3:00 PM

Jelajah Siri II

Bertemu kembali dlm Siri Jelajah yg kedua..
Destinasi pilihan utk jelajah kali ini ialah..
Negeri di Utara Tanah Air..Negeri KEDAH..
atau lebih spesifik..
Universiti Utara Malaysia..
UUM yg terletak di Sintok adalah pilihan destinasi jelajah kali ini..
Tempat yg cantik dan udara yg segar adalah tarikan yg menyebabkak destinasi ini dipilih..
Eceyhh..kononnya laa..
Tak laa..
Sebenarnya ada tujuan nak pegi UUM tue..
Apakah tujuannya..
Cekidaut..

Perjalanan bermula kira-kira jam 8.00pg..
Naik bas dr stesen bas pt buntar, menuju ke Butterworth..
Sampai sana, ambil tiket Konsortium..dan gerak ke Alor Setar lebih kurang jam 9.20pg.
Lebih kurang jam 11.00pg, tiba di Alor Setar dan terus naik Mara Liner utk menuju ke UUM, Sintok.


Dalam perjalanan dr Butterworth menuju Shahab Perdana, sempat snap lambang/tugu negeri Kedah..Menara Alor Setar.


Tiba di UUM kira-kira jam 12.00tgh hari. Cuaca tidak terlalu panas dan nyaman je rasa..Maklumla..dikelilingi pokok-pokok yg menghijau dan jauh dr hiruk pikuk kota. =)

Sampai2 je terus berjalan menuju ke Dewan Muadzam Shah (dmas)..Sempat la jgk snap sekeping gambar dr laluan pejalan kaki nie..


Sampai2 kt dmas, pegi makan tgh hari dulu dgn diorang...nyum..nyum..Ok la..dah malas nak cerita satu persatu aktiviti yg dilakukan sepanjang berada di UUM/DMAS tue..

Dipendekkan cerita, tujuan Jelajah Siri II nie adalah utk melawat rakan2 di UUM. Sudah lama tidak bertemu. Dan kebetulan ada Konsert Diraja Menjunjung Kasih 2012.
Konsert yg diadakan bagi meraikan Tuanku Sultan Kedah yg dilantik menjadi YDP Agong beserta isterinya Raja Permaisuri Agong. Artis undangan pada konsert kali ini ialah Anuar Zain.

Sedikit bingkisan tentang konsert ini. Konsert pada kali ini adalah gabungan atau jalinan bersama Istana Budaya utk kesekian kalinya. Oskestra Tradidional Malaysia telah dipanggil utk bersama-sama mengadakan persembahan serta mengalunkan muzik bg mengiringi penyanyi yg membuat persembahan pd mlm itu. In my opinion, OTM ini sangat best, muzik yg didendangkan adalah sgt menarik dan unik kerana menggabungkan pelbagai jenis alat muzik daripada pelbagai kaum dan etnik.

Ok laa..dah laa...tgk la gambar2 yg ditangkap sepanjang penjelajahan nie.. =)

Artis tari sedang bersiap utk persembahan pd malam konsert.

Ketika konsert sedang berlangsung.

Bergambar bersama rakan2 dr UUM. Dari kiri: Sepet (bukan UUM), Daus (bekas penari), Combi (bekas penari juga..tp nk join jgk), Adib (juga bekas penari dan mungkin menari kembali lepas nie), penulis

Sempat bergambar dgn salah satu alat muzik OTM.

Dalam dewan, di bahagian tepi..

Bergambar kenang-kenangan..



Tamatlah sudah sesi Jelajah Siri II. Semoga berjumpa lagi...

Terima kasih kpd semua pihak yg telah menjayakan Jelajah Siri II ini mahupun secara langsung atau tidak langsung..
Tq Daus..Adib..Combi..Qilah...Liza..Yen..Jannah...Bobby..Neyb..dan semua2 lah... =)

p/s: Nantikan pula Jelajah Siri III...coming soon..




0 comments: