9:00 AM

The best holiday ever!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu kembali pada entri kali ini. Nak kongsi sikit pengalaman pergi holiday masa cuti Hari Pekerja tempoh hari. Walaupun pengalaman nie mungkin la tak best mana, tapi bagi aku secara peribadi adalah antara pengalaman yang terindah semasa pergi holiday.

Kisahnya bermula macam nie, ada sorang rakan seperjawatan nie, (cikgu jugak la) nak ajak pergi Kg. Kabu. Kampung nie bersebelahan je pon dengan kampung aku nie, Kampung Saliliran. Tapi perjalanan dia, Masya-Allah. Nanti kita cerita bab tue. Aku pon berfikir-fikir dan membuat keputusan untuk join trip holiday nie. Kami rancang untuk bertolak ke sana pada 1 Mei dan pulang 3 Mei (3H2M). Persiapan pon telah dibuat menjelang 1 Mei. Trip kami nie juga disertai oleh Samson a.k.a Ingka (staff sokongan sekolah. Dia asal dari Kg. Kabu), Hendri (budak tahun 5 yg juga asal dari sana) dan 2 orang askar.

Tanggal 1 Mei, *hujan turun tak henti-henti dari semalam*. "Ah, sudah. Macam mana nak pegi nie?" Akibat hujan lebat dari semalam, paras air sungai pon meningkat.Kami terpaksa membatalkan ekspedisi percutian nie. Yer la. Agak bahaya untuk pergi jugak dengan keadaan air sungai yang deras. Nak lintas pon takot. Kang tak pasal-pasal jadi  percutian yang terakhir pulak. Na'uzubillah. Askar pulak dah turun datang rumah sebab memang tiada plan B atau apa-apa perancangan jika hari hujan. Maka dengan ini, secara rasminya percutian ini dibatalkan. Oh kecewa.

Namun begitu, tiba-tiba sinar cahaya keimanan untuk pergi bercuti kembali muncul. Ingka bagitau dia akan jalan esok (2 Mei) pulang ke kampungnya. Jadi aku dan rakan seperjawatan tadi pon mengambil peluang untuk ikut beliau. 2 orang askar yang sebelum nie tidak dapat ikut sebab diorg ada kerja lain yang ingin diselesaikan. Percutian ini tetap kami kekalkan 3H2M. Ini bermakna, 2 Mei sampai 4 Mei la. Jadi, percutian kami nie disertai oleh 4 orang kesemuanya. Aku, rakan seperjawatan, Ingka dan Hendri si budak sekolah.

Tanggal 2 Mei, kami pon memulakan perjalanan. Kami bertolak jam 7.00pg dari Saliliran dengan menaiki kenderaan MPV yang canggih lagi elegan berjalan kaki. Menurut cerita-cerita sepanjang kami berada di Saliliran, perjalanan dari Saliliran ke Kabu akan mengambil masa 6 jam. Itu standard orang kampung yang mana mereka sudah biasa. Kalau macam kami nie, for the worst mungkin la antara 8-10 jam. Mungkin. Jadi, kami dah set dalam kepala otak, perjalanan nie memang lama. Bertahan saja.

Awal-awal perjalanan dah kena redah sungai. Air sungai boleh dikatakan agak besar daripada biasa sebab lepas hujan kelmarin kan. Jadi, redah saja la. Kalau tak redah, macam mana nak sampai di Kabu, kan? Bukit yang mula pon boleh tahan tinggi dia. Semput jugak la. Namun begitu, ku gagahi jua. Selepas hampir 2 jam berjalan, kami tiba di kaki bukit yang mana bukit nie memang tinggi. Perjalanan dari bawah menuju ke puncak memakan masa lebih kurang satu jam setengah. Memang sepanjang perjalanan adalah dakian semata-mata. Penat dia, Ya Rabbi. Tuhan saja yang tahu. Dengan keadaan trek yang licin lagi, memang agak bahaya tambah-tambah pada permukaan batu yg berlumut. Lagi satu, pacat tak payah cakap la. Tak larat nak buang. Lepas buang ada lagi. Lepas buang ada lagi. Macam tak pernah habis. Tiap kali berhenti jalan, MESTI akan ada pacat. Dalam kasut tak payah cakap la, penuh dgn pacat. Kadang sampai tak larat nak buang. Dengan rela biarkan saja mereka menghisap darah.

Dah rasa lama berjalan. Kaki makin lemah melangkah. Dah macam nak tercabut kaki. Tanya kepada Hendri, "Lama lagi ka mau sampai?" lantas dia membalas, "dekat saja nie cigu. Depan tue naa.". Owh, dah tak jauh. Jalan la lagi. Jalan punya jalan punya jalan. "Eh, bila mau sampai nie?". "Dekat sudah nie cigu, depan tue seja." Aku kalau boleh nak merangkak je time tue. Tak larat nak jalan dah. Sejam lepas tue, sampai lah kami di tebing sungai dan kami dpt nampak Kg. Kabu di seberang sungai sana. Bayangkan, lepas sejam berjalan baru sampai, yang budak tue cakap dekat tadi. SEJAM. DEKAT? T_T

Ingka pon pergi di tebing sungai dan menjerit untuk panggil orang kampung. Nak seberang sungai kena pakai perahu. Sungainya besar dan tidak seperti di Saliliran. Tambahan pula baru lepas hujan. Besar sungguh la air dia. Nasib menyebelahi kami sebab ada orang kampung yang terdengar jeritan Ingka. Lama jgk la dia terjerit-jerit. Perahu di sini pakai enjin ketinting dan bukan seperti enjin bot yg biasa. Syukur Alhamdulillah. Dapat juga menjejakkan kaki di Kg. Kabu. Kami tiba di sini kira-kira jam 1.00ptg yang mana perjalanan kami mengambil masa 6 jam. Orang-orang kampung cakap kami laju. =)

Cerita terus la aktiviti hari kedua. Hari kedua kat Kabu, aku bersama rakan seperjawatan dan juga Ingka beserta Hendri pegi memancing. Aku tak memancing pon. Aku tukang ambik gambar saja. Hehee. Diorang yang lain la yang mancing. Sasaran ikan ialah Pelian a.k.a Ikan Kelah dan juga Sopong a.k.a Ikan Baung. Pelian dengan Sopong ialah panggilan orang tempatan (Bahasa Murut). Alhamdulillah, rezeki agak menyebelahi kami walaupun dengan keadaan air sungai yang agak besar dan semestinya air keruh. Dapat jugak habuan Pelian dan Sopong nie. Excited bukan main. Yer la. Besar jugak la ikan-ikan yg dapat tue. Kalau nak banding dengan ikan di Saliliran yg besar dua jari. Memang puas hati la.

Dalam tengahari macam tue, kami prepare masak-masak untuk lunch. Pelian kami masak kat tepi sungai tue jugak. Sopong kami simpan untuk makan malam nanti. Dah siap-siap masak, kami piknik je tepi sungai tue. Makan ramai-ramai. Memang best la. Terasa memang macam holiday betul-betul. Kalau tak betul tak tau la macam mana. Dah kenyang, kemas-kemas dan pulang. Aku lalui pengalaman yang memang tak boleh dilupakan bilamana dalam perjalanan pulang, kami kena tempuh sungai dan melawan arus. Memang la naik perahu, tapi Masya-Allah. Gerun weh. Tambah-tambah bila kat jeram. Memang ganas jeramnya. Lagi ganas daripada jeram di Sungai Tagol (Pensiangan). Apa pon, syukur Alhamdulillah sebab semuanya selamat.

Hari Ahad, kami bergerak pulang. Kami bertolak dari Kabu jam 9.00pg. Perjalanan pulang okay sikit sebab tiada dakian bukit yang tinggi (extreme). Tinggi tue tinggi jugak tapi tak setinggi macam perjalanan datang dari Saliliran. Kiranya dari puncak bukit tertinggi tue, kami turun dan turun saja sampai di bawah. Kami tiba di Saliliran jam 2.00ptg. 5 jam saja perjalanan pulang. Amazing!

Bagi percutian kali nie, dapat aku simpulkan:
- Kg. Kabu memang jauh
- Tidak syak lagi ikan-ikan di Kabu memang banyak. Cuma kami tak dapat yang betul-betul besar.
- Trek ke Kabu memang extreme. Perjalanannya 5-6 kali lebih mencabar dari perjalanan Sinapa-Saliliran.
- Kg. Kabu amat tenang dan damai. Rasa macam takdak masalah dok kat situ. Fikiran pon tenteram je. =)

Sampai hari nie, aku macam tak percaya yang aku sudah sampai ke Kabu. Kalau fikir-fikir semula, "Ish, macam tak logik.." Adakah aku akan melakukan re-visit ke sana? Tak tahu la. MUNGKIN. Kalau pergi sana untuk kali kedua pon, MUNGKIN bukan dengan berjalan kaki. MACAM dah SERIK. (^_^)v

Layan la gambar yang tak seberapa nie.



Kampung Kabu yg indah lagi permai.
Naik ketinting.
Hasil tangkapan - Ikan Baung (Sopong)











Hasil tangkapan - Ikan Kelah (Pelian)

Main masak-masak

Makan dulu~
Inilah tempat kami berteduh.

Inilah Aman Thomas. Tuan rumah tempat kami tidur.
Bilik tidur kami.

"Nukilan Kenangan" - Bukti dah sampai di Kabu.
Dalam perjalanan, akan jumpa buah nie. Tak tau nama apa. Sedap jugak.

Salah satu pemandangan dlm perjalanan.

Di puncak tertinggi. - perjalanan pulang.

p/s: Kalau sesiapa nak jalan-jalan di Kabu, dipersilakan. Jangan ajak saya. =P



3 comments:

Anonymous said...

Hi.. Tq for wrote this post. I've been Kabu last June.. Great experience! right? Hahahaha.. teringat kenangan kat Saliliran & Kabu. Rinduuuu...

Nurr_Rahmah said...

Pengalaman yg mengujakan. Moga Allah beri ganjaran terbaik utk semua pendidik yg tabah dan sabar mendidik anak bangsa. Amin.

Razali Ariffin said...

Salam... Terasa ingin sgt hiking kesana. Sudi kiranya mnjadi guide kami.. No tel 0165258464 razali