1:53 PM

Kisah Dongeng Rakyat

Pada suatu masa dahulu..tinggal seorang pemuda kampung bersama ibu bapanya di sebuah rumah di Kampung Cena'am..Pemuda itu bernama Jaguh..Ayahnya bernama Pak Seman dan maknya bernama Mak Kuntum..Pak Seman bekerja sebagai seorang nelayan manakala Mak Kuntum merupakan seorang surirumah tangga sepenuh masa..Jaguh pula hanya melakukan kerja kampung kecil-kecilan seperti memungut kelapa, mencuci sampan dan sebagainya..Walaupun kehidupan mereka sekeluarga kelihatan susah, mereka tidak pernah bersungut malah bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia..Pada suatu hari, ketika Jaguh sedang memotong rumput di rumah Pak Tua, dia terfikir untuk mengubah nasib keluarganya..Dia berhasrat untuk menjadi kelasi kapal dan merantau ke dunia lain dan berharap agar nasib keluarganya dapat diubah..Ketika pulang ke rumah, dia menceritakan hasrat hatinya itu kepada kedua ibubapanya dan mereka hanya mengiakannya..Tidak lama kemudian, sebuah kapal besar telah berlabuh di pantai berhampiran dengan rumah Jaguh..

Tanpa berlengah, Jaguh telah pergi ke tepi pantai untuk melihat siapakah gerangan milik kapal itu..Jaguh bernasib baik kerana telah ditawarkan untuk menjadi salah seorang kelasi kapal itu..Alangkah girang hatinya apabila mendapat tawaran itu..Segala persiapan telah dilakukan dan Jaguh pun menaiki kapal tersebut dan menjadi salah seorang kelasi dalam kapal tersebut..Jaguh merupakan seorang kelasi yang sangat rajin..Segala tugas yang diberikan kepadanya akan disempurnakan dengan segera..Nakhoda kapal tersebut amat menyayanginya..Pada masa yang sama, kelasi-kelasi kapal yang lain tidak berpuas hati dengan keadaan ini..Lantas mereka telah merancang sesuatu agar Jaguh tidak akan mendapat layanan yang istimewa..Mereka bermula dengan menyisihkan Jaguh daripada pelbagai aspek..Mereka tidak melayannya dengan baik..Malah mereka sanggup untuk memfitnah Jaguh dan menceritakan hal-hal buruk kepada Nakhoda kapal..Akhirnya..Nakhoda kapal mengambil keputusan untuk membuang Jaguh dari kapal tersebut..Jaguh akur dengan keputusan itu..Lalu, dia diberikan sebuah sampan kecil untuk dinaiki dan Jaguh diturunkan dari kapal tersebut..Alangkah sedihnya rasa hati Jaguh..Selama ini dia begitu bersungguh-sungguh berhempas-pulas melakukan semuanya dan pengakhirannya, dia dibuang begitu sahaja..Dia merasakan bahawa pengorbanannya selama ini tidak dihargai..Segala penat lelahnya dianggap tidak bermakna dan sia-sia..Dengan hati yang sedih, Jaguh pun menaiki sampan itu dan dia tidak ada hal tuju..Tiada sebarang petunjuk untuknya bagi kembali ke tempat asalnya..Jaguh redha..Dia hanya mengikut alunan ombak yang menghempas sampannya..Kini dia sedar bahawa dia bukan milik kapal itu..Kapal itu untuk orang-orang yang tertentu sahaja..Walau apapun yang dia lakukan untuk kapal itu, ianya adalah tidak bermakna dan tidak pernah dihargai..Sedih..Pilu..Segalanya bercampur baur..Tetapi..Apakan daya..Keputusan bukanlah miliknya..Tidak lama selepas itu, datang seekor burung undan hinggap di sampan Jaguh..Jaguh agak terkejut dan tidak menyangka bahawa burung itu sangat jinak dan tidak takut kepadanya..Burung itu akan membawakan makanan kepadanya pada waktu-waktu tertentu..Jaguh amat berterima kasih kepada burung itu..Kadang kala, ketika Jaguh teringat akan keluarganya atau ketika berada dalam keadaan berduka, burung itu akan datang menemaninya..Sejak pada hari itu,burung itu menjadi sahabat baik kepada Jaguh..Jaguh bersyukur kerana walaupun tidak dapat bersama-sama di dalam kapal itu, dia masih mempunyai burung undan itu sebagai kawannya..


p/s: cerita dongengan semata-mata...

0 comments: