuan untuk membolehkan aku dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) DG41. Kat sini nak share sikit la pengalaman dan tips waktu temuduga tersebut..

Masa yang tercatat untuk sesi temuduga tersebut ialah jam 7.30pg. Jadinya, pukul 7.00pg aku dan Achoy bergerak dari tempat kami menginap. Dalam pukul 7.10pg, sampai di tempat temuduga. Sampai je kat sana, pergi ke bilik urusetia dan diorang minta utk uruskan fail dan diorg semak kehadiran. Waktu nie jgk diorg dah bahagi2 group. Pembahagian group, ikut suka dia la nak susun..Ikut saja..Dah siap semua, tunggu jer laa..once interviewer dah sampai, urusetia akan panggil kumpulan yg pertama dan bersedia di luar bilik interview. Pabila loceng dibunyikan, langkah disusun perlahan-lahan masuk ke dalam dan duduk pabila diminta berbuat demikian. Aku kena group yg ketiga. Group terakhir utk hari tersebut. Kami ada 6 orang dlm group nie. Group yg sebelum nie 5 org je. Interviewer start dgn menyemak nama, bertanya soalan sedikit ttg sekolah interim dan lain2. 

Kemudian, Dato' bertanya. "Kamu semua baca surat khabar tak?" Pastilah jawapannya, "Ya". Then, Dato' tanya surat khabar apa baca? Maka sorang demi sorang la menjawab..ada yg jawab The Star, Berita Harian, Utusan, Harian Metro..semua main jawab gitu je...tiada turutan menjawab..macam budak2 dalam kelas jawab tue...cumanya..tak bising2 laa..jawab dgn penuh sopan santun. Lepas tue Dato' cakap, "Saya tak galakkan utk baca Harian Metro la..Bukan saya nak kata surat khabar tue tak bagus, cumanya kurang la artikel yang bagus. Dia banya berita sensasi, kemalangan, pembunuhan dan lain2..Kalau nak baca, boleh baca The Star, Berita Harian..banyak artikel, banyak review yang bagus.." Kami semua mengangguk.

Tiba-tiba terus Dato' switch ke BI dan terus melontarkan persoalan. Tak igt 100% persoalan beliau tapi beliau bertanyakan tentang "wawasan 2020" yang telah diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir. Apa faktor utk membolehkan Wawasan 2020 tersebut tercapai. Maka, seorang demi seorang menjawab. Siapa nak jawab, angkat tangan. Kalau group sebelum nie, jawab mengikut giliran. Dah habis jawab, Dato' pon bagi la sedikit rumusan berkaitan persoalan tue. Kemudian, Dato' minta semua cerita ttg idola masing2. Siapakah yang kami 'adore'..dan kenapa orang tersebut dipilih menjadi idola. Jenuh la nak fikir sapa idola aku..hahaha...at last, decide nak bgtau Tun Dr. Mahathir. Tak jawab awal2, biar diorg jawab dulu. Aku jawab second last. Sebab nak fikir idea n construct ayat nak ckp.. Alhamdulillah, lepas giliran. Lepas tue, Dato' beri nasihat sikit berkaitan idola nie. Beliau cakap, kita sebagai guru, kita nak murid2 jadikan kita sebagai idola. Oleh itu, nak jadi idola kepada murid, mestilah tunjuk 'role-model' yg baik kan.........(ada la lagi nasihat dari beliau).

Kemudian berpindah kepada seorang lagi interviewer. Beliau bertanya soalan yg berkaitan dgn bidang. Dalam kes nie, berkaitan English la..soalan pertama, berkaitan PPSMI..apa pendapat kami ttg PPSMI nie..Lepas tue, beliau tanya lagi ttg cara mengendalikan P&P di dalam kelas..nak guna fully English? Mix language? (BM + BI)..lepas soalan nie, patutnya Dato' mcm dah nak wrap up sesi interview nie, tp Puan nie mintak nak tanya lagi satu soalan. Fungsi anda sbg committee dalam panitian Bahasa Inggeris..lepas dah habis jawab, igt nak habis dah. Puan nie mintak lagi satu soalan daripada Dato'..lawak pulak aku tgk..hehee...Fungsi panitia itself..untuk apa..segala aktiviti yg dirancang tue..utk apa..lebih kurang mcm tue la persoalannya.

Dan akhirnya, selepas hampir sejam sesi temuduga berlangsung, maka Dato' pon menamatkan sesi tersebut. Ada la Dato' bagi nasihat sikit..Jangan buat masalah di sekolah..Mengajar baik2..Kerjalah di mana sahaja anda dihantar..sekolah memang akan ada di pelusuk negara..Pergi sahaja..Timba ilmu sebanyak mungkin..Lepas habis, Dato' persilakan kami semua bangun, dan ambil fail sijil beserta buku RPH. Lantas, kami semua melangkah keluar dari bilik temuduga. Yeaaaayyyyyy...habis suda...

Tips.

1. Bagi lelaki, pakailah blazer. Baru nampak smart. Nampak profesional. Nampak lebih berkeyakinan.
2. Name tag jangan lupa pakai.
3. Bawak buku RPH.
4. Pastikan segala dokumen yang ada dalam senarai semak dibawa. Salinan jgn lupa sahkan.
5. Susun dokumen di dalam fail mengikut turutan dalam senarai semak.
6. Segala salinan sijil lain tidak akan diambil oleh urusetia. Mereka akan pulangkan. Tapi sijil asal kalau nak letak dlm fail, tidak mengapa. Tapi tak perlu letak sijil yg dari sek rendah/sek menengah.
7. Kalau anda orang pertama, nak masuk ketuk pintu, bagi salam.
8. Jangan duduk selagi tidak diminta utk duduk.
9. Jangan duduk bersila di atas lantai sambil kaki disilangkan.
10. Waktu duduk, jangan goyang-goyang kepala kaki.
11. Sewaktu menjawab, kalau boleh pandang interviewer. Tunjuk yg kita yakin dgn jwpn yg diberikan.
12. Buat muka rilek je..jgn gelabah sgt.

Sekian sahaja tips dan pengalaman sewaktu menghadapi temuduga tempoh hari.. =)

p/s: Ya Allah, semoga aku lulus dalam temuduga nie..Ameen.. Read More ..
11:52 PM

Current Life

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Fuhh..lama tidak update ini blog...berhabuk suda...nda apa2 la..bukan ada orang baca pon..hanya utk catatan sendiri saja bha..

Uiks..apsal slang tulisan pon dah lain macam nie? kenapa ada 'bha' plak kat belakang nie?
Selalunya..orang Sabah je yg cakap macam tue..Haa...nie nak cerita la nie..

Setelah beberapa lama tak update..ini kali aku kasi update bha..kalau nda ada orang baca...nda apa..aku nda kisah bha..hahaa...

Aku cerita la serba sedikit kronologi perjalanan hidup sejak bulan Oktober tempoh hari...

9 Oktober.
 Tarikh aku bergraduasi..seramai 71 orang rakan2 TEYL Cohort 5 termasuk aku berjaya menamatkan sesi pembelajaran selama 6 tahun...fuhhhh...what a long journey...apa2 pon...tahniah kepada semua kerana kita berjaya mengharungi 6 tahun iaitu sejak 2006 hinggalah 2012 dgn jayanya..Pelbagai kenangan dan cerita terukir selama 6 tahun di IPG dan juga UUM...akan aku abadikan segala kenangan tersebut dlm kotak memori..

Nie ada sikit gambar sekitar Majlis Konvokesyen ke-25 tempoh hari... 


My Family n I

Me-self ^_^

My beloved TEYL Cohort 5

Yeayyyyy~~

Some of the boyz

Depan DMAS


Selepas lepak beberapa hari di UUM, terus gerak ke Penang..di Penang...lepak2 kejap kt Recsam...jalan sini sana kejap...then gerak ke KL ngan Nuga n Jang..konon2 nya nak jenjalan la..makan angin...

12 Oktober.
Berjalan2 di sekitar Kuala Lumpur...mengambil keputusan utk ke Muzium Negara..tgk la pameran bomoh2 dan rawatan tradisional...tgh dok syok2 layan kat muzium tue...ada panggilan/sms yg bgtau suruh check tpt interim...pakat dok call laa...lepas2 call...dpt pulak msg...haa..memang terbaiklah...Penempatan interim..Sabah..daerah Nabawan..masing2 dah serabut...yer la..nak kena lapor diri by 16 Oktober...ada beberapa hari lagi...dgn nak cari tiket...nak balik hometown lg..nak kemas2 barang lg...semuanya berlaku dgn pantas...

Malam berjalan di I-City

Snap..snap..snap...



16 Oktober.
Inilah pesawat yg membawa aku ke Negeri di Bawah Bayu..aku gerak pagi tue dgn Nuga n Fateen..ktorg smpi di KK lebih kurang pukul 10.30pg mcm tue..sampai sana..org PPD hntr org utk jemput kami...maka kami pon di bawa ke PPD Nabawan...kami lapor diri lebih kurang jam 5.00 ptg...menempuh perjalanan yg panjang...phewww...


Sabah nie best.. :)

I love Sabah..hehee...mula2 mcm rasa janggal sikit dgn perbezaan keadaan sekeliling dgn semenanjung..bukan apa...pukul 6.00 ptg dh start gelap...nnt kol 7.00..dah isyak kt sana..kol 9.00 mlm pon dah rasa mengantuk...dan lagi pulak..Subuh pukul 4.40pg...awal sungguh...dan bila jam menunjukkan pukul 6.00pg...keadaan kt luar dah mula cerah..dan terang benderang...

Kat sini letak sikit la gambar2 waktu kt Sabah aritue..

Pagi-pagi yg berkabus

Jambatan gantung

Di Kimanis

Tambunan

Jalan berkabus..
Jadinya...itu lah serba sedikit perjalanan hidup utk beberapa ketika ini...nnt akan ada update yg menyusul...bila dah mula update nie..konon2 nnt rajin la nk update lg..hahaa...
Semoga berjumpa lagi...


Read More ..
3:00 PM

Jelajah Siri II

Bertemu kembali dlm Siri Jelajah yg kedua..
Destinasi pilihan utk jelajah kali ini ialah..
Negeri di Utara Tanah Air..Negeri KEDAH..
atau lebih spesifik..
Universiti Utara Malaysia..
UUM yg terletak di Sintok adalah pilihan destinasi jelajah kali ini..
Tempat yg cantik dan udara yg segar adalah tarikan yg menyebabkak destinasi ini dipilih..
Eceyhh..kononnya laa..
Tak laa..
Sebenarnya ada tujuan nak pegi UUM tue..
Apakah tujuannya..
Cekidaut..

Perjalanan bermula kira-kira jam 8.00pg..
Naik bas dr stesen bas pt buntar, menuju ke Butterworth..
Sampai sana, ambil tiket Konsortium..dan gerak ke Alor Setar lebih kurang jam 9.20pg.
Lebih kurang jam 11.00pg, tiba di Alor Setar dan terus naik Mara Liner utk menuju ke UUM, Sintok.


Dalam perjalanan dr Butterworth menuju Shahab Perdana, sempat snap lambang/tugu negeri Kedah..Menara Alor Setar.


Tiba di UUM kira-kira jam 12.00tgh hari. Cuaca tidak terlalu panas dan nyaman je rasa..Maklumla..dikelilingi pokok-pokok yg menghijau dan jauh dr hiruk pikuk kota. =)

Sampai2 je terus berjalan menuju ke Dewan Muadzam Shah (dmas)..Sempat la jgk snap sekeping gambar dr laluan pejalan kaki nie..


Sampai2 kt dmas, pegi makan tgh hari dulu dgn diorang...nyum..nyum..Ok la..dah malas nak cerita satu persatu aktiviti yg dilakukan sepanjang berada di UUM/DMAS tue..

Dipendekkan cerita, tujuan Jelajah Siri II nie adalah utk melawat rakan2 di UUM. Sudah lama tidak bertemu. Dan kebetulan ada Konsert Diraja Menjunjung Kasih 2012.
Konsert yg diadakan bagi meraikan Tuanku Sultan Kedah yg dilantik menjadi YDP Agong beserta isterinya Raja Permaisuri Agong. Artis undangan pada konsert kali ini ialah Anuar Zain.

Sedikit bingkisan tentang konsert ini. Konsert pada kali ini adalah gabungan atau jalinan bersama Istana Budaya utk kesekian kalinya. Oskestra Tradidional Malaysia telah dipanggil utk bersama-sama mengadakan persembahan serta mengalunkan muzik bg mengiringi penyanyi yg membuat persembahan pd mlm itu. In my opinion, OTM ini sangat best, muzik yg didendangkan adalah sgt menarik dan unik kerana menggabungkan pelbagai jenis alat muzik daripada pelbagai kaum dan etnik.

Ok laa..dah laa...tgk la gambar2 yg ditangkap sepanjang penjelajahan nie.. =)

Artis tari sedang bersiap utk persembahan pd malam konsert.

Ketika konsert sedang berlangsung.

Bergambar bersama rakan2 dr UUM. Dari kiri: Sepet (bukan UUM), Daus (bekas penari), Combi (bekas penari juga..tp nk join jgk), Adib (juga bekas penari dan mungkin menari kembali lepas nie), penulis

Sempat bergambar dgn salah satu alat muzik OTM.

Dalam dewan, di bahagian tepi..

Bergambar kenang-kenangan..



Tamatlah sudah sesi Jelajah Siri II. Semoga berjumpa lagi...

Terima kasih kpd semua pihak yg telah menjayakan Jelajah Siri II ini mahupun secara langsung atau tidak langsung..
Tq Daus..Adib..Combi..Qilah...Liza..Yen..Jannah...Bobby..Neyb..dan semua2 lah... =)

p/s: Nantikan pula Jelajah Siri III...coming soon..




Read More ..
2:00 PM

Jelajah Siri I

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sudah lama tidak menulis.
Sudah berhabuk bersawang pon kat sini..*uhuk2!!
Actually, semenjak bergelar 'penganggur kehormat' nie..
banyak la jugak masa yg terluang..
Tak tau nak isi dgn apa..
Ladang anggur kt belakang rumah tue dah habis disiram, dibaja..
Hanya menanti hasilnya sahaja yg tidak tahu bila..
Oleh itu,
Dgn masa yg ada nie, ku mengambil kesempatan
Bukan ambil kesempatan kt org..no no no..
Ambil kesempatan utk berjalan2 melihat keindahan alam ciptaan Tuhan Yang Maha Kuasa.


Orite..
Untuk Jelajah Siri I nie,
Destinasi pilihan adalah Kuala Lumpur.
Dalam taun nie, ntah berapa kali ntah dah pegi KL nie.
Yer la..sbnrnya sng kalau kat KL nie.
Public transport is very efficient..
Ini antara beberapa aktiviti yg dijalankan ketika berada di Kota Metropolitan..


Ini adalah destinasi pertama yg dituju..setelah tiba di KL sentral..sapa boleh teka kat mana nie? Nie la kat Stesen Putra Universiti..waktu nie tgh tggu Aizat dtg ambik sebelum gerak ke rumah kakaknya di PJ..
Pada sebelah malamnya, pegi open house di rumah saudara Hadziq (mmbe soksek)..maaf tiada gambar..Jmpa ramai la jugak kwn2..Ada Aman, Boolat, Bean, Faiz hamit, aiman berg, cholo, mirul putra, pali, mat peng, bezek, ezat.
Lepas mkn2, diorg men futsal. Aku tgk je..2 jam maen..mlm nie tidur umah mat peng kt kerinchi..

Agenda hari kedua, mat peng anta ke KL Sentral. Arini nak ke open house GCP di Nilai. First time nak jengah ke ofis GCP setelah setahun lebih menjadi dealer. Naik erl ke Salak Tinggi dan A.awit (rakan dealer) ambik di sana dan terus ke ofis. Ramai jugak dealer ada kt sana. Hanya boleh cam muka tapi x igt nama. Maklum laa, hanya kenal di alam maya..


Ini antara menu istimewa pada open house tersebut. Kambing golek. Memang terbaiklah.. Lepas open house, bergerak ke Putrajaya.

Malamnya pula, gigih la gerak ke KLIA. Gerak dlm pukul 7 mcm tue..Pegi dgn IeraLee..Pergi KLIA bertujuan menghantar seorang sahabat yg akan pulang ke Korea. Pabila tiba di sana, dimaklumkan bahawa beliau ketinggalan flight..Adusss..


Inilah beliau yg dimaksudkan. Orang panggil beliau M. Masih mampu tersenyum, tapi dalam hati tiada siapa yg tahu.. =P
Tidak mengapalah. Apa2 pun, ketika post ini ditulis, beliau sudah pon selamat berada di Korea.

Agenda hari terakhir, lepak2 dan jalan2 di Mid Valley. Tgh ari, sempat la merasa makanan Korea yg memang tak pernah makan pon sebelum nie..


Nie nama dia Beef Bulgogi..Ambik set, dpt lah nasik tue dan juga sayur2an beserta dgn sup. Bagi aku yg tak pernah makan makanan Korea nie, food nie ok je. It's 'makanable'..hahaa...

Nie plak nama dia bibimbap. Signature makanan Korea katanya. Dlm mangkok tue, ada nasik kt bwh dia. Nak makan dia, letak sos n gaul2 semua bnda dlm tue. Then, makan smpi habis.

Dalam pukul 1.00, gerak ke KL Sentral. Settle semua2 benda, gerak ke Pudu Sentral. Bas bergerak dr Pudu jam 3.30 ptg. Tiba di Parit Buntar sekitar jam 8.00 mlm..

Tamatlah sudah Jelajah Siri I.


p/s: Looking forward for another 'Jelajah' in the future..InsyaAllah..


Read More ..
11:43 AM

Ramadhan 2012 - Penang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari nie dah masuk hari ke-18 kita berpuasa.
Kat sini, aku nak coretkan peristiwa yg aku lalui
ketika menyambut Ramadhan kali ini..
Peristiwa yg mungkin menjadi kenangan yg tak mungkin aku lupakan..
3/8 yg lalu, aku pegi Penang.
Sebab apa pegi Penang?
Sebab Abg Adi Faiz Zulhusni bin Abg Ali a.k.a Jang mai Penang.
Beliau dtg nak amek brg2 beliau di sana..

Dalam pukul 11pg cmtue, aku dah smpi kat airport.
Tiba awal bg menyambut ketibaan sahabat yg bakal tiba..
Oper dlm perjalanan dan dia yg bwk jang sbb dia bwk keta..
11.30pg-Jang keluar dr pintu ketibaan domestik..
Berborak2 sementara menunggu Oper tiba..
Agenda pertama, check-in tpt penginapan.
Kitorg stay kt USM, umah aunty Jang.
Solat Jumaat di Masjid Taman Tun Sardon.
Petang ke Queensbay..
Balik singgah di Bazar Ramadhan Sardon dan Gelugor beli juadah berbuka.
7.00ptg-Ambik Mierole kt Sg. Nibong.

7.36mlm..Berbuka puasa di USM. Menu kitorg, Nasi Kukus Ayam Rempah (Sardon) ngan Ayaq Buah (Gelugoq). Mierole mkn kepsi sbb dia smpi lmbt, x dan nk pi bazar.


Malamnya kami ke umah mama. Lepas tue, g layan movie kt 1st Avenue. Step Up Revolution. Superb. Awesome. Nice movie. Waktu nie, semua ahli dah cukup, Opper, Jang, Bezek, Apek, Mierole n myself.

Balik dari movie, lepas kt Gelugor. Burger Mamu. Borak2. Then balik ke USM.

Second day berbuka di rumah mama. Mama masak kari ayam, sambal udang ngan petai n pemanis mulut, pengat ubi. Memang best lah..Kitorg beli kuih sket2..Lepas bkak posa, layan movie kt Qb, cte Total Recall. Konklusinya, cte nie x best..hahaa..


Hari terakhir, kami berbuka di rumah mamu. Mmg byk lah makcik masak. Nasi tomato, sambal udang, ayam masak kicap, kari daging, kuih lopeh n ada nasi ulam jgk. Alhamdulillah. Kami semua kekenyangan.


Lepas berbuka, kitorg men futsal kt BJ. Memang terbaik laa..Dah kenyang2 mkn, g men futsal plak kan. Seb baek x muntah dlm court.


Lepas men futsal, layan movie lagi. Cte Step Up Revolution lagi disebabkan ada beberapa org yg x tgk lagi. Layankan aje..Cte best kan..tgk 2 kali pon xpe..kali nie tgk kt Gurney. Lepas movie, lepak kt Pelita Sg. Dua. Bersahur beramai2. Then, balik umah di USM. Kemas2. Gerak ke airport. Jang gerak balik ke tempat asalnya.

Tamatlah percutian bersama2 di Penang pada Ramadhan kali nie..Banyak kenangan terukir walaupun hanya beberapa hari bersama. Kenangan ini akan tersimpan rapi dlm kotak memori bersama memori 2006-2012 yg lain. Semoga kita dpt berjumpa lagi pada lain waktu dgn kehadiran ahli yg lebih ramai.

Inilah 'kanak-kanak' yg bertanggungjawab memilih cte Total Recall utk tontonan malam tue. Sian die. Kena bahan smpi sudah..hahahaaa...


Read More ..