9:42 PM

Kehidupan di Saliliran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bertemu lagi untuk post yang entah yang ke berapa. Pada post kali nie, nak cerita la sikit tentang kehidupan sekarang nie. Untuk yang tak tahu lagi atau mungkin yang tahu tapi tidak peduli, aku kini berada di salah satu tempat pedalaman di negeri Sabah. Aku berada di Saliliran dan currently bertugas sebagai Guru Interim di SK Saliliran, Nabawan. 

Okeh, berbalik semula kepada tujuan asal post ini ditulis. Sehingga saat ini, aku dah ada di Saliliran nie lebih kurang 3 minggu dah dan nak masuk minggu yg keempat. Pada minggu pertama sampai sini, betul-betul rasa macam nak terjun sungai balik rumah. Iya lah, dengan keadaan tempat yang jauh, melalui perjalanan yang sangat lama, guna 3 medium pulak tue untuk sampai ke sini iaitu kereta, perahu/bot kemudian berjalan kaki meredah hutan belantara. Nak baca pengalaman masuk sini dulu, boleh baca kat sini.

Aku cuba untuk memujuk hati supaya bertabah serta sabar dengan dugaan dan cabaran yang dihadapi nie. Alhamdulillah, hati menerima pujukan tersebut dan aku sudah seperti boleh menyesuaikan diri kat sini. Sikit demi sikit, hari demi hari, aku rasa ok la kat sini. Boleh tahan la orang kata. Tapi, dalam pada itu tetap juga ada sekelumit rasa utk tidak mahu berada di sini bagi satu tempoh yg panjang. Antara aktiviti yang sering aku lakukan kat sini, tgk movie, tgk series, tgk gambar, tgk video2 lama, mandi sungai yang mana boleh la buat lupa sekejap kt benda2 lain di luar sana. The best part, mandi sungai la. Best. Air sejuk mengalir tanpa henti. Tapi kalau waktu air kecik, tak best la nak mandi sebab air cetek dan penuh lumut.

Kalau bab makan, Alhamdulillah la. Masih cukup makan. Tak pernah lagi la tak cukup makan. Antara nak dengan tak nak je. Menu biasa, telur, ikan bilis, ikan masin. Itulah yg diulang tiap2 hari. Apa boleh buat, bekalan bahan basah memang tak boleh ada pun kat rumah. Tiada tempat mahu simpan. Dah la elektrik pun tiada di rumah. Takkan nak beli peti ais pulak kan? hehehee..Jadinya, menu itulah yg diulang-ulang. Goreng la, masak asam la, goreng lagi, lagi lagi goreng. Itu jer lah. Dan kalau rajin sikit, boleh la buat sambal tumis. Tue pun nak kena tumbuk cabai kering sampai lumat sebab tak boleh nak blend. Sob sob sob..

Di sekolah, aku ditugaskan utk mengajar Tahun 1 dan Tahun 2. Tahun 1, aku ajar BI dan Sains manakalan Tahun 2, aku ajar BI dan BM. Dalam pada itu, aku juga ditugaskan utk menjadi guru kelas bagi tahun 2 dan juga menjadi warden asrama. Jawatan-jawatan lain setakat ini tiada lagi. Murid-murid sekolah nie ada lebih kurang 50 orang. Setiap darjah hanya ada satu kelas.

Kesimpulannya, apa yg boleh aku katakan tentang kehidupan kat sini: Aku bersyukur, Aku bersyukur, Aku bersyukur. Aku telah menjadi salah seorang insan terpilih untuk berada di sini. Semoga apa jua yg dilakukan di sini akan mendapat balasan dari-Nya nnt. Kalau tak kat sini, kat 'sana' nnt. InsyaAllah.

"Ya Allah, Kau berilah aku kekuatan untuk aku galas serta menjalankan tanggungjawab ketika aku berada di sini. Ameen "

Nikmatilah gambar yg tak seberapa nie....

Ini nama dia Timun.

Tongkat Ali..baguih dok ada..

Budak2 sekolah..

Ini bangunan pra-sekolah

SK Saliliran.

Rumah tempat berteduh.

My year 2 kids.


p/s: Minggu depan nak keluar dah..bercuti sebentar...


3 comments:

Anonymous said...

Your friend will coming soon from penang juga

MohdIzwan said...

Welcome to SK Saliliran.. :)

carlosaj said...

Adakah lagi kisah cg di sk saliliran?jika ada share cg