Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Aktiviti biasa semasa cuti sekolah, pergi bercuti la. Dah nama pon cuti kan, mesti la pergi bercuti. Takkan la cuti nak duduk rumah je kan. Melainkan ada apa2 nak diuruskan, memang patut la duduk di rumah saja. Sebagai contoh, lazimnya cuti2 nie kan banyak kenduri kahwin. Jadi, kalau nak urus majlis perkahwinan, takkan sibuk2 nak pergi bercuti pulak kan. Nanti lepas kenduri, pergi la bercuti. Honeymoon kata orang.
Alkisahnya, 9/12/2014 - 11/12/2014 aku telah berangkat ke Medan, atau dgn lebih tepat ke Kualanamu. Kualanamu nie terletaknya lapangan terbang antarabangsa yang baru. Mula beroperasi kira-kira setahun yang lalu. Trip nie pada asalnya dirancang oleh aku dan beberapa orang rakan. Oleh sebab perkara yang tidak dapat dielakkan, masing-masing tidak dapat ikut serta. Jadi, tinggallah aku dengan adik. Tiket memang dah beli awal-awal. Pergi-balik dalam RM116 sahaja. Destinasi Penang - Kualanamu. Hotel, kereta, makanan, semuanya dah tempah. Dan kosnya tak la mahal sangat. Still affordable la. Nak pulak semua memang dah included, memang berbaloi2. Nak tak nak, memang kena pergi jugak la. Last-last, aku ajak mama join sekali. Beli la tiket last minute. Nasib la tak mahal sangat.
9hb tue, pukul 5.00pg bertolak dari rumah ke Penang Airport. Sampai sana lebih kurang pukul 5.30pg mcm tue. Sampai2, terus pergi re-print boarding pass. Lepas tue, solat Subuh kat surau di bawah. Lepas solat, cepat2 naik ke departure gate. Imigresen check boarding pass dengan passport, dah lepas, aku pon jalan la menuju ke auto-gate. Elok nak masuk auto-gate, dia panggil balik. Adoii, drama apa pulak dah nie. Dah sampai kat dia, dia cakap kena ada cop apa tah kat boarding pass. Bergegas la pulak aku pergi ke kaunter AirAsia sana. Pagi-pagi buta dah joging dalam airport.Tot tet tot tet,settle semuanya. Dapat la masuk dan tunggu di ruang menunggu balai pelepasan.
Boarding ke dalam kapal lebih kurang pukul 7.00pg mcm tue. Kami menaiki pesawat AirAsia Indonesia dengan nombor penerbangan QZ109. Pesawat berlepas lebih kurang jam 7.30pg. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Dan kira2 jam 7.15pg kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu. Aik? Kenapa lagi awal? Kat Indonesia masa lewat sejam dr Malaysia. Airport Kualanamu nie agak cantik dan lebih luas drpd Airport Penang. Airport nie baru lebih kurang setahun beroperasi.
Keluar daripada balai ketibaan, bapak supir siap sedia menunggu kami. Beliau memegang kertas yang tertulis, "Encik Izwan dan Family". Wahh, first time dijemput kat airport macam nie. Hehe. Tour guide kami selama 3h2m kat sini bernama Safrul. Disuruhnya panggil Pak Saprul aja. Akibat kelaparan, kami mintak Pak Saprul bawak pergi breakfast. Beliau bawak kami makan di sebuah kedai nie (apa nama tah, lupa). Restoran tue famous dengan ayam penyet. Akan tetapi, pagi2 nie belum ada. Jadi kami order sajalah apa yang ada utk lapik perut. Sebab perjalanan masih jauh. Kami akan bergerak terus ke Parapat, utk bermalam di Danau Toba.
Selesai makan, kami dibawa oleh Pak Saprul dengan kereta Kijangnya menuju ke Parapat. Kijang tue kereta Innova kalau kat sini. Dalam perjalanan, sekitar jam 11.30pg, kami tiba Siantar. Ada kedai nama dia Paten Shop. Kat sini terkenal dgn produk 'Kacang Tumbuk'. Ada macam-macam jenis dan macam-macam nama. Harga sekotak IDR 25,000. Beli 10 kotak percuma 1. Settle semua, sambung perjalanan ke Parapat. Sepatutnya makan tgh hari di sini, tapi kami teruskan perjalanan dan membuat keputusan utk lunch di Parapat saja. Lebih kurang jam 1.30ptg, kami tiba di Parapat, dan terus pergi makan.
Selesai makan, kami check in hotel. Kami bermalam di Danau Toba International Cottage. Dah check in, rehat2 kejap kat bilik. Lebih kurang jam 3.00ptg, kami bergerak ke jeti utk pergi ke Pulau Samosir. Malangnya nasib kami sebab bot baru saja jalan dan kami kena tunggu lebih kurang satu jam utk perjalanan seterusnya. Melepet la atas bot/feri tue. Sejam kemudian, feri pon jalan. Ada 3 orang budak dari suku kaum Batak datang menyanyi atas feri. Best jgk la lagu dia. Lepas abes nyanyi, bagi la sikit duit kopi utk budak2 tue. Perjalanan dari jeti ke Kampung Tomok (kampung pilihan) mengambil masa lebih kurang 40 minit. Kami pergi satu tempat saja sebab kekangan masa. Ada lagi beberapa kampung lain yg dpt dilawati di Pulau Samosir tue. Tambang kata Pak Saprul IDR 10,000 sorang. Kami dah tak bayar apa2 sbb semua include dlm pakej.
Di Kampung Tomok, kami melawat istana lama yang dikatakan sudah berusia 400 tahun yg mana dibina tanpa menggunakan paku. (Macam Istana Seri Menanti). Sepanjang perjalanan dari jeti ke istana tue, akan melalui banyak kedai yg jual macam2 barang. Apa-apa pun, berhati-hatilah ketika singgah atau bercadang utk membeli kat sini. Sebab diorang tahu kita nie tourist, kena katok kaw2. Pandai2 la buat tawar menawar. (Sebab aku sendiri dah kena..Hahahaa) Settle semua, pulang ke tempat penginapan. Malam lepas maghrib, Pak Saprul bawak pergi dinner. Memang mantaplah dinner kat satu kedai nie. Masakannya memang enak. (Atau mungkin sebab kami kelaparan?) Then, habis malam yang pertama.
The next day, bangun pagi, urus diri semua. Kami sarapan kat cafe yang lokasinya berdekatan dgn bilik. Boleh tahan la breakfast yg disediakan. Lepas tue, check out sebab perjalanan akan diteruskan bagi menuju ke Medan. Kami bertolak dari sini kira-kira jam 8.30pg. Dalam perjalanan menuju ke Medan, kami akan berhenti di beberapa buah tempat utk melihat2 kawasan tersebut. First pit stop, kami berhenti di Simarjarunjung Hill. Tempat nie macam ala2 Cameron Highland la kat sini. Sejuk tempatnya. Di restorannya juga ada menyediakan pelbagai jenis minuman dan antara yg famous kat sini ialah Teh Halia. Tapi kami tak minum pon, ambik2 gambar dan teruskan perjalanan. Second pit stop ialah Si Piso Piso Waterfall. Subhanallah memang cantik air terjun nie. Dan air terjun tue 'terjun' ke Tasik Toba (Lake Toba) yg mana di situ merupakan penghujung/pengakhiran bagi tasik tue. Kalau nak view yg cantik, memang kena jalan turun bawah la. Azab sikit la, tapi berbaloi la. Seterusnya, kami singgah di Berastagi. Kat sini kami dibawa ke Fruit Market. Beli la buah2 sikit. Ada beli Pisang Kaki. Memang manis buahnya dan agak berbeza dgn yg ada di pasaran tempatan kt sini. Kemudian, kami dibawa makan tengahari di Hotel Green Garden, Berastagi. Macam biasa, makanan enak banget.
Lepas lunch, perjalanan diteruskan menuju ke Medan. Perjalanan ke Medan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dan jalannya, errrkk~ Macam ular kena palu. Kalau sapa2 yg tak tahan dan selalu pening2 kalau travel, better makan ubat siap2 dan tidur saja dalam kereta. Lebih kurang jam 2.00ptg, kami tiba di bandar Medan. Agak sesak bandarnya. Penuh dengan kereta dan motosikal. Kereta, motosikal suka sangat main hon. Hahaa. Seterusnya kami melawat Istana Maimon. Ambik2 gambar sikit. Settle. Lepas tue, check in hotel. Di bandar Medan nie, kami tinggal di Hotel Grand Kanaya. Boleh tahan la biliknya. Selesa. Masa yang ada dipenuhi dgn aktivitas 'berehat'. Hihii. Dlm pukul 5.00ptg, aku turun dgn adik pergi ke Indomaret dpn hotel. Indomaret nie mcm 7-E la lebih kurang. Kitorg beli megi cup dgn air sebab dinner lambat lagi, pukul 7.00mlm nun.
Lepas maghrib, turun ke lobi hotel dan Pak Saprul sedia menunggu kami. Kami dibawa ke Restoran Lubuk Idai utk makan malam. Menu famous kedai nie, Ikan Bakar dan Ayam Bakar. As usual, marvelous. Kami ada order jus buah jgk. Aku order Jus Durian Belanda. Sedap weh. Harga segelas IDR 15,000. Siap makan, tersandar masing2. Teramat sangat kenyang. Hahaa. Lepas makan, pulang ke hotel. Tidur.
11/12/2014 - Hari nie hari kami pulang. Sebelum gerak, breakfast dulu kt hotel. Siap makan, check out dari hotel dlm jam 9.00pg. Pagi nie kami dibawa ke Pasar Ikan. Nama je pasar ikan tapi takde jual ikan pon kat situ. Pasar Ikan nie banyak kedai yg jual kain2 ela nie. Haa, kalau mak2 tue mesti suka. Dapat borong kain banyak2 kat sini. Harganya boleh tahan la. Nak kata murah tak, nak kata mahal tak. Dan ada jgk yg murah dan kualitas nya agak baik. Pandai2 la pilih. Dalam jam 10.00pg, kami bergerak ke Airport Kualanamu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setgh. Kena gerak awal sebab takut jalan jem ka apa ka. Haa, payah pulak kan. Tertinggal kapal kalu, lagi haru. Flight ada sedikit delay dan kami berlepas dari Kualanamu kira2 jam 3.00ptg dan tiba di Penang dekat2 jam 5.00ptg.
Tamatlah sudah percutian kami di Medan. All in all, memang best lah. InsyaAllah kalau ada rezeki, boleh pergi lagi nanti.
Tips & tricks
- Kalau anda kaki online, better beli simkad di sana. Beli simPATI (Telkomsel). Coverage memang mantop. Harga pon bukanla mahal sangat. Simkad harga IDR 40,000. Dapat kuota internet 1gb. Lepas tue tambah topup sikit IDR 20,000. Jadi la IDR 60,000. Dapat extra lg 500mb menjadikan total 1.5gb. Tak habis pakai pon kalau duduk 3/4 hari.
- Kalau jenis pening2 lalat travel dengan kereta, bawak ubat, makan siap2.
- Kalau nak membeli barang di Pulau Samosir, hati2 lah yer. Bargain betul2. Kalau boleh, tanya dulu siap2 kat tour guide (kalau ada) berapa harga sesuatu barang tue selalunya.
- Tukar duit siap2 sebelum ke sana. Kalau kat sana, rate tak berapa nak mengancam.
- Kalau rasa-rasa nak membeli belah byk brg, better beli la siap2 luggage utk flight. Kalau tak, tak pasal2 nnt melayang IDR 315,000 / RM105 utk 20kg luggage.
- Beli/bawak travel port plug ke sana. Tempat plug kat sana lain dr kt M'sia. Kalau tak bwk, boleh beli kat kedai letrik yg ada kat sana. Harga dalam IDR 75,000. Nak yg murah lg pon ada.
Tue je la kot buat masa sekarang, kalau ada nak tambah, boleh tambah.
Berikut dikongsikan itinerary yang telah disediakan pihak travel agency. (Fantasy Holiday)
9/12/2014 (Arrival - Medan - Parapat - Danau Toba - Samosir Island)
7.30pg - Tiba di Kualanamu International Airport
8.00pg - Bertolak ke Parapat via Tebing Tinggi (192km)
12.00tgh - Makan tgh hari di Garuda Siantar Restaurant (tp kami makan di Parapat)
1.00ptg - Berhenti di Paten Shop utk mencuba souvenir Sumatera Utara "Kacang Tumbuk"
3.00ptg - Bertolak ke Pulau Samosir by ferry (Melawat Kg. Tomok)
5.30ptg - Check in di Danau Toba Int. Cottage, Parapat
7.00mlm - Makan malam di restoran
10/12/2014 (Parapat - Berastagi - Medan)
7.00pg - Sarapan di hotel
8.00pg - Bertolak ke Berastagi via Simarjarunjung
9.30pg - Melawat Simarjarunjung Hill (Teh Halia)
11.00pg - Melawat Air Terjun Sipiso Piso
12.00tgh - Makan tgh hari di Restaurant Green Garden Hotel
1.00ptg - Melawat Fruit Market Berastagi
2.00ptg - Bertolak ke Medan via Sibolangit
4.00ptg - Melawat Istana Maimoon & Masjid Al-Mashun
5.00ptg - Check in Hotel Grand Kanaya, Medan
7.00mlm - Makan malam di Restoran Lubuk Idai
11/12/2014 (Medan City Tour - Departure)
7.00pg - Sarapan di hotel
9.00pg - Shopping tour gudang batik shop, Wadimor & wajir fashion outlet dan Batik Exclusive Danar Hadi.
10.00pg - Shopping tour at Sun Plaza and Lunch by own cost until transfer to departure.
Ini beberapa keping gambar dpt dikongsikan sepanjang berada kat sana.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu |
Es Bandung. |
Mee apa tah nama dia..sng kira..mee goreng la. |
Salah satu rumah yg ada di Kg. Tomok |
Mama di Sipiso Piso Waterfall |
Terung goreng tepung..disiram kuah pedas2 manis. So nyummeh. |
Dinner di Restoran Lubuk Idai. |
Masjid Al Mashun |
Nasik lemak di airport Kualanamu |
Makan kat atas flight. |
Tempat menginap di Danau Toba. |
Untuk lebih gambar, klik di sini.
p/s: Hope to come back to Medan soon. InsyaAllah.
2 comments:
Terima kasih sudah menggunakan khidmat pelancongan dari Fantasy Holidays.
Kami juga menyediakan khidmat jika anda berminat untuk berkunjung ke destination lain di Indonesia. Sila hubungi contact person kami
FANTASY HOLIDAYS
Find your fantasy with us...
Izin Usaha : 503 / 356 / SK / TDUP.DU / BPW / MM / 2014
Jl. Brigjend Katamso No.70C/106 Lt.III. Medan 20159 kelurahan Sukaraja kecamatan Maimoon.
Mobile/ whatsapp : +6281370644154
: +061-4535455
Email : fantasyhol@gmail.com
Website : www.fantasy-holidays.com
fan page : Fantasy Holidays
Blog : http://fantasyhol.blogspot.co.id
Thanks
Hi..salam..
Thank u so much dah menggunakan jasa Fantasy Holidays..
Sampai jumpa di trip selanjutnya satu Indonesia with Fantasy Holidays..
Our Promo Hot Package 2017 "Lombok"
Contact us :
www.fantasyholidays.net
fantasyhol@gmail.com
nidya.dpm@gmail.com
Wa: +6281370644154
Post a Comment