9:00 AM

Pengalaman Temuduga SPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 16/11/2012 yg lalu, aku telah menghadiri satu temuduga. Temuduga nie adalah kelolaan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang mana temuduga nie bertujuan untuk membolehkan aku dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) DG41. Kat sini nak share sikit la pengalaman dan tips waktu temuduga tersebut..

Masa yang tercatat untuk sesi temuduga tersebut ialah jam 7.30pg. Jadinya, pukul 7.00pg aku dan Achoy bergerak dari tempat kami menginap. Dalam pukul 7.10pg, sampai di tempat temuduga. Sampai je kat sana, pergi ke bilik urusetia dan diorang minta utk uruskan fail dan diorg semak kehadiran. Waktu nie jgk diorg dah bahagi2 group. Pembahagian group, ikut suka dia la nak susun..Ikut saja..Dah siap semua, tunggu jer laa..once interviewer dah sampai, urusetia akan panggil kumpulan yg pertama dan bersedia di luar bilik interview. Pabila loceng dibunyikan, langkah disusun perlahan-lahan masuk ke dalam dan duduk pabila diminta berbuat demikian. Aku kena group yg ketiga. Group terakhir utk hari tersebut. Kami ada 6 orang dlm group nie. Group yg sebelum nie 5 org je. Interviewer start dgn menyemak nama, bertanya soalan sedikit ttg sekolah interim dan lain2. 

Kemudian, Dato' bertanya. "Kamu semua baca surat khabar tak?" Pastilah jawapannya, "Ya". Then, Dato' tanya surat khabar apa baca? Maka sorang demi sorang la menjawab..ada yg jawab The Star, Berita Harian, Utusan, Harian Metro..semua main jawab gitu je...tiada turutan menjawab..macam budak2 dalam kelas jawab tue...cumanya..tak bising2 laa..jawab dgn penuh sopan santun. Lepas tue Dato' cakap, "Saya tak galakkan utk baca Harian Metro la..Bukan saya nak kata surat khabar tue tak bagus, cumanya kurang la artikel yang bagus. Dia banya berita sensasi, kemalangan, pembunuhan dan lain2..Kalau nak baca, boleh baca The Star, Berita Harian..banyak artikel, banyak review yang bagus.." Kami semua mengangguk.

Tiba-tiba terus Dato' switch ke BI dan terus melontarkan persoalan. Tak igt 100% persoalan beliau tapi beliau bertanyakan tentang "wawasan 2020" yang telah diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir. Apa faktor utk membolehkan Wawasan 2020 tersebut tercapai. Maka, seorang demi seorang menjawab. Siapa nak jawab, angkat tangan. Kalau group sebelum nie, jawab mengikut giliran. Dah habis jawab, Dato' pon bagi la sedikit rumusan berkaitan persoalan tue. Kemudian, Dato' minta semua cerita ttg idola masing2. Siapakah yang kami 'adore'..dan kenapa orang tersebut dipilih menjadi idola. Jenuh la nak fikir sapa idola aku..hahaha...at last, decide nak bgtau Tun Dr. Mahathir. Tak jawab awal2, biar diorg jawab dulu. Aku jawab second last. Sebab nak fikir idea n construct ayat nak ckp.. Alhamdulillah, lepas giliran. Lepas tue, Dato' beri nasihat sikit berkaitan idola nie. Beliau cakap, kita sebagai guru, kita nak murid2 jadikan kita sebagai idola. Oleh itu, nak jadi idola kepada murid, mestilah tunjuk 'role-model' yg baik kan.........(ada la lagi nasihat dari beliau).

Kemudian berpindah kepada seorang lagi interviewer. Beliau bertanya soalan yg berkaitan dgn bidang. Dalam kes nie, berkaitan English la..soalan pertama, berkaitan PPSMI..apa pendapat kami ttg PPSMI nie..Lepas tue, beliau tanya lagi ttg cara mengendalikan P&P di dalam kelas..nak guna fully English? Mix language? (BM + BI)..lepas soalan nie, patutnya Dato' mcm dah nak wrap up sesi interview nie, tp Puan nie mintak nak tanya lagi satu soalan. Fungsi anda sbg committee dalam panitian Bahasa Inggeris..lepas dah habis jawab, igt nak habis dah. Puan nie mintak lagi satu soalan daripada Dato'..lawak pulak aku tgk..hehee...Fungsi panitia itself..untuk apa..segala aktiviti yg dirancang tue..utk apa..lebih kurang mcm tue la persoalannya.

Dan akhirnya, selepas hampir sejam sesi temuduga berlangsung, maka Dato' pon menamatkan sesi tersebut. Ada la Dato' bagi nasihat sikit..Jangan buat masalah di sekolah..Mengajar baik2..Kerjalah di mana sahaja anda dihantar..sekolah memang akan ada di pelusuk negara..Pergi sahaja..Timba ilmu sebanyak mungkin..Lepas habis, Dato' persilakan kami semua bangun, dan ambil fail sijil beserta buku RPH. Lantas, kami semua melangkah keluar dari bilik temuduga. Yeaaaayyyyyy...habis suda...

Tips.

1. Bagi lelaki, pakailah blazer. Baru nampak smart. Nampak profesional. Nampak lebih berkeyakinan.
2. Name tag jangan lupa pakai.
3. Bawak buku RPH.
4. Pastikan segala dokumen yang ada dalam senarai semak dibawa. Salinan jgn lupa sahkan.
5. Susun dokumen di dalam fail mengikut turutan dalam senarai semak.
6. Segala salinan sijil lain tidak akan diambil oleh urusetia. Mereka akan pulangkan. Tapi sijil asal kalau nak letak dlm fail, tidak mengapa. Tapi tak perlu letak sijil yg dari sek rendah/sek menengah.
7. Kalau anda orang pertama, nak masuk ketuk pintu, bagi salam.
8. Jangan duduk selagi tidak diminta utk duduk.
9. Jangan duduk bersila di atas lantai sambil kaki disilangkan.
10. Waktu duduk, jangan goyang-goyang kepala kaki.
11. Sewaktu menjawab, kalau boleh pandang interviewer. Tunjuk yg kita yakin dgn jwpn yg diberikan.
12. Buat muka rilek je..jgn gelabah sgt.

Sekian sahaja tips dan pengalaman sewaktu menghadapi temuduga tempoh hari.. =)

p/s: Ya Allah, semoga aku lulus dalam temuduga nie..Ameen..

6 comments:

KinosKoko said...

cuakkkkkkkkk!!!

MohdIzwan said...

Nana: nda apa bha..nda perlu kau risau..ok jak nnt.. :)

Syam Tajuddin said...

Kisah temuduga saya (Kisah benar):

1. Kumpulan ditemuduga yang terakhir.

2. Member-member yang masuk awal² semua cakap, mmg penemuduga nak cari salah, tanya soalan berbentuk provokasi, sampai ada yang kata mmg xkan lulus. Mmg nervous gila dah.

3. Sampai giliran kami, penemuduga terus cakap..





Dah la, malas dah saya nak tanya banyak². Kawan² awak tadi banyak yang merapu je..lagipun saya tau kamu semua ni memang nak jadi cikgu..oklah, kamu semua dah lulus.


:D

MohdIzwan said...

a.aisyam: wahh..untung laa.. :)

POLARIS said...

sya nk temuduga 27 dis ni...aduhhh..cemasnya

MohdIzwan said...

POLARIS: ok punya..jgn risau lah.. :)