9:06 PM

Jalan-jalan ke Saliliran..

Assalamualaikum..Salam Sejahtera.

Lamanya tak update. Last update pada Julai lepas. Dekat-dekat 2 bulan jugak. Sibuk la katakan. Tidak mengapalah. Masih belum terlambat kot nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. :P

Hari nie nak update pasal makan angin perjalanan ke Saliliran. Apa tue Saliliran? Godek la post2 lepas. (kalau rajin)

27/8/2013

Kemain semangat bangun awal2 pagi. Nak masuk sekolah la katakan. Pukul 7.00pg dah ready semua. Mandi, siap2 semualah. Sebab planning nak gerak dari Nabawan dlm jam 9.00pg. Tunggu punya tunggu..Calling punya calling..Lambat rupanya. Sempat lagi tidur balik. Kereta sampai dari Keningau lebih kurang jam 11.00pg. Loading barang, jalan. Dari Keningau ada ckg Keanny, Nuga dgn Fikrie. Aku dgn Shah naik kt Nabawan. Kitorg tiba di Pensiangan lebih kurang jam 1.30ptg. Alhamdulillah cuaca baik, jalan balak kering. Perjalanan smooth. Tiba di Pensiangan, boatman (Joseph dgn Alan) dh tunggu. Buat tue, buat nie, dlm pukul 3.00ptg jgk la gerak dari Pensiangan. Air ok je dari Pensiangan. Tiba di persimpangan Sibangali lebih kurang jam 4.00ptg. Yeahh, pengembaraan bermula. Air sungai dari sini agak kecil. Sepanjang perjalanan, memang banyak kali kami kena turun. Tapi kitorg tak tolak bot, kitorg jalan je dan boatman shj yg tolak. Jumlah masa yg aku 'timing' kitorg kena jalan sejam 30 minit. Jam 5.30ptg kitorg br sampai di Saliku dan agak jauh lg dari destinasi yg dituju. Dengan tabah la kitorg berjalan mengharungi sungai. Kdg2 naik bot x sampai 10 saat, dah kena turun jalan semula. Aku dok tgk jam, mcm nak kena berjalan mlm je nie. Aku ok je. Nak jugak try. Belum pernah berjalan mlm dlm hutan nun. Lebih kurang jam 6.45ptg, kitorg sampai di Binusu. Hari pon sudah gelap. Boatman ckp hari macam nak hujan lalu membuat keputusan, KITA BERMALAM DI SINI. Nasib la ada B-Suite (Binusu Suite) milik cikgu Keanny. Jadi, kami pon bermalam la di sana. Dalam pukul 7.30mlm, kitorg beramai2 mandi sungai. Siap buat unggun api lagi tepi sungai. Tapi takde pulak gambar dirakam. Bahaya! Malam dlm pukul 8.30mlm, tidur.

28/8/2013

Bangun pagi, pegi sungai, gosok gigi. Tak mandi. Simu am. Balik B-Suite, breakfast dulu. Nasib la ada beli bekalan roti bawak masuk semlm. Eh, semlm pon dinner dgn roti tue jgk la. Dijangka bertolak pukul 9.00-10.00pg mcm tue. Tapi mengalami kelewatan sikit atas sebab2 tertentu. Dari Sinapar aku dgn Shah mengambil keputusan utk berjalan dulu. Diorg yg lain lewat sikit. Kitorg ditemani seorang pakcik org kampung Saliliran, Aman Akim. Kitorg dari Sinapar pukul 11.45pg mcm tue. Perlahan-lahan kitorg melangkah menuju hutan tebal. Liwa2 am. Nasib la ada jgk aman tue, kalau tak mungkin boleh sesat jgk. (simpang mula2 nak masuk hutan pon dh konpius..bajet macam tahu jalan sampai Saliliran..hahaa) Perjalanan yg penuh liku dan duri-duri semalu kitorg tempuh. Naik turun bukit. Bukit Siubol yg legend tidak dilupa. Kecuraman hampir 90 darjah itu memang menduga ketahanan fizikal dan mental. Shah kejang kaki kat situ buat kali kedua. Aritue first time masuk kejang kat situ jgk. Kesian kpd beliau. Alhamdulillah, lebih kurang jam 3.00ptg, kitorg selamat sampai di Saliliran. Sampai rumah, mandi, solat, pergi sekolah, setup laptop, ONLINE!! Terima kasih kepada semua yg mendoakan keselamatan saya. =)


1. Bergambar dgn geng guru pedalaman. Nuga dgn Fikrie. Diorg di SK Sibangali..2. Waiting for the boat to depart..3. Atas bot..4. Selfie.. :P


Ambik gambaq dulu sebelum gerak naik bot.
 
Tempat nie nama dia Saliku.

Kepenatan tunggu bot.




Bergambar dulu sebelum tidoq. :P

 
Ini lah Binusu Suite (B-Suite) tpt kami bermalam. Milik Cikgu Keanny.
 
Sampai..Yeayyy... T_T

p/s: Baru je sampai, dah kerinduan. Macam mana nie..

















Read More ..
9:38 PM

Ulangtahun Kelahiran

Assalamualaikum..
Fuhh..kemain lama tak update..dekat 2 bulan kot?
To cut it short..

Today is a special day..
Today is my birthday..
Yes, it's my birthday friends..

Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to me.

Kesian kpd diri sendiri.
Tahun nie, tak dapat nak celebrate bersama2 org tersayang.
Keluarga, sanak saudara dan juga rakan2.
Sekarang aku berada jauh di perantauan.
Menabur bakti di tempat yg jauh.
Jauh drpd semua org.
Jauh drpd keluarga.
Jauh drpd sanak saudara.
Jauh drpd rakan2 dan taulan.
Tidak mengapa.
Aku redha.
Semuanya telah diatur oleh-Nya.
Dia Yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Alhamdulillah.
Aku masih diberi masa, ruang dan peluang 
Untuk bernafas di muka Bumi-Mu ini.
Aku bersyukur.
Semoga aku menjadi hamba-Mu
Yang sentiasa bersyukur dgn nikmat-Mu
Yang sentiasa patuh pada suruhan-Mu
Yang dpt meninggalkan segala larangan-Mu
Yang sentiasa sujud kepada-Mu
Yang sentiasa basahi lidah dgn zikrullah
InsyaAllah.
Mudah-mudahan.

Terima kasih diucapkan
Kepada semua yang memberikan ucapan hari lahir, birthday.
Tak kiralah sama ada
Di Timeline Facebook
Di Inbox Facebook
Di Timeline Twitter
Mahupun menyelit di ruangan komen.
Yang hantar SMS tue, 
mintak maap la.
Memang takkan sampai la buat masa sekarang nie.
Terima kasih sekali lagi.
Saya amat menghargai semua ucapan kalian.
Mudah-mudahan dimakbulkan apa yg kalian doakan.
Ameen.


Konon2 kek birthday utk diri sendiri la..Terima kasih INTERNET..

Transformation...Well done...well done..


p/s: Ada tak yg nak bagi hadiah kt saya? Saya terima saja apa yg org nak bagi.. :)




















Read More ..
1:15 PM

Demam Pilihanraya..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bahang pilihanraya kian terasa. Walaupun ada lebih kurang 23 hari lagi, suasana kini terasa semakin 'panas'. Baru-baru ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh Pilihanraya ke-13 (PRU13) akan dijalankan. Penamaan calon akan diadakan pada 20 April 2013 manakala PRU13 pula akan diadakan 2 minggu selepas itu iaitu pada 5 Mei 2013. Jadinya, sekarang adalah masa untuk kesemua parti yang ada membentangkan manifesto masing-masing. Buatlah pilihan mengikut selera masing-masing. 

Alhamdulillah, aku pon dah dapat mengundi tahun nie. Tapi permasalahan sekarang ialah adakah aku akan balik untuk mengundi? Almaklum la, tinggal nun jauh di pelusuk ceruk mana nun. Kalau ada yang sponsor tiket balik, memang laju la balik. Ada yang nak sponsor? =)

Gambar di atas menunjukkan butiran/keterangan utk aku mengundi nanti. UNDI ANDA ADALAH RAHSIA..

p/s: First time nak mengundi nie. Excited ada, nervous pon ada..
Read More ..
10:30 PM

Aktiviti Kala Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Baru berkesempatan nak update blog nie. Almaklum la. Sibuk bercuti kan. =)
Pada cuti sekolah yang lalu, memang banyak la aktiviti yang aku lakukan. Berjalan sana, berjalan sini, buat aktiviti itu, buat aktiviti ini. Memang seronok lah. Sebelum cuti bermula, aku dah siap buat to-do-list dan alhamdulillah 90% daripada list tue telah berjaya dilaksanakan.

Antara aktiviti yang berjaya dilaksanakan ialah:
# Makan KFC
# Pegi shopping
# Pegi KL
# Pegi Big Bad Wolf Penang
# Pegi jalan-jalan dgn family
# Pegi makan-makan dgn family
# Makan Milani
# Makan Tandoori
# Makan Tutti Frutti
# Makan Tako Tao
# Tengok wayang
# Pegi jumpak rakan dan taulan

Fuhh..banyak jugak aktiviti aku cuti nie. Memang pack jugak la jadual. Itu tak kira balik umah tok lagi. Itu kira mcm rutin weekend la. Tak termasuk la dlm to-do-list tue. Apa-apa pon, memang puas la buat mcm2 aktiviti waktu cuti nie. Alhamdulillah. Owh, waktu cuti nie jugak akhirnya aku berpeluang berjumpa dgn Gold Man. Sapa Gold Man nie? Tak tau la nak habaq mcm mana. Tapi memang aku dah lama la nak jumpak beliau nie. Dan akhirnya waktu cuti nie baru la dapat berjumpa setelah hampir kenal selama 2 tahun dan hanya berhubung di alam maya sahaja. Finally, I'm looking forward for more activities for the next school holiday and for sure it will be more.

Layan je la gambar yang tak seberapa nie.

Big Bad wolf Penang..Ramai gak orang..

Kenduri member Soksek..

Tanah Tinggi Cameron..
Milani Ayam..

Jumpak Adib Ma'at kat USM..
Layan Boling..Kat Penang main..Kat KL pon main..

Last minute punya plan..
Tandoori Set plak..nyum2..

Bermalam di KL..

Izwan dan Izwan Ariff..

Kanak-kanak riang..

Macam-macam ragam..
Happy moment. ^_^

Pemandangan di KLCC
Mercu tanda negara..
I got this from Kinokuniya.
Berpeluang berjumpa dgn CEO GCP..
Jumpa mereka juga..

Berapa lama tak jumpa daa~~
Salah satu pengangkutan awam yg digunakan..
Tempat bermalam..
Finally dapat jugak naik keretapi yg katil punya..
 
p/s: Tak puas lagi sebenarnya...masih ada beberapa aktiviti yang tidak dilaksanakan..
Read More ..
10:00 PM

Boikot!!

Assalamualaikum..Salam Sejahtera..

Wah, dah lama jugak tak update blog nie. Agak lama terbiar. Sibuk dan juga kekangan line internet yang membataskan aktiviti mengupdate blog nie.

Isu boikot memboikot nie macam dah 'sejuk'. Kelihatannya macam orang memboikot sesuatu apabila berlaku sesuatu. Dulu awal2 dulu, kecoh apabila negara Islam diserang Israel dan umat Islam digesa untuk memboikot Macdonal kerana Macdonald didakwa menyalurkan bantuan kewangan terhadap Israel.

Oleh hal yg demikian, maka berpusu2 la muslim di seluruh dunia dan Malaysia khasnya yg memboikot Macdonald ketika itu. Namun, setelah isu ini dilihat semakin reda, orang ramai pon sudah melupakan tentang isu boikot nie. Mereka sudah kembali menjejakkan kaki ke Macdonald.

Aku secara peribadi, tiada masalah pon dengan tue. Sebab, bagi aku itu adalah pilihan dan hak masing-masing. Siapa aku untuk menyibuk akan hal orang lain kan? Masing-masing sudah boleh berfikir dan boleh membuat keputusan sendiri. Kalau taknak boikot, tidak mengapa. Aku tak kata 'Kau salah." "Kau kejam" "Kau sokong Israel" Aku rilek je. Nda ada masalah bah. Yang pasti, memang aku telah memboikot Mc'd sejak isu boikot memboikot nie diutarakan aritue. Alhamdulillah hingga hari nie aku juga masih teruskan lagi dgn usaha nie. Kalau ada yg nak ajak lepak kat Mc'd, takde masalah. Aku on je. Tapi lepak je la. Korg nak makan, dipersilakan. Aku teman lepak je. Borak2..hehe..Aku hormat pegangan korang, maka hormat jugak pegangan aku.. =)

Abes tu bro, ko boikot Mc'd je ke? Produk2 lain keluaran Yahudi/Israel ko tak boikot ke? Kalau takat Mc'd je, baik tak payah bro~

Aku juga insan yg lemah lagi hina yg hidup di muka bumi Allah ini dan tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Jadinya, pendirian aku kat sini, selagi mana aku boleh elak/boikot, aku akan cuba la. At least, ada sesuatu yg boleh aku lakukan. Ok? hehee.Tapi yg pasti, utk Mc'd nie, aku akan terus boikot la. =)


p/s: mungkin ada byk lg pilihan di luar sana..insyaAllah..


Read More ..
9:45 PM

Alhamdulillah..Aku Bersyukur~

Assalamualaikum...Salam Sejahtera..

Tadaaa~~

Alhamdulillah...aku bersyukur pada-Mu Ya Allah..Kau kurniakan kejayaan kepadaku..Amin..amin...

Alhamdulillah...lulus interview...interview yg telah dihadiri pada 16/11/2012 yg lalu...yeaayyy..lulus...lega...lepas nie insyaAllah akan dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41..kemudian dalam masa 1-3 tahun..insyaAllah akan dilantik secara sah dlm perkhidmatan..semoga dipermudahkan semuanya..

Buat masa sekarang, masih dlm tempoh interim di Saliliran..sehingga surat tawaran penempatan dan surat lantikan dikeluarkan oleh pihak yg berkenaaan. Menanti dgn sabar. 
Read More ..
9:42 PM

Kehidupan di Saliliran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bertemu lagi untuk post yang entah yang ke berapa. Pada post kali nie, nak cerita la sikit tentang kehidupan sekarang nie. Untuk yang tak tahu lagi atau mungkin yang tahu tapi tidak peduli, aku kini berada di salah satu tempat pedalaman di negeri Sabah. Aku berada di Saliliran dan currently bertugas sebagai Guru Interim di SK Saliliran, Nabawan. 

Okeh, berbalik semula kepada tujuan asal post ini ditulis. Sehingga saat ini, aku dah ada di Saliliran nie lebih kurang 3 minggu dah dan nak masuk minggu yg keempat. Pada minggu pertama sampai sini, betul-betul rasa macam nak terjun sungai balik rumah. Iya lah, dengan keadaan tempat yang jauh, melalui perjalanan yang sangat lama, guna 3 medium pulak tue untuk sampai ke sini iaitu kereta, perahu/bot kemudian berjalan kaki meredah hutan belantara. Nak baca pengalaman masuk sini dulu, boleh baca kat sini.

Aku cuba untuk memujuk hati supaya bertabah serta sabar dengan dugaan dan cabaran yang dihadapi nie. Alhamdulillah, hati menerima pujukan tersebut dan aku sudah seperti boleh menyesuaikan diri kat sini. Sikit demi sikit, hari demi hari, aku rasa ok la kat sini. Boleh tahan la orang kata. Tapi, dalam pada itu tetap juga ada sekelumit rasa utk tidak mahu berada di sini bagi satu tempoh yg panjang. Antara aktiviti yang sering aku lakukan kat sini, tgk movie, tgk series, tgk gambar, tgk video2 lama, mandi sungai yang mana boleh la buat lupa sekejap kt benda2 lain di luar sana. The best part, mandi sungai la. Best. Air sejuk mengalir tanpa henti. Tapi kalau waktu air kecik, tak best la nak mandi sebab air cetek dan penuh lumut.

Kalau bab makan, Alhamdulillah la. Masih cukup makan. Tak pernah lagi la tak cukup makan. Antara nak dengan tak nak je. Menu biasa, telur, ikan bilis, ikan masin. Itulah yg diulang tiap2 hari. Apa boleh buat, bekalan bahan basah memang tak boleh ada pun kat rumah. Tiada tempat mahu simpan. Dah la elektrik pun tiada di rumah. Takkan nak beli peti ais pulak kan? hehehee..Jadinya, menu itulah yg diulang-ulang. Goreng la, masak asam la, goreng lagi, lagi lagi goreng. Itu jer lah. Dan kalau rajin sikit, boleh la buat sambal tumis. Tue pun nak kena tumbuk cabai kering sampai lumat sebab tak boleh nak blend. Sob sob sob..

Di sekolah, aku ditugaskan utk mengajar Tahun 1 dan Tahun 2. Tahun 1, aku ajar BI dan Sains manakalan Tahun 2, aku ajar BI dan BM. Dalam pada itu, aku juga ditugaskan utk menjadi guru kelas bagi tahun 2 dan juga menjadi warden asrama. Jawatan-jawatan lain setakat ini tiada lagi. Murid-murid sekolah nie ada lebih kurang 50 orang. Setiap darjah hanya ada satu kelas.

Kesimpulannya, apa yg boleh aku katakan tentang kehidupan kat sini: Aku bersyukur, Aku bersyukur, Aku bersyukur. Aku telah menjadi salah seorang insan terpilih untuk berada di sini. Semoga apa jua yg dilakukan di sini akan mendapat balasan dari-Nya nnt. Kalau tak kat sini, kat 'sana' nnt. InsyaAllah.

"Ya Allah, Kau berilah aku kekuatan untuk aku galas serta menjalankan tanggungjawab ketika aku berada di sini. Ameen "

Nikmatilah gambar yg tak seberapa nie....

Ini nama dia Timun.

Tongkat Ali..baguih dok ada..

Budak2 sekolah..

Ini bangunan pra-sekolah

SK Saliliran.

Rumah tempat berteduh.

My year 2 kids.


p/s: Minggu depan nak keluar dah..bercuti sebentar...


Read More ..
8:30 AM

Corat Coret Perjalanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Post kali nie, nak cerita sikit pengalaman ketika masuk ke Saliliran..
Firstly, utk yg belum tahu aku telah ditempatkan di SK Saliliran, Nabawan, Sabah utk interim.
Jadinya, nak kongsi sikitlah pengalaman sewaktu perjalanan nk ke sekolah nie..

Perjalanan bermula dgn menaiki kereta 4X4. Dari Keningau menuju ke Pensiangan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam ke 2 jam setgh. Tgk la keadaan jalan dan sungai macam mana. Dalam perjalanan menuju ke Pensiangan, antara jalan yg perlu dilalui ialah jalan balak. Kalau lepas hujan, memang licin jgk la jalannya. Lepas tue, ada jugak kena lalu sungai. Lebih kurang 3 batang sungai jugak la kena lalu. Nasib baik air sungai tak terlalu besar. Jadinya, boleh la lepas kereta tue nak lalu. Kalau air besar, alamatnya kena tunggu la smpi air surut.

Dah sampai Pensiangan, dpt berita pulak bot tak dapat datang. Jadi, kami pun tumpang bermalam di rumah seorang guru di Pensiangan tue. Keesokan harinya, alhamdulillah ada bot.

Perjalanan pagi tue bermula kira-kira jam 8.30 pagi. Kami pon menyusuri sungai menuju ke arah destinasi kami. Air sungai ok la jugak waktu tue. Tak kecil tak besar, sedang2 saja. Perjalanan masuk, kami perlu melawan arus. Banyak jugak la jeram yg dilalui. Kami tiba di Sibangali (nie kampung n sekolah Nuga) lebih kurang jam 10.00 pg. Kemudian, perjalanan diteruskan lagi menuju ke Sinapar. Lepas pada nie, ada la beberapa kali kena turun dari bot, berjalan dan juga tolak bot disebabkan air sungai yg agak kecil. Turun naik bot, perkara biasa kata cikgu2 nie. Ada jgk la detik2 cemas bila mana bot terundur akibat arus deras. Nasib la pemandu bot n jurubatu cepat2 bertindak. Kalau tak, langgar tebing sungai la jawapnya.

Kira-kira jam 12.30 tgh, kami tiba di Sinapar. Duduk la kejap. Rehat, minum2 air sikit bagi hilang dahaga. Lebih kurang jam 1.30ptg, kami pon memulakan ekspedisi menuju ke Saliliran. 
Bismillah, langkah diatur dan perjalanan dimulakan. Fuhh, memang mencabar jgk la track dia. Alhamdulillah ada la jgk pengalaman trekking waktu di maktab dulu. Trekking dr Taman Belia bersama rakan2 C5 dan Mr Barchan serta trekking di Taman Negara Penang. Memang sedikit sebanyak membantu la. Lagi pulak, latihan di gym waktu cuti juga membantu. Dalam pada tue, semput jgk la naik bukit turun bukit. Berhenti rehat buat seketika. Kemudian, sambung lagi perjalanan. Ada lalu sungai kecil. Lereng-lereng bukit. Dengan bebanan melebihi 10kg di belakang, ia bukan sesuatu yg mudah. 

Lebih kurang jam 2.00ptg, kami tiba di satu sungai yg besar. Jadi, kami berehat dan juga mandi di sana. Rehatkan badan, rehatkan minda. Dlm pukul 3.00ptg, kami teruskan perjalanan. Dikatakan sungai itu adalah titik tengah perjalanan kami. Kiranya dah half perjalanan laa. Lepas jalan beberapa jam, berhenti rehat lagi. Yer la, beg berat dan memang tak boleh nak berjalan lama. "Cikgu, lama lagi ka mau sampai?" "Nanti dah sampai sungai, sudah tidak jauh.." Wah, dah tak jauh la nie.

Nanti dah sampai sungai, seberang sungai, ingat dah nak sampai. Rupa-rupanya dekat setgh jam jugak lagi la nak kena berjalan. Waktu tue, mental dah hampir-hampir koyak. Rasa nak pengsan pon ada. Huhuu. Tapi langkah tetap diatur dan gagahkan diri. Takkan nak dok situ je plak kan. Sapa nak tolong angkat. Hahahaa. Kira-kira jam 6.00 ptg, kami pon tiba di rumah. Fuuhhh..sampai2 rumah, letak beg, terus terlentang aku di atas lantai. Penat yg amat. Rasa nk tercabut jantung. Lenguh bahu pulak, jangan ckp la. Lepas 3-4 hari baru hilang.

Jadi, bermulalah kehidupanku di Saliliran nie. Begitulah sedikit sebanyak cerita pengalaman perjalanan menuju ke Saliliran nie..Sekian saja. Nikmatilah beberapa gambar yg tak seberapa nie.


Dalam 4 wheel ride..



Pensiangan.

Ada lalu sungai. Nasib air tak besar..

Bot yg membawa kami..

Sibangali


Inilah Sinapar.

Jalan di dalam hutan.


Ingatkan dh nak sampai, rupanya belum. Ini kampung Malilia.


Depan sana tue lah kampung Saliliran.

Penat oh penat.


p/s: Homesick~ T_T








Read More ..